10 April, 2018

Cara Cili Kisar Tahan Lama

Cili kisar antara bahan yang wajib ada dalam peti sejuk,cuma kita kisar sendiri ataupun beli yang dah siap.Zaman kecil-kecil dulu selalu kena tolong mak gunting cili kering ni berplastik-plastik. Mak nieyl suka kisar untuk stok seminggu dua. Bila dah kisar,kita akan simpan dalam peti ais tapi hanya bertahan sekejap je kalau korang perasan.

Seminggu kemudian dah berbau,kalau lebih lama mungkin akan naik kulat yang putih-putih..Korang perasan tak?kalau bau tu,dia bau masam-masam kalau masak pun rasa dia tak sedap.


Selepas nieyl search cara untuk bagi cili kisar kita tahan lama, nieyl terjumpa satu cara yang lebih mudah dan boleh tahan lama. Nieyl sendiri dah war-war dekat adik beradik nieyl cara ini. Dekat sini nieyl share juga untuk korang yang suka memasak.

Bahan dia mudah je iaitu CILI KERING,BAWANG PUTIH, AIR TAPIS

Sebelum ini nieyl sendiri pun tak guna bawa putih dan air tapis,guna air paip biasa je.  Selain itu selepas kita dah rebus cili kering tu, jangan basuh dengan air paip takut nanti cili kisar tidak tahan lama. Petuanya guna AIR TAPIS dan BAWANG PUTIH..

Bawang putih boleh bertindak sebagai anti kulat...InsyaÁllah cili kisar kita akan tahan lama...jom kita cuba sama-sama...


3 comments:

  1. Cili kisar ni ramuan penting yg wajib ada dalam peti ais haha ^^
    .
    Thanks for the tips hehe :D

    ReplyDelete
  2. Aida skang beli ciliboh.
    Sebab x jumpa cili kering yg kurang pedas :-(
    Izzat kalau pedas sgt, idung dia berdarah!
    Takde sambal, dia x makan.

    ReplyDelete
  3. dalam peti ais rumah sha pun wajib ada cili kisar, senang nak masak terus ambik guna. haha boleh pakai tips ni supaya tahan lama

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)