18 April, 2018

wednesday-Random Photo

Bila dah jadi habit suka ambil gambar makanan, sampai tak sedar yang banyak gambar makanan yang tidak sempat nak share dalam IG..So, hari ini nieyl share di sini sahaja la sebagai random photo ya..

Bila hari-hari cuti duduk rumah, memang kerja orang perempuan la dari pagi sampai ke petang memasak sahaja. Cuma nieyl bukan rajin sangat nak masak 2 3x sehari, biasanya nieyl akan masak lauk tu cukup untuk 3x makan, sayur kena masak baru sebab nieyl masak sayur untuk sekali makan sahaja. 


Opis nieyl ni memang rajin sangat buat makan-makan ni,boleh dikatakan setiap bulan. Kalau ada yang nak bertukar keluar pun akan buat jamuan yang bestnya, dieorang ni rajin buat potluck.. ini mini dunkin donut.


Yang ini bubur isi ketam, kebetulan kawan nieyl balik sabah untuk ziarah mertua dia,so nieyl kirim isi ketam frozen. So,tak perlu nak kopek-kopek dah ketam tu..nak masak pun senang. Isi ketam ni sesuai buat sup,masak lemak ,bubur macam nieyl buat ni pun sedap juga..walaupun frozen rasa isi ketam tu masih lagi terasa manis tu...


Durian adalah fav nieyl, kalau korang letak 2 3 biji pun InsyaÁllah i boleh habis kan..hahaha.. jadi bila ternampak crepe durian tu, memang hati meronta-ronta minta..nasib baiklah ada jual yang pek mini so, nieyl share dengan officemate, dia satu nieyl satu..jadi laaa...buat hilang rasa teringin tu je..


Kakak nieyl kata area PJ tu ada kedai sup meletop, so nak rasa lah meletop ke idak rasanya. So far, okay lah rasa dia, tapi sup celup di medina lagi power la..hehehe...


Kalau majlis aqiqah selalu kambing dibakar ataupun di masak kari kan. Last week majlis aqiqah anak buah nieyl, ada kambing bakar jadinya memang fav nieyl kambing ni jadi korang jangan tanya la berapa pinggan pula nieyl bedal..hahaha...


Jarang beli breakfast dekat petronas, last week bos sebelah bilik nieyl ajak teman dia beli makanan untuk meeting dia dekat petronas,dia belanja nieyl roti. Sedap roti cheese dia sekali tengok harga..hmm..boleh tahan juga...boleh dapat roti 1 bungkus panjang tu weh..

Oklah nak sambung buat kerja..nanti kita sambung sembang ya..happy working!

5 comments:

  1. samalah dengan sha. perangai suka ambik gambar makanan ni susah betul nak buang haha. sampai kawan kawan dah paham, sebelum makan wajib ambik gambar. tapi uploadnya takpun hahaha

    ReplyDelete
  2. Makanan sokmo. Jadi lapar pulak tengok 😂

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)