07 August, 2018

Semakin Meningkat Kes HFMD



Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD.
Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

Kepada ibu bapa lebihkan perhatian korang pada anak-anak ya, sekiranya ada tanda-tanda jangkitan segera pergi ke Hospital untuk menerima rawatan lanjut.


8 comments:

  1. Sekarang nie, orang dewasa pun dah mula dijangkiti penyakit nie, rasa gerun pun ada jugak..

    ReplyDelete
  2. Menakutkan.. Sha memang tak bagi anak-anak keluar rumah..

    ReplyDelete
  3. sekarang ni mcm mcm penyakit. tkut betul

    ReplyDelete
  4. bukan setakat Izzat yg 6 thn tu, nieyl, kakak-kakak pun aida cek skali.
    Nurin kalau dia balik asrama every weekend, memang aida cek completely.
    once a week mandi dgn dettol. jaga dgn rapi.

    ReplyDelete
  5. semoga dijauhkan dari keluarga kita penyakit camni..

    ReplyDelete
  6. kena always berhati2 especially bab kebersihan. semoga jauh kita dari perkara2 macam ni..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)