Seindah Cerita: March 2017

Thank you Lecithin

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Thank you Lecithin | Tiada apa lagi yang menghappykan hari wanita yang mempunyai berat badan yang lebih sikit ini apabila berat makin turun dan inci pun dah banyak kurang. Macam mana tahu inci kurang? baju lama-lama yang dulunya sendat sekarang dah boleh pakai,longgar lagi..jangan jeles ya..hihihi.. 

Meh nieyl nak share sikit, bukan susah nak amalkan supplement untuk kurus atau slim ni..ingat makan ingatlah supplement ini..So, macam nieyl dekat office nieyl memang akan standby dalam bekas untuk vitamin dan letak atas meja, sebab lunch time kita berada office jadi lepas makan je terus ambil 3 biji lecithin dan telan.. Begitu juga di rumah, nieyl masih juga makan malam untuk teman husband dengan mak makan, tapi lepas makan nieyl akan ambil lagi 3 biji lecithin...mudah je kalau kita nak buat.. Jangan lupa amalkan minum air secukupnya..PENTING!

Harga Mampu Milik.. .
Antara khasiat lecithin.. .
🌺Memecahkan lemak
🌺Meningkatkan kadar metabolisma
🌺Menghalang lemak termendap,utk kesihatan jantung
🌺Membantu otak berfungsi dgn cergas
🌺Mengawal kadar kolesterol
🌺Melegakan sembelit .

Nak beli..
Boleh whatsapp nieyl Okay... 0173583792
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Secret Recipe 20 Year Anniversary

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Secret Recipe 20 Year Anniversary | Siapa suka makan di Secret Recipe kita geng.. Umum pun dah tahu semalam merupakan Anniversary secret recipe yang ke-20 so, ada promo 2 for RM20 . Jadinya kesempatan yang ada itu jangan disia-sia kan. Gigih tau pergi beratur dan walaupun ada tragedi yang berlaku yang tak best, so..next time please make sure service di pertingkatkan ya..


Sebelum-sebelum ni kalau pergi SR selalunya nieyl akan order TomYum la sebab itu salah sati fav nieyl but semalam nieyl tukar citarasa,kononnya nak try makanan lain pula..


Semalam try makan prawn macaroni cheese,sedap sangat memang kena dengan selera nieyl. Dan dapat kek sorry...ha..itu kek tu dari anak buah nieyl yg kerja di SR, dia say sorry sebab makanan nieyl lewat sampai..dan terpaksa take away..huhuhu...tak apa..maaf diterima :)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Souvenir from Japan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Souvenir from Japan | Rasa seronok sangat bila dikelilingi dengan orang yang sentiasa ingat dekat kita kan. Kadang-kadang tidak perlu mereka yang bergelar sahabat sahaja yang ingat pada kita, kawan-kawan yang biasa pun sebenarnya ingat dekat kita. Yang paling seronok bila dapat kawan-kawan yang suka travel, kita bukan tak nak ikut atau pergi travel cuma ada perkara yang lebih memerlukan kita. 

Walaupun tidak berpeluang ke oversea lagi, Alhamdulillah selalu dapat souvenir dari kawan-kawan, boss dan kakak-kakak dekat pejabat ini...Kalau ikutkan banyak dah nieyl dapat, cuma kebanyakkannya FM so, dah lekat dekat rumah, mana yang keychain separuh ada di rumah dan separuh nieyl sangkut dekat dinding pejabat. Kalau EKSA kena cepat-cepat cabut..hahahaha...


Semalam nieyl dapat souviner dari Japan. Ya Allah look, so cute kan..aduhai..geram tengok tau nak sangkut kunci rasa sayang sangat. Ok nama patung ni Kokeshi Doll, patung ini sangat popular di Japan dan selalu dijadikan souviner untuk pulang. 




