17 October, 2018

Larangan merokok di restoran, premis makanan 1 Januari 2019

Nak mengubah sesuatu yang dah sebati dengan hidup ini bukan sesuatu yang mudah, sama juga dengan merokok ni, kalau kita bagitahu yang rokok ini ada racun, bahan kimia dan sebagainya mereka tetap juga merokok. Ha..ini pengalaman nieyl sendiri, tu yang dekat rumah tu sampai satu tahap rasa macam dah bosan nak nasihat,nak brain wash tentang bahayanya merokok ni. Tak tahulah SAKA apa yang rokok ni pakai sampai susah sangat nak tinggalkan. Apa-apa pun diri kita sendiri kalau nak mengubahnya.


Untuk pengetahuan, asap rokok mengandungi lebih daripada 7000 bahan kimia dan sesetengahnya merupakan bahan karsinogenik atau penyebab kanser. Pendedahan asap rokok boleh menyebabkan kanser paru-paru dan rosiko angin ahmar ( stroke) kepada orang yang tidak merokok. Wanita dan kanak-kanan adalah mangsa utama yang terdedah dengan asam rokok terutamanya ketika di tempat awam.

Oleh yang demikian, satu surat terbuka dan di tandatangi 30 persatuan perubatan, menunjukkan sokongan cadangan tersebut demi melindungi orang awam dari bahayanya asap rokok. Nieyl memag sokong 101% larangan yang dibuat oleh kerajaan ini.



9 comments:

  1. yayyyy! pasni sha dah tak payah buat muka kerek tengok orang isap rokok kat kedai makan tanpa rasa bersalah

    ReplyDelete
  2. bgus juga bab ni, sebab negara luar dah lama amalkan. Walau depa ramai smoker tp adab negara luar lg bagu. Reti bahasa, pendek kata hehehe

    ReplyDelete
  3. kita tengok macam mana keadaanya 1 januari 2019 nanti...

    ReplyDelete
  4. Baguslah larangan nie dikuatkuasakan..

    ReplyDelete
  5. dah lama dah rasanya dilaksana tp xda penguatkuasaan..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. semoga pelaksanaannya dipatuhi semua..

    ReplyDelete
  7. aida pun sokong nieyl.
    bukan la nak menafikan hak org merokok, tapi si perokok jgn la menafikan hak org sekeliling utk menghirup udara segar, kan.
    terutama anak-anak kecil or ibu mengandung or warga emas, kan.
    latest, ada YB yg bantah bila parlimen nak di jadikan kawasan merokok, nieyl.
    berita semlm kot. aduhai YB. apa la... support la skit cadangan kementerian, kan.
    from YB la para rakyat marhaen boleh folo.

    ReplyDelete
  8. memang patut benda ni dah lama dah buat... membahayakan kesihatan semua.

    ReplyDelete
  9. memang patutnya dah lama buat macam ni! Aman lah nak makan lepas ni yeayyyy

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)