11 October, 2018

Buah delima Mampu mencegah Pelbagai Penyakit

Siapa suka makan buah delima ? Nieyl sebenarnya pun tidak berapa gemar sangat buah delima ni sebab dia kecil-kecik ada rasa masam-masam manis Tapi adik ipar nieyl pernah bagi 2 biji buah delima, dia suruh makan manalah tahu ada rezeki menimbang zuriat sendiri dan dia pesan jangan kongsi dengan orang lain..hehehe..sebab dalam banyak-banyak biji tu mungkin ada satu dua yang mempunyai zat yang diperlukan oleh nieyl..

Kalau korang tak suka makan buah dia, sekarang ni banyak di pasaran yang JUS DELIMA, tapi still lagi rasa masamnya cuma lebih mudah kita nak telan la sebab dia dalam bentuk cecair. 

Dalam masa sama, ia membuktikan, jus delima juga berkesan untuk memelihara kesihatan jantung dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok. Selain itu, amalan meminum jus delima juga dapat mencegah dan memperlambatkan efek penyakit Alzheimer, menurunkan tekanan darah, mencegah kerosakan tulang rawan serta menjaga kesihatan gigi.

Kandungan zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai elemen penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Di samping itu, buah delima juga boleh memperbaiki usus-usus dan menguatkannya selain membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk. 

Khasiat Buah Delima

  • Kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niasin, Vitamin C, kalsium dan fosforus. 
  • Mengandungi antioksidan yang tinggi dan baik untuk mengubati penyakit jantung dan barah serta mengurangkan kedutan pada wajah. 
  • Dalam rawatan Homeopati, delima digunakan untuk mengubati cirit-birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas penghadaman. 
  • Kulit buah delima digunakan untuk mengubati masalah cirit-birit yang kronik, buasir berdarah, muntah darah, batuk darah, pendarahan rahim, radang telinga dan lain-lain.

10 Perkara Yang Perlu Tahu Tentang Delima
  1. Buah delima digelar sebagai buah diraja. 
  2. Berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. 
  3. Buah syurga kerana ia adalah antara buah yang ada di dalam syurga. 
  4. Di Perancis, ia dikenali sebagai epal yang berbiji. 
  5. Mempunyai hayat pokok yang panjang dan boleh hidup hingga 200 tahun. 
  6. Bagi kaum Cina, buah delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. 
  7. Berbuah selepas setahun hingga tiga tahun ditanam.
  8. Dalam kaedah rawatan tradisional, buah delima diproses menjadi jamu untuk mengubati masalah sakit perut.
  9. Buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya mempunyai rasa yang amat pahit. 
  10. Lapisan yang membahagi ruang antara biji buah delima bertujuan memelihara buahnya dan seluruh biji buah dilitupi dengan kulit yang keras untuk melindunginya daripada segala hama

7 comments:

  1. hari2 pun ada minum cuka delima..mmg byk khasiatnya

    ReplyDelete
  2. sedapnya, lama tak makan buah delima

    ReplyDelete
  3. terkenang kisah yg diceritakan oleh Ustaz mlm tadi, nieyl.
    bukan la pasal delima. tapi berkaitan delima.
    Ustaz menceritakan kisah sebelum kiamat, semasa pemerintahan Nabi Isa kelak.
    bumi aman damai.
    semua hidup dlm Islam.
    rezeki murah umpama sebiji delima boleh dimakan oleh 100 org.
    sebutir beras sebesar ibu jari, membawa erti rezeki melimpah ruah.

    ReplyDelete
  4. Ayah sha suka kupaskan buah delima ini untuk anak-anak dia.. Banyak khasiatnya..

    ReplyDelete
  5. Cikla mmg suka mkn buah ni. Sedap. Masam masam manis...

    ReplyDelete
  6. suka makan buah delima..semoga ada rezeki zuriat buat kita nanti. InshaAllah

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)