  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Hilangkan kesan deodoran

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Hilangkan kesan deodoran
  1. Cuka - Campurkan cuka dan air suam. Rendam kain selama beberapa jam dan bilas.
  2. Baking Soda dan Air - Campurkan baking soda dengan air.Taburkan di bahagian baju yang kotor dan bila seperti biasa.
  3. Limau Nipis- Perahkan limau nipis di tempat yang terkena deodoran dan biarkan beberapa minit, kemudia letak sabun basuh dan cuci macam biasa.


Selamat Mencubaaa!

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Menabung tanpa sengaja

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Menabung tanpa sengaja | eh..menabung pun boleh tanpa sengaja ya. Serius memang pun actually, nieyl jenis orang yang tak suka ada duit syiling dalam purse atau wallet. Walaupun ada ruang untuk duit syiling, selalunya nieyl akan kemaskan purse atau wallet di pejabat, so memang akan ada 2 bekas untuk duit syiling. 


1 bekas untuk duit syiling 5sen 10sen dan satu lagi untuk duit 20sen 50sen. Senang asingkan, dah selalunya duit syiling ni nieyl kumpul sebab tak nak bagi purse atau wallet berat. Dan kadang-kadang juga ada yang tanya dan nak tukar kepada duit ringgit kertas. Selalunya dieorang tukar untuk tambang bas. Berguna juga rupanya menabung duit syiling ni..hihihi.. ♥
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Segmen Bloglist Seindahcerita by nieyl

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Cara Untuk Join

1. Buat entry bertajuk "Segmen Bloglist  Blog Seindahcerita"
2. Follow Blog/ FB Page / Follow IG @nieylanadia / FB Personal @nieylanadia
3. Make sure blog korang active ya
4. Linkkan entry korang di kotak komen di bawah
5. 10 Blog yang bertuah akan dipilih melalui random.org

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Adam dah besar

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Adam dah besar | Seronok rasanya bila ada anak yang membesar depan mata kita kan. Nieyl belum ada peluang itu lagi tapi tetap bersyukur sebab dikelilingi dengan anak-anak buah yang dah di anggap macam anak sendiri. Adam ini anak adik ipar nieyl, dari dia lahir sehingga kini dah setahun lebih umur dia, nieyl berpeluang melihat dia membesar.

Hari Ahad yang lepas, berkesempatan jaga ellsa sampai petang lepas tu bawa adam balik rumah sementara tunggu mummy dia balik kerja pukul9 mlm. Ya Allah rasa seronok sangat tau, sebab rumah tak pernah ada budak kan, rasa riuh la main dengan dia,pujuk dia makan. Walaupun sekejap tapi itulah nikmatnya...sekarang lagi rasa nak ada anak sendiri cepat...kena buat cepat ni..hahaha... InsyaÁllah... mudah-mudahan..doakan yaaa...Ameennn...
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Menang Giveaway Fridge Magnet Padang Besar By Mialiana.com

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Menang Giveaway Fridge Magnet Padang Besar By Mialiana.com | Alhamdulillah rezeki menang giveaway, jarang tersangkut kalau join giveway atau contest ni..Apa² pun Thanks Blogger Mialiana.com


















  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Harga Barang Basah Mahal

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Harga Barang Basah Mahal | Sekarang ini pergi lah mana-mana pun pasar pun cuba perhatikan harga-harga barang basah, sangat berbeza harga kalau dulu kita bawa RM50 pergi pasar...InsyaÁllah akan dapat ayam,ikan,sayur,udang,sotong dan lain-lain.. Tapi sekarang ini RM50 dapat ayam sekor , ikan 1 jenis, sayur itupun dah RM40 dah..

Tapi nak buat macam mana, manusia perlu makan minum untuk teruskan kehidupan, sekat macam mana sekalipun hakikatnya kita kena juga beli. Lagi pada mereka yang ada anak-anak yang sedang membesar. Bertabahlah wahai hati manusia...

