08 October, 2018

Celebrate Birthday Adam Turn 3

Penyeri kehidupan kami sekeluarga dengan kehadirannya 3 tahun yang lepas, sekejap je adam dah 3 tahun. Tahun ni 2x celebrate birthday adam, first dengan family mummy adam dan last week dengan family daddy adam. Buat kecil-kecil je panggil jiran-jiran meriah sebab ada budak-budak . Adam ni semakin besar semakin malu , dia tak suka jadi tumpuan..sekarang ni pun kalau nak ambil gambar dia kena sorok-sorok kalau tak, memang takkan dapatlah gambar yang elok..hehehe..


Last week baru berjaya potong kek, itupun bila orang nyanyi birthday song dan rekod dia tak kasi menjerit-jerit. Time suruh tiup lilin, dia suruh mummy yang tiup kan..


Tahun lepas, tema kita pilot so..tahun ni tema ultraman,sebab adam memang obses dengan ultraman sekarang ni..tengoklah kek dia tu acue belanja, cantik tapi yang lebih menarik patung-patung ultraman tu sebenarnya. Kenangan bergambar bersama anak-anak jiran yang hadir bersama memeriahkan sambuta n birthday adam yang ke -3


Time ni baru lepas pecahkan pinata adam,dalam pinata tu nieyl letak gula-gula,coklat.. Teruja budak-budak ni mengutip nya tapi dalam gambar atas ni nampak tak siapa yang over kutip..hehehe...


Ellsa pun dapat juga kutip gula-gula tapi sikit je, adam banyak dapat sampai tak cukup tangan da tu.. patung ultraman tu dekat kek tu, dia soh nieyl cuci sebab dia nak main..


hahaha..mummy daddy ellsa adam mmg sporting sampai ellsa tengok daddy dia pun pelik pakai topeng ultraman  tuu..nieyl tak sempat bergambar sebab sibuk snap gambar sana sini untuk kenangan.



My Lovely person , adik-adik ipar dan biras . Sama tinggi, sama gila, sama umur, sama sekolah , sama jiwa cuma tak sama laki..hahaha...


Kalau berempat dapat berkumpul, macam-macam gelagat, macam-macam ragam kitaorang ni. Apa-apa pun hidup ini kena selalu happy walaupun ada masalah yang tersirat di hati. 

Ini cerita last week, this weekend pulak buat sambutan birthday mak nieyl pula, sekarang tengah fikir deco untuk weekend ni nak buat simple je...nanti nieyl share okay..

8 comments:

  1. meriahnya kek! geram tengok. happy belated birthday adam!

    jemput join ga sha ; http://www.shfyqhazhr.com/2018/10/giveaway-planner-2019-by-shfyqhazhrcom.html

    ReplyDelete
  2. happy birthday adam.. moga jadi anak yg soleh.
    meriah bila kumpul ramai2 mcm ni. lama tak party2.

    ReplyDelete
  3. happy birthday adam semoga menjadi anak yang solehan

    ReplyDelete
  4. Happy Birthday Adam. Semoga diberkati Allah di dunia dan akhirat

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)