13 March, 2018

Sekotak Kurma Untuk Semua

Hari isnin sehingga jumaat rutin setiap pagi bila sampai sahaja pejabat, buka pintu dan lampu bilik kemudian akan terus pergi pantry untuk isi air dalam botol , hari isnin lepas nieyl masuk pantry ada sekotak kurma, kebiasaannya bila di letakkan di pantry memang untuk di makan bersama. Ya Allah murah sangat rezeki orang-orang yang bersedekah ni.


KELEBIHAN DAN KEBAIKAN BERSEDEKAH

Mendekatkan diri kepada Allah swt dan kuatkan iman dalam diri
💚 Kita bersedekah dengan niat untuk beribadah kerana Allah dan secara tidak langsung bertambah keimanan kita kepada Allah swt.Selain itu, bersedekah juga kita dapat mendekatkan diri kita dengan Allah swt. Allah menyayangi golongan hambanya yang banyak memberi tetapi bukan bertujuan nak menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

Mendapat ganjaran pahala
💚Setiap amalan baik yang kita lakukan dengan ikhlas pastinya Allah menjanjikan pahala buatnya. Termasuklah dalam bersedekah kepada mereka yang memerlukan. Sentiasa menginggatkan diri kita bahawa setiap rezeki kita itu ada rezeki orang lain juga, jadi berkongsi lah sekadar kemampuan kita.

Menjauhkan diri dari sikap bongkak dan sombong
💚Apabila kita tidak mengamalkan amalan bersedekah mungkin kita akan dipenuhi dengan sikap sombang dan mungkin juga bongkak . Orang yang sombong adalah mereka yang beranggapan bahawa semua yang dimilikinya adalah hak kekalnya tapi mereka tidak sedar bahawa semua itu adalah hak Allah yang boleh di tarik balik bila-bila masa sahaja.

p/s: bersedekah bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit, senyum itu juga sedekah, bersedekah boleh disalurkan dalam bentuk barangan, tenaga dan lain-lain lagi..

8 comments:

  1. tanda puasa dah dekat
    hehehe
    bagus bersedekah
    memang banyak barakah

    ReplyDelete
  2. Amalan yg mudah tapi berat nak di sempurnakan. Semuga kita jadi org yg rajin bersedekah

    ReplyDelete
  3. Bersedekah memang banyak hikmahnya jika kita amalkan. Kurma tuh kalau dapat buat kurma shake sedap jugak tuh

    ReplyDelete
  4. seronok tau bila kita bersedekah ni dan jadi penerima pun seronok..sama-sama berkongi dan merasa kan

    ReplyDelete
  5. sedekah la apa jua,asalkan ianya ikhlas dari hati..thanks sharing

    ReplyDelete
  6. Kan... Bila kita bersedekah, hati pun turut berasa tenang. Begitu hebatnya nilai bersedekah kan.

    ReplyDelete
  7. kurma gred baik tu...
    murah rezekinya

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)