29 June, 2018

Biskut chocolate chip paling mudah

Selamat Hari Raya semua! Masih lagi bulan raya kan, aduhai lambat rasanya nak dapat mood menulis blog kembali. Tak apa kita start dengan benda yang manis-manis dan sedap. Walaupun hari raya masih berbaki lebih kurang 2 minggu ni, masih sempat lagi nak restok kuih raya dekat rumah tu.

Petang yang mendung ni nieyl nak share resepi biskut chocolate chip paling mudah dan senang yang boleh korang buat bersama anak-anak di rumah. 

Bahan-Bahan

1 1/2 cawan gula perang
1 cawan mentega 
1 cawan minyak masak
1 biji telur
1 sudu besar susu segar
4 cawan gandum * secubit garam*
1 sudu kecil cream of tatar*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 cawan walnut cincang
2 cawan chocolate chip
1 sudu kecil esen vanila


Cara-Caranya 

Ayak dulu bahan yang bertanda *
  1. Pukul gula.mentega.minyak,telur,susu dan esen vanila
  2. Masukan bahan yang di ayak
  3. Masukkan chocolate chip, walnut gaul sehingga sebati
  4. kemudia boleh cubit mengikut size yang korang nak atas dulang
  5. Bakar dalam oven 110 darjah selama 20 minit ( suhu bergantung pada oven masing-masing ya)


Selama Mencuba..

5 comments:

  1. suka jugak biskut ni tapi maleh nak buat huhu

    ReplyDelete
  2. pergi beraya memang suka habiskan biskut ni

    ReplyDelete
  3. Salam Aidilfitri Nieyl.. Biskut kegemaran sis ni..
    Bahan-bahan semua mudah, rasa pun sedap..
    Parking tepi dulu bebila ada masa boleh cuba buat..
    Thanks for sharing Nieyl..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)