24 July, 2018

Miang Kham Jom Cuba

Miang Kham biasa dengar tak?biasakan cuba tak tahu apa bendanya tu. Ok last week kakak-kakak pejabat nieyl bawa Miang Kham so, dieorang ajak nieyl join makan sekali tapi sebelum tu kepada yang tak tahu apa itu Miang Kham ni, meh nak cerita sikit.. Miang Kham ini adalah hidangan pembuka selera di Negera Thailand. 

Bahan-bahan dia pun kita boleh dapati di Malaysia dan di rumah masing-masing, daun kaduk, bawang besar, halia, limau nipis, cili api ,udang kering, kacang tanah (dah siap masak) dan sos. 

Sebelum ini pun nieyl takut-takut juga nak makan sebab takut rasa pahit, tapi bila dah sekali cuba , berkali-kali repeat..cuma tak makan banyak la..balik banyak pun dalam 10 helai je..hehehe..


Cara makan dia senang je, korang ambil daun kaduk, lipat macam corn kacang..lepas tu masukkan semua bahan-bahan hirisan tu dan letak sos jangan lupa ya,kemudian bungkus dan makan..serius lepas tu korang mesti nak makan lagi. Dari segi rasa tu dia ada rasa pedas, manis, crispy dan berangin..

Sekarang ni pun dah ramai orang jual miang kham ni, korang boleh try beli dan cuba kemudian boleh buat sendiri makan sekeluarga. 

9 comments:

  1. tak pernah cuba tapi teringin nak cuba tapi takut rasa tak kena dengan tekak

    ReplyDelete
  2. tak pernah cuba lagi.
    Macam orang dulu2 makan sirih aje.

    ReplyDelete
  3. hmmmm akak lom pernah cuba, nieyl.
    maybe sebab lom pernah jumpa.
    if jumpa, confirm akak try kot.
    suka try makanan ni.

    ReplyDelete
  4. baru je cuba ni tadi. hmm taktau mcm mana nak describe rasa dia. sbb mcm rasa daun and kacang yg paling kuat.

    ReplyDelete
  5. haritu ada orang suruh try tapi ish takleh telan haha

    ReplyDelete
  6. Tak pernah cuba walaupun selalu nampak.. Macam nieyl lah, risau rasa dia tu..

    ReplyDelete
  7. nampak sedap.. tp ejulz x pandai makan kot. hehe

    ReplyDelete
  8. belum pernah cubaa, tp teringin nak cuba. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)