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Basuh atau tidak telur ayam tu?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Basuh atau tidak telur ayam tu? | Kalau korang?korang basuh atau tidak telur ayam yang korang beli dekat kedai tu? Sejujurnya nieyl memang selalu beli telur dan buat stok di rumah setiap kali hari gaji, so..nieyl memang selalunya tidak basuh atau cuci, sebab selalunya terus susun dalam peti sejuk dan bila nak masak baru nieyl cuci tapi berbeza pula dengan kakak nieyl, dia akan cuci atau basuh dulu telur ayam tu sebelum simpan dalam peti sejuk.

Apa bezanya??

Sebenarnya terpulang pada individu tu nak basuh atau cuci dulu pun boleh, dan nak simpan terus dalam peti sejuk tanpa basuh pun tiada masalah. Tiada apa yang salah pun. Kadang-kadang ada yang jenis pentingkan kebersihan,memang akan cuci atau basuh dlu..


Syarat-syarat telur ayam
  1. Jangan cuci telur ayam,jika tidak memasak. Ini kerana ketika telur dibasuh,lapisan yang melindungi udara dan bakteria akan turut hilang.
  2. Telur yang tidak dibasuh boleh kekal segar selama 2 minggu tanpa simpan dalam peti sejuk.
  3. Telur kekal segar selama 3 bulan dan lebih di dalam peti sejuk jika tidak dibasuh
  4. Kalau nak basuh juga telur sebab ada kotoran,guna air suam dan perlu di masak dalam masa terdekat
  5. Telur ayam yang dibasuh,dan disimpan dalam peti sejuk akan bertahan selama 2 bulan namun rasanya kurang segar berbanding telur yang tidak di basuh dalam tempoh yang sama.


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Rezeki Hari Jumaat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Rezeki Hari Jumaat | Korang jangan la jemu kalau tengok gambar selfie nieyl dengan cermin ajaib ni ya..walaupun latar belakang tu tidak berapa nak lawo..hihihi..sebab rasanya sudut itu yang dirasakan sesuai sebab cermin ajaib tu ada situ sahaja. Nieyl suka pula pakai baju jenis belang ni, nampak selesa dan nampak slim sikit kan..berbanding dengan baju bercorak kosong. Dan yang keduanya jarang nieyl nak pakai pergi kerja lebih daripada 2 color.So,hari ini nieyl pakai 3 color..ok x?



Alhamdulillah, rezeki pagi jumaat ni kakak office bawa kan nasi kerabu yang dia buat tau, dia tak beli..sebelum ini setiap kali dia bawa nasi kerabu, nieyl mesti bawa bekal..semalam dia dah warning awal² jangan bawa bekal, sebab dia bawa kan nasi kerabu..waaahh..nak bagitahu nie, nasi kerabu dia memang sedap sangat, memang boleh buat niaga laa..nieyl siap tanya resepi lagi..sebab manalah tahu nanti kalau ada kelapangan nak buat juga sebab nieyl memang belum pernah lagi buat nasi kerabu ni..


Nieyl dah lama sebenarnya tak makan berat time sarapan pagi, so hari ini kira dah langgar pantang dah nie sebab balut nasi kerabu, selalu nya tengah hari baru makan nasi..tapi tak apa lah rezeki orang dah bawa kan tu kita kena lah hargai betul tak..Alhamdulillah lepas makan nasi kerabu, cepat-cepat nieyl pergi makan lecithin 3 biji..untuk pembakaran lemak yang tidak diperlukan oleh badan kita. Oh ya.. best tau amalkan lecithin nie, badan akan rasa ringan dan InsyaÁllah kalau konsistem akan nampak perbezaannya...:)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Lazada Birthday Blogger Contest

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Happy Birthday Lazada ke-5 | Sama pula bulan birthday lazada nie dengan nieyl. Teruja pula rasanya nak join manalah tahu kot-kot nanti boleh menang dapat hadiah sempena birthday yang ke-29 tahun ni..hehehehe..Macam mana join?ala...mudah je korang boleh klik SINI untuk join ok! Walaupun selalu dah join contest, masih belum ada rezeki nak menang,tapi tak apa..mana tahu rezeki nieyl ke ataupun korang ke kan..hadiah dia pun best-best tau...Jom join sebelum tu kena jawab beberapa soalan yang wajib dijawab..

