19 February, 2018

Gong Xi Fa Cai Setiap tahun meriah

Gong Xi Fa Cai Setiap tahun meriah

Setiap tahun bila tiba tahun baru cina, anak-anak buah nieyl excited nak ikut pergi beraya sebab nak merasai suasana raya cina. Family masih lagi datang menziarahi sedara mara bila tiba perayaan tahun baru cina. Walaupun berlainan agama, ikatan kekeluargaan itu masih lagi tidak putus sampai bila-bila. Mak kata arwah nenek pernah pesan, walaupun dia dah tak ada jangan sesekali lupa sedara mara belah arwah nenek. 


Kebiasaanya dieorang dah tahu, setiap tahun pagi raya pastinya kitaorang sekeluarga akan sampai.. jadi, uncle dan aunty akan siapkan sarapan pagi, menu wajib yang ada nasi lemak. Selalunya aunty akan tempah nasi lemak dekat orang melayu. 


Selain nasi lemak, makanan lain seperti kerepek, kekacangan, kuih raya melayu, limau dan air kotak wajib ada atas meja tu..Kakak dengan abg nieyl pandai cakap mandarin, sebab dieorang ayah hantar pergi sekolah cina masa sekolah rendah. Ruginya lah ayah tak hantar nieyl juga pergi sekolah cina..Kalau tak, mesti pandai juga kan..hihihi...


Nampak tak, anak-anak buah dah macam sebaya makcik dia dah..kekeke..sebab tu ar bila keluar sesama orang kata nieyl sebaya dieorang..ha..ha..ha..sila muntah...


Siapa cakap orang dah kahwin tak dapat angpaw lagi? tu setiap tahun dapat tau..hihihi.. kata aunty raya setahun sekali maa..muka happy dapat angpaw...


Tadaaa...dapat 2 angpaw tahun ni, walaupun tak banyak sangat dalam sampul tu tapi pengalaman pergi raya tu best dan setiap tahun hari raya aidilfitri uncle dan aunty akan datang beraya rumah kitaorang.. Cuma kalau diaorang tak dapat tu, tandanya dieorang pergi holiday dekat oversea. 

Korang cuti panjang 3 hari pergi mana je?

8 comments:

  1. Siapa tak excited dapat angpaw kan? heheh ^^

    ReplyDelete
  2. Owh baru taw nieyl keturunan cina

    ReplyDelete
  3. sama lah tiap tahu pergi open house rumah jiran lepastu dapat angpau sebab tak kahwin lagi :P

    ReplyDelete
  4. Sha sebok dengan kenduri kahwin.. Membaca dan juga layan drama china.. sempatlah tengok jalan jem.. kikiki.. Laluan sha jalan clear..

    ReplyDelete
  5. Eh.. tertinggal komen.. Nak juga aangpow, boleh?? hehehe.. seronok nieyl dapat angpow ye..

    ReplyDelete
  6. bestnya! teringin nak sambut cny jugak, bestnya dapat angpow

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)