13 November, 2018

Air Kencing Haiwan Mampu Membunuh

Leptosirosis atau lebih dikenali sebagai penyakit kencing tikut yang merupakan satu penyakit yang berjangkit yang dibawa oleh haiwan yang mempunyai bakteria leptospira kepada manusia. Penyakit ini boleh terjadi di mana-mana sahaja terutamanya di negara yang beriklim tropika termasuklah negara kita Malaysia.

Punca-punca penyakit ini boleh terdapat di dalam air kencing haiwan seperti tikus, kucing, anjing , kinzir, lembu , kuda dan kambing. 


Boleh dijangkiti apabila :-
  • Terdedah  dengan air tercemar dengan air kencing haiwan yang terjangkit
  • Mengambil makanan atau minuman tercemar dengan air kencing haiwan yang terjangkit
Langkah Pencegahan :-

  • Elak daripada minum air sungai atau kolam yang tidak di masak
  • Pilih premis makanan yang bersih dan elak dari pergi premis yang kurang bersih
  • Jangan main air dan lopak terutama selepas banjir
  • Cuci tangan dengan air dan sabun sebelum sediakan makanan, sebelum makan dan selepas ke tandas
  • Bersihkan sampah dan kawan rumah selepas banjir
  • Jaga kebersihan persekitaran rumah
  • Cuci dan balut luka yang terdapat pada tubuh dengan sempurna


6 comments:

  1. Bagus perkongsian ini.. Kena jaga kebersihan sekitar rumah kan..

    ReplyDelete
  2. sha tgok tikus ni pun dah bencik dah hahahaha

    ReplyDelete
  3. nice pengkongsian... sama2 beringat nanti

    ReplyDelete
  4. memang menakutkan..sebab tu kalau nak makan kat luar kena perati sekeliling takut ada natang ni..huhuhu

    ReplyDelete
  5. yang ni betul. jiran myra kat kampung ada kena ni. kesian sgt tgk lumpuh separuh badan.

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)