1.What do you love about Lazada Malaysia?

Kalau tanya nieyl apa yang nieyl paling suka shopping dengan Lazada ni banyak sebabnya antaranya adalah harga barangan yang ditawarkan adalah lebih murah dari harga barangan yang kita beli di luar dan selalu buat sale yang GEMPAK! Dan yang keduanya adalah service penghantaran yang cekap,pantas dan selamat depan pintu. Dan yang paling bagus sekali adalah sebelum nieyl beli barang, Lazada akan paparkan jangkaan tarikh barang sampai. Jadi,sebelum beli tu kita boleh bajet hari apa barang kita akan sampai.

Di Lazada ni semua keperluan dan kehendak manusia ada dijual la, part yang paling nieyl suka adalah shopping perkakas dapur dan kelengkapan rumah. Kalau sebelum ini nak beli perkakas dapur 1 kena start enjin kereta, redah jem, keluarkan duit tol lagi, tapi dengan lazada semua itu tidak perlu lagi hanya klik-klik, pilih dan tunggu barang sampai depan pintu. Jimat masa dan tenaga kita dan tidak perlu lagi nak pujuk en.husband teman pergi shopping sebab segalanya boleh di lakukan di mana sahaja.

Kalau tanya sesiapa pun lah, jawapan pasti sama dengan nieyl. Lazada menawarkan cara pembayaran yang sangat fleksibel.Korang boleh guna debit ataupun cash on delivery. Cuma tidak semua barang yang boleh kita bayar secara COD..tapi korang jangan risau,setiap barang yang kita nak beli tu Lazada telah menerangkan semuanya dengan jelas. 


2. Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products)

Disebabkan semakin hari semakin barang baju dalam wardrobe dekat rumah tu sampai nak termuntah, so benda pertama yang bermain di fikiran adalah wardbrode alangkah bagusnya kalau dapat wardrobe baru. Jadi, wardrobe adalah pilihan yang tersangat penting dalam hidup nieyl sekarang ini.


1. Corner Wardrobe Solano


2. Samsung Galaxy J7 Prime Pink 

Item kedua yang nieyl nak sangat adalah handphone baru, sebab sekarang ini nieyl memang memerlukan handphone baru ini kerana handphone lama nieyl dah uzur, asyik heng je..rasa sangat stress, lagipun nieyl suka ambil gambar makanan, selfie dan ia memerlukan handphone yang baru dan pantas untuk memudahkan segala urusan harian nieyl berjalan dengan lancar dan baik.


3. Evonne Red 2 Seater Classic Sofa

Rumah nieyl sememangnya tiada sofa, sebab husband tak suka habuk so,nieyl pula jenis yang suka sofa kalau nak beli memang dia tak kan bagi, tapi kalau orang bagi free dia tak boleh nak cakap apa lah kan.Kena terima sahaja la, tapi nieyl memang berkenan dengan sofa nie, dengan warnanya yang classic dan cantik lain dari yang lain.


3.How do you think Lazada Malaysia can improve?

Seharian memikirkan apa yang boleh membantu Lazada untuk tingkatkan service, yang pertamanya mungkin barang yang tiada lagi dalam stok boleh dikeluarkan dari paparan umum supaya pengguna tidak perlu lagi klik-klik untuk melihat barangan tersebut.

