03 January, 2018

Wishlist Nieyl 2018


Rata-rata hari ini kawan-kawan blogger ramai yang share tentang wishlist masing-masing dalam entry. Nieyl  pun nak share juga lah dengan korang apa wishlist nieyl untuk tahun 2018 ini. Kali ini mungkin wishlist tak berapa nak banyak cuma ada penambahan sedikit dari tahun-tahun lepas yang tak kesampaian lagi..hehehe..

1. Menjadi insan yang lebih baik 
Bukan kata diri ini baik sangat ataupun tak baik tapi sebagai manusia di muka bumi ini ada kalanya sikap lalai dan pelupa tu pasti ada, jadi untuk 2018 ini nieyl nak lebih baik dari segi penjagaan solat, pergaulan serta pemakaian.

2. Mempunyai zuriat sendiri 
Nieyl masih lagi berpegang pada janji Allah, rezeki Allah itu pasti ada cuma lambat dan cepat sahaja apa yang perlu kita lakukan adalah dengan berusaha,berdosa dan sabar..InsyaÁllah...rezeki itu pasti akan tiba..

3. Bebas hutang
Bertuah siapa yang bekerja tapi tidak berhutang. So far, nieyl rasa kita mesti ada berhutang termasuklah hutang rumah, hutang ptptn ke,hutamg kereta ke, hutang pada orang ke..macam² jenis hutang la..kalau boleh nak cepat settelkan, Alhamdulillah kereta nieyl lagi 4 tahun habis, manakala hutang lain-lain InsyaÁllah target bulan 10 selesai. 

4. Beli Handphone baru Neffos x1 lite
Rasanya dah setahun lebih juga pendam perasaan nak beli handphone baru sebab handphone yang lama dah tua dan tidak dapat menampung simpanan gambar-gambar yang nieyl ambil. so, nieyl perlukan handphone baru..Hadiah dari Lazada masih belum tebus lagi,nanti nieyl akan gunakan untuk beli handphone baru hihihihi..

5. Cuba untuk buat 5 entry untuk satu hari
Walaupun bukan blogger yang popular, tapi tak salah rasanya kalau kita ada semangat dan azam untuk menjadi lebih baik kan.. Dalam pada kita menaip entry, biarlah entry kita boleh membantu orang, memberi ilmu dan berkongsi apa yang kita lalui. Orang kata bukan tulis kosong sahaja..

6. Belajar untuk menurunkan berat badan dengan diet yang sihat
Azam atau wishlist yang pasti akan ada dalam nieyl punya diary, alahai..tapi tak apa..sekurang-kurangnya kita ada niat nak turunkan berat badan tau, dan makan makanan yang lebih berkhasiat ya..bila umur dah masuk 3series ni pemakanan dah kena jaga dah...

7. Mempunyai follower blog / page / Instagram yang ramai
Terseksa rasanya nak dapatkan follower yang ramai dalam media sosial kan,tapi kalau orang lain boleh,kita pun kena yakin boleh...chaiyok²..

8. Kedai Online Cosmatic dan Healhty sendiri
Masih lagi dalam permulaan pembukaan, semoga Allah permudahkan semuanya...doakan ya...

9. Belajar bercucuk tanam di kawasan rumah
Sikap nieyl yang selalu ada dalam diri ini adalah angan-angan ada,tapi tak pernah nak buat bagi jadi..ha..ini lah sikap yang selalu husband nieyl bebelkan.. Nieyl suka tengok orang tanam itu tanam ini tapi malas nak buat dekat rumah sendiri..huhuhu..adoi...harap tahun ni adalah berubahan..

Itu sahaja wishlist nieyl untuk tahun 2018..korang doakan untuk nieyl ya...moga sentiasa beristiqamah dalam menjalankan kehidupan harian disamping laksanakan wishlist² di atas ini..Amin..



2 comments:

  1. semoga tercapai semua wishlist akak :) insyaAllah percaya dengan rezeki ALLAH :)

    ReplyDelete
  2. all the best niely! ciktie plan 1 hari 1 enrty je tahun ni tapi tak tau la camne nanti hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)