22 October, 2018

Hantar Kakak Pergi Umrah

Perancangan Allah itu sebaik perancang, kakak nieyl ada perancangan nak pergi umrah bila tamat perkhidmatan dia lagi 3 tahun tapi rezeki dia dapat pergi lebih awal. Abang kepada abang ipar nieyl dia sponsor semua adik beradik lelaki dia pergi umrah lepas pencen, dan abang ipar nieyl pula sponsor kakak nieyl. Siapa sangkakan, niat yang dah lama tersimpan akhirnya Allah makbulkan tahun ni.


Nieyl hantar kakak ke Airport pukul3 pagi sebab check in pukul5 pagi dan waktu penerbangan pula pukul8.30 pagi. Masa sampai dekat airport tu Ya Allah ramainya manusia yang sama-sama juga ingin ke Tanah Suci menunaikan ibadah umrah. 


Wajah kegembiraan kakak tak sabar nak menjejakkan kaki ke Tanah Suci buat kali pertama. Dalam pada gembira bercampur juga rasa sedih meninggalkan anak-anak dan cucu. Sekitar 2 minggu sebelum berlepas ke Tanah Suci kakak ada mengadu yang lutut dia sakit dan kaki. Semoga Allah permudahkan urusan dan berikan kesihatan yang baik untuk kakak dan semua yang pergi ke Tanah Suci..InsyaÁllah..


6 Kereta mengiring ke airport adik beradik,anak buah, ipar duia abg ipar nieyl. Keluarga besar abang ipar nieyl memang rapat dengan nieyl dan husband. Apa-apa sahaja program dieorang akan invite nieyl. Sebab itu lah kami rapat seperti sebuah keluarga.


Untuk pakej umrah kali pertama ini, dieorang guna perkhidmatan dari andalusia. Ini travel agensi yang boleh dipercayai dan terbaik. Bos nieyl pun cakap kalau nak pergi travel , guna Andalusia. InsyaÁllah semua akan di uruskan dengan baik dan teratur.


Wajah-wajah mereka yang pergi ke Tanah Suci, kalau korang nak tahu..ini merupakan kali pertama abang ipar nieyl naik kapal terbang. Seumur hidup dia, dia tersangat takut untuk naik kapal terbang. Alhamdulillah, niat yang satu..Allah permudahkan perjalanan dia dr KLIA ke Jeddah..


Time ni last port yang boleh nampak dieorang yang nak pergi tu, time ni memang agak sedih juga bila nak berpisah selama 2 minggu. Ini kakak nieyl yang paling rapat dan nieyl sayang. Boleh dikatakan setiap hari akan call, whatsapp atau video call.. ni sepanjang dekat sana tu sekali sahaja dapat whatsapp dia. Tak apalah, orang pergi membuat ibadah,tak nak ganggu..sabar menanti kepulangan orang-orang tersayang.



8 comments:

  1. semoga dipermudahkan..amin..lepasni kak Nieyl lak pergi..hehe

    ReplyDelete
  2. akk tknk join segmen saya ke...kalau tk pilih buku pun takpe,,ad buku free untuk random.org https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/10/segmen-saya-nak-buku-free-by-cuya.html

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan urusan kak nieyl disana dan diberikan kesihatan yang baik sepanjang mengerjakan umrah di sana

    ReplyDelete
  4. semoga dipermudahkan semua urusan dorang kat sana! semoga akak pun dimurahkan rezeki dapat ke sana nanti :)

    ReplyDelete
  5. Syukur ke hadratnya kesempatan itu pada keluarga nadia

    ReplyDelete
  6. kakak kedua aida, inshaa Allah tunaikan umrah pertghan november nanti.
    rasa nyer andalusia juga.
    sebab kali pertama dulu dia guna servis andalusia.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah rezeki kakak nieyl..
    Part Andalusia tu memang Sha sokong.. encik suami dengan MIL pun guna Andalusia gak masa gi umrah.. Memang okay perkhidmatan diorang..

    ReplyDelete
  8. semoga dipermudahkan urusan di sana..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)