14 September, 2018

Menjadi Rutin Derma Darah

Best ke derma darah? Tak takut ke derma darah selalu? Tak sayang darah ke? Itulah antara soalan yang sentiasa orang tanya pada nieyl setiap kali nieyl up gambar time derma darah. First of all bukan nak bangga diri ke apa snap gambar ni ya.. Nieyl nak share dengan semua yang baca blog nieyl tentang pentingnya derma darah ini. Percayalah, kalau niat derma darah ini untuk membantu mereka yang memerlukan Insya'Allah Allah itu akan berikan kesempatan walaupun kita takkan tahu pun dekat siapa darah tu di beri tapi apa yang penting asalkan boleh menyelamatkan nyawa orang lain. 

Kalau nak tahu syarat atau kebaikan menderma darah ini korang boleh klik link INI sebab sebelum ni nieyl pernah share juga tentang derma darah ni, So,korang boleh rujuk ya..


Nieyl sentiasa rujuk jadual Pusat Darah Negara untuk mengetahui tempat-tempat yang dieorang buat open untuk derma darah ni. Contohnya this weekend dieorang buat di Jusco Taman Equien Serdang so, memang dekat dengan nieyl so tanpa buang masa, pagi tu nieyl memang mind set nak pergi sana derma darah. Masa sampai tu pun tak ramai orang pun yang derma, mungkin awal lagi kot sebab nieyl sampai pun dalam pukul 11 lebih juga. 

Sampai je terus isi borang seperti biasa, kemudian akan check jenis darah. Jenis darah ni dia akan check tidak kira lah korang first time ke ataupun dah ada buku, still kena check juga jenis darah korang tu. Selepas selesai check jenis darah tu, next step kena juga doktor yang bertugas untuk check tekanan darah dan ada soal jawab beberapa soalan, Ok untuk soalan ni memang kena jawab dengan jujur depan doktor ya...jangan tipu-tipu tau..



Doktor akan beri kita sebotol air mineral untuk kita minum, sama ada habis kan atau pun separuh dia akan maklumkan. So, korang nak tak nak kena minum juga ok, Last step sekali, nurse akan suruh kita baring untuk proses derma darah.. Macam nieyl memang dah biasa ambil darah tangan belah kiri ni so, nieyl akan stay dengan tangan kiri sebab ada urat besar yang mudah untuk ambil darah. Belah kanan tu urat susah nak nampak.


Time ni darah dah berjaya keluar dengan lancarnya. Time ni korang kena sentiasa pam atau genggam alat genggaman yang dia kasi dekat korang tu supaya proses mengaliran darah cepat berlaku. Biasanya tak ambil masa yang lama pun lebih kurang 10 ke 15min je. Bergantung kepada kelajuan darah korang keluar, Darah tu keluar, korang tak rasa apa-apa pun,tahu-tahu je dah settel. 


Lagi satu nak di ingatkan, kalau tengah derma tu jangan la rasa stress ataupun tertekan ya..Korang cuma perlu relax je, nampak tak nieyl sampai boleh curi-curi pejam mata lagi..ha..ha..ha... So, jangan takut ya untuk derma darah.


Terpaksa up gambar ni sebabnya nieyl korang nampak je macam berani derma darah semua kan tapi sebenarnya nieyl tak boleh tengok darah yang banyak secara live rasa nak muntah dan loya. So adik nieyl ni saja je snap dan whatsapp gambar ni dekat nieyl. Sekarang tahu la kenapa nieyl tak jadi doktor atau pun nurse sebab memang tak layak pun.

Kepada yang ada niat nak derma darah tapi takut..percayalah, bila niat tu dah ada, pergi laa..ianya sangat bermakna pada yang memerlukan. kalau derma sekali pasti nak lagi hihihi... Sekarang ni nieyl jadikan ianya rutin setiap 3 bulan untuk derma darah.  Mari sama-sama kita membantu pusat darah negara yang sentiasa kekurangan bekalan darah. 





14 comments:

  1. teringin gak..tapi Allah tak izinkan..uhukkk

    ReplyDelete
  2. bagus la nieyl suka menderma darah. Hanya Allah yg mampu membalas jasa baik nieyl..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah tahniah nieyl. Rajin derma darah. Banyak pahala. Kak ana tak pernah lagi. Takut pengsan lak nanti tp teringin nak cuba derma.

    ReplyDelete
  4. MN tak pernah lagi derma darah insyaallah kalau di beri kesempatan MN nak cuba derma darah..

    ReplyDelete
  5. Baru 3 kali derma darah. Kali ke 4, tak lepas sebb masa tu tekanan darah jadi rendah. Kalau nampak kaunter derma darah memang tak pernah miss untuk turut serta kalau keadaan mengizinkan.

    ReplyDelete
  6. yeay...sama la kita. dh jd rutin tiap 3 bln skali derma darah. slalunya company akan pggil Tabung Darah Hospital Penang mai. Dh 11 kali dh derma ni tp sejak mengandung n lps czer ni tpksa tgguh utk 2 thn pula br boleh derma

    ReplyDelete
  7. Cikla tak pernah derma darah. Tapi setiap 6 bulan darah cikla diambil. Hehe.. Btw, mmg murni amalan ni. Dapat membantu mereka yang memerlukan darah utk terus hidup... Tahniah Nieyl..

    ReplyDelete
  8. Tak pernah lagi derma darah, dulu masa bujang macam takut, la nie bila dah ada keinginan, tak boleh plak, bersambung-sambung jer bf nyer.

    ReplyDelete
  9. i've never once derma darah hehe

    ReplyDelete
  10. teringin jugak nak derma darah tapi takut :3

    ReplyDelete
  11. Malaysia perlukan rakyat seperti Nieyl..
    Tahniah Nieyl..

    ReplyDelete
  12. murah rezeki nieyl.
    aida x pernah menderma.
    sebab diri sendiri low blood pressure.
    and darah aid cair!

    ReplyDelete
  13. paling last derma darah Mother's Day 2017. sebab first time, doctor tu cakap kena tggu setahun baru boleh derma lagi. dah lebih dah ni. heheh

    Live Life to the Fullest!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)