Yang keduanya umum tahu bilangan pelanggan Lazada saban hari meningkat dan setiap hari akan ada sahaja pengguna yang akan membeli barangan di Lazada, why not sekiranya Lazada menghargai setiap pelanggan dengan memberi hadiah tanpa terima kasih kepada pelanggan yang setia pada hari jadi mereka, maksud saya bukan dalam bentuk diskaun mungkinnya dalam bentuk 1 barangan. (pemilihan mungkin boleh diukur melalui pembelian di lazada lebih dari 10x setahun). Jika bagi code diskaun adakalanya pelanggan tidak sempat atau tiada apa barang yang hendak di beli pada tempoh code diskaun masih sah.

4. What is your birthday wish to Lazada Malaysia?

Happy Birthday Lazada Malaysia yang ke-5, bukan mudah untuk menjadi sebuah Laman Shopping Online yang sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia, semoga dengan kesusahan dan kepayahan selama ini mampu memberikan semangat baru Lazada Malaysia untuk terus berikan yang terbaik kepada semua pelanggan baru ataupun lama. Terus mencipta idea-idea baru untuk menarik minat pelanggan untuk terus shopping online di Lazada.. Dan akhir sekali, teruskan beri DISKAUN atau buat SALE yang BEST-BEST...LOVE U LAZADA.....

Ok done!
kalau korang pun nak join macam nieyl cepat klik SINI...
Mesti idea korang lagi gempak....dan bila dah up entry...jangan lupa submit okay...
Emelkan ke contest@lazada.com.my
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Result SPM 2016

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Result SPM 2016 | Setelah beberapa bulan menanti keputusan SPM 2016, semalam hari yang dinanti telah tiba. Dua orang anak buah nieyl masing-masing semalam pergi ke sekolah masing-masing untuk ambil keputusan SPM. Seorang bersekolah berasrama penuh dan seorang lagi sekolah harian biasa.

Semalam pukul12 tgh hari makcik dieorang ni dah sibuk call, nak tanya result masing-masing. Tapi itulah kalau dah namanya sepupu, membesar bersama..result pun sama juga.. Alhamdulillah, masing-masing memperolehi 3A..Yang A Nabila (BM,Math,Agama) dan Hafizuddin A (Math,Sains,Akaun) .

Masing-masing masih lagi belum buat keputusan nak mohon UPU ambil jurusan apa, masih lagi berfikir-fikir. Sementara tu dieorang masih lagi kerja part time sementara nak tunggu panggilan ke U nanti..InsyaÁllah...

Tahun 2017 pula 3 orang anak buah nieyl akan menduduki peperiksaan UPSR...huhuhu...Harapnya masing-masing berjaya dalam semua peperiksaan..makin besar dah anak-anak buah nieyl...

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Kylie Lipstik dan Huda Beauty

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Kylie Lipstik dan Huda Beauty | Siapa yang ada follow Instagram dan Facebook nieyl, mesti perasan nieyl ada share gambar lipstik semalam. Ok first nieyl memang sangat jarang nak beli lipstik melainkan kalau betul-betul dah habis. Tapi kata orang awan itupun boleh berubah-ubah bentuk ini kan manusia kan. Ha..ha..ha... jadi, nieyl sedang berjinak-jinak mengumpul barang-barang kosmatik. 


Bila dah banyak macam ini memang rambang mata nak pilih yang mana berkenan di hati sebab kalau ikutkan kata nafsu ambil semua..ha..ha..ha.. Nieyl ambil satu sahaja lipstik stick liquid matte ini untuk nampak berkilat dan bersinar bibir tu. Lipstik liquid matte brand kylie.


Kemudian, sebelum ini nieyl pakai lipstik silky girl dan D'herb , ini sahaja nak try brand Huda Beaudy Matte Lipstick. Lipstik Huda Beauty ini pun sebenarnya banyak pilihan. Jujur cakap memang rambang mata nieyl nak pilih yang berkenan di hati.


