02 February, 2018

Alarm Banyak Membantu

Alarm Banyak Membantu  | Hai korang, hari ni hari paling sunyi dekat Office sebab ramai yang sambung cuti Thaipusam dan Hari Wilayah. Pagi yang sunyi ni nieyl nak share something yang mungkin ramai juga yang ada pembantu peribadi yang membantu pengurusan masa untuk lebih teratur lebih-lebih lagi bila waktu pagi.


Dekat atas ni alarm yang memang nieyl set untuk hari isnin sehingga jumaat. Sebab rutin dia sama sahaja. 5.30 pagi alarm untuk kejut nieyl bangun walaupun realitinya mengambil masa untuk betul-betul sedar. Alarm 6.00 pagi adalah alarm amaran dah lewat bangun untuk masak bekalan untuk bawa pergi kerja, nieyl akan siapkan bekal sehingga pukul6.30 pagi. Alarm 6.30 pagi itu alarm untuk pergi solat dan mandi bersiap -siap. Last sekali alarm 7.00 pagi sebelum bunyi nieyl kena ada dalam kereta kalau alarm bunyi dulu itu tandanya nieyl akan sampai lewat ke pejabat..huhuhu...

Begitulah rutin nieyl setiap pagi dalam menguruskan masa, so..pada nieyl alarm adalah pembantu yang terbaik setakat ini. Yela kadang-kadang kita manusia ni lalai kalau tak buat mcnie banyak pembaziran masa yang berlaku.

Korang pula macam mana menguruskan masa?

6 comments:

  1. sya pulak selagi ada button snooze, selagi tu tak reti nak bangun tido

    BTW, do visit my blog : https://najwazahid94.blogspot.my/2018/01/photography-time-at-minnature-malaysia.html

    ReplyDelete
  2. Kalau Hana lagi dahsyat dari tu... mana cukup 4 alarm hahah! rasanya 10 pun sampai kot...

    ReplyDelete
  3. Setiap org ada rutin masing2 dan cara sndiri.Tp sy suka cara macam nieyl buat tu..

    ReplyDelete
  4. Sally jenis otak selalu set..kalau Sally ada benda yg perlu dibuat pada hari berikutnya..mmg otak dah set dah akan bangun awal..kalau dia tau xde benda nak buat...mmg kelaut jela.. :P

    ReplyDelete
  5. Alarm Sha pula ada 3, pukul 5pagi, 5.30pagi dan 6.05pagi.. Kalau alarm 6.05 pagi yang bunyi, maknanya memang semua dalam rumah tu akan lewat.. hehehe

    ReplyDelete
  6. saya kadang2 taruk alarm supaya tak mandi lama sangat. taula kadang2 leka belek muka

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)