Ok meh nak belanja 1 picture lepas pakai lipstik Matte Lipstick by HudaBeauty dan kemudian nieyl double dengan lipstik stick liquid matte by kylie...
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Resepi Laksa Johor

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Resepi Laksa Johor  | Last week tak plan pun nak buat laksa johor nie, kebetulan dekat dapur ada sepaket speghatti balance masa buat birthday MIL nieyl. Kalau nak buat speghetti macam dah selalu sangat buat kan. So,cubalah mencabarkan diri buat laksa johor..Sebenarnya ini adalah kali pertama nieyl cuba buat,siap pergi rumah MIL lagi tanya resepi hihihi..

Bahan-bahan
1 paket spaghetti
1kg ikan sardin
1 sudu besar rempah kari ikan
1 cawan cili kering yg dikisar 
 ¾ cawan udang kering dikisar
1 kotak santan pekat 
3 cawan air 
½ cawan minyak masak 
1 sudu besar kerisik 
Garam Serbuk perasa  

Bahan kisar: 
3 batang serai 
2 inci halia 
2 inci lengkuas 
3 biji bawang besar 

Sayur
Kacang pancang
cili api potong
Timun

Cara-caranya

  1. Ikan nieyl rebus dan asingkan isi dengan tulang, air rebusan tu nieyl simpan untuk digunakan nanti.
  2. Panaskan periuk masukkan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng. 
  3. Masukkan air  Pastu masukkan cili kisar sampai terbit minyak. kemudian  masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. 
  4. Masukkan  air dan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik. kacau sehingga sedikit pekat dan dah siap!
  5. Speghetti seperti biasa rebus letak garam sedikit ya.Bila dah masak jangan lupa toskan dan sejukkan (boleh cuci dengan air paip) untuk elakkan melekat.

Selamat mencubaa!

Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Sunshine Blogger Award Ucing Kadayan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Thanks Ucing, tag nieyl..aduhai...kena jawab lah ni ya..hihihi...
ok ini jawapan nieyl untik 11 soalan ucing okay..


1) Terangkan kepada saya siapa awak sebenarnya.?
Seorang hamba Allah,anak ke 8 daripada 9 adik beradik,seorang isteri,seorang menantu sulung, masih menanti rezeki zuriat sendiri dan bekerja sebagai Personal Asistant kepada seorang boss yang baik.

2) Makanan kesukaan yang tidak boleh di lupakan.?
Tiada makanan yang tak boleh di lupakan, cuma nieyl tak boleh tinggal ayam..apa-apa pun ayam adalah pilihan pertama,dalam seminggu mesti sekali atau dua kali makan ayam.

3) Musik yang selalu dimainkan ketika bersedih.?
Banyak selalunya muzik yang rancak sebab nak happykan diri bila tengah bersedih.

4) Pengalaman memalukan yang terjadi di hadapan orang ramai.?
Pengalaman yang memalukan,rasanya sepanjang hidup 29tahun nie..belum pernah sekali pun terjadi perkara yang memalukan..Alhamdulillah.. :)

5) Apa yang anda buat pada masa lapang.?
Biasanya akan layani internet,layan movie ataupun tidur...hahahaha

6) Peristiwa kejutan (suprise) yang menyeronokan.?
Suprise birthday yang ke 21 thn, di pejabat..

7) Perkara yang membuat anda marah.?
Bila pemandu tidak pedulikan keselamatan pemandu lain, berurusan dengan orang yang degil, bila minta tolong orang buat tak tahu sahaja,menunggu orang

8) Peristiwa yang menyeramkan.?
Bila tidur, rasa ditindih dan tidak boleh bernafas, time tu memang rasa seram sangat.

9) Bagaimana cara seseorang itu boleh membuatkan anda senyum.?
Belanja kek SR atau aiskrim

10) Lawak habis sampai anda sakit perut tergolek-golek.?
Banyak...

11) Bila waktu dan masa membalas 11 soalan saya ini.? (^_^)
hari khamis, 16 Mac 2017 jam 9.30 pagi..
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Lunch Date With Sister's At Jombali

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Lunch Date With Sister's At Jombali | Kadang-kadang kerja je putrajaya tapi banyak lagi sebenarnya tempat makan yang belum pergi lagi. Jumaat lepas, nieyl plan small gathering bersama kakak² office nieyl. Walaupun dah lama tidak duduk sebumbung lagi,tapi Alhamdulillah silaturrahim masih lagi kuat dan masih lagi satu family... 😊


Kali ini nieyl plan lunch di Jombali, dorsett Putrajaya berdekatan dengan hero market. Kalau tak tahu, boleh google maps ya.. Tempat dia sangat selesa ,bersih dan makanan pun sampai cepat walaupun ramai orang, kita tidak perlu nak tunggu lama-lama sangat. 


Makanan di jombali ini menghidangkan makanan citarasa Malaysia yang sedap dan halal. Portion untuk seorang makan memang banyak dan berbaloi dengan harganya. Tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Yang penting sedap okay!


Ini adalah kali pertama nieyl try makan di Jombali ini so, memang tertarik nak cuba nasi goreng chicken Chop. Memang sedap dan kenyang. InsyaÁllah nanti nak ajak en.husband pergi lagi..hihihi..

Jombali Putrajaya
Unit LG09 & LG09A at Lower Ground Floor, No 1,
 Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan

Waktu Operasi : 9 Pagi -10 malam

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Shopback Ini Pilihan Saya

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Pada 22 Februari merupakan ulangtahun Shopback Malaysia yang ke-2. Jadi, kebetulan bulan Mac adalah bulan birthday nieyl. jadi nak rebut peluang untuk menang hadiah birthday. Manalah tahu kalau ada rezeki kan. So, nieyl akan share 6 item yang menjadi wishlist nieyl untuk tahun ini.

wishlist #1 - Xiaomi Redmi Note 4


Ini menjadi pilihan pertama nieyl sebab nieyl memang nak beli handphone baru sebab handphone lama dah kurang memberi kerjasama. Total harga ialah RM799, kalau menggunakan shopback, nieyl akan dapat 1.5% cashback daripada ShopBack tau iaitu sebanyak RM11.98 daripada harga RM799. Menarik kan? Lazada

Wishlist #2 - GoPro HERO


Pilihan kedua nieyl adalah GoPRO HERO yang menjadi kegilaan mereka yang suka selfie dan travel. Harga ialah RM1429, jika beli di Shopback nieyl akan dapat cashback sebanyak 1.5% iaitu RM21.43

Wishlist #3 -  Zoeva Vegan Prime Set Brush


Dah lama nak ada set brush yang original untuk kelengkapan alat make up personal. Set ini berharga RM436, jika beli di shopback nieyl bukan sahaja dapat barang yang berkualiti tapi dapat juga cashback sebanyak RM 8.72 . 

Wishlist #4 - Rose Gold MK

Pilihan ke4 nieyl adalah jam tangan jenama MK yang sangat cantik dan glam. Harga jam tangan itu ialah RM1299. Jika beli di Shopback, nieyl akan dapat cashback sebanyak RM116.91 wow!banyaknya..

Wishlist #5 - Kizzy Convertible Flap Crossbody Bag Guess


Sangat sweek warna handbag ni kan..love sangat, harga di Zalora ialah RM395,jika beli di shopback nieyl akan dapat juga cashback sebanyak RM35.55 

Wishlist #6- 


Pilihan ke-6 nieyl adalah saral wedges dari Guess dengan harga RM170 di Zalora dan jika beli di Shopback nieyl akan dapat cashback sebanyak RM15.30 ..

Ok, itu adalah 6 item yang berada di wishlist nieyl untuk hadiah birthday nieyl,hopefully dapatlah salah satu daripadanya ya shopback.

ShopBack itu apa?
Mesti korang tertanya-tanya apa shopback tu kan? Shopback merupakan sebuah laman sesawang yang menawarkan perbelanjaan atas talian atau online shopping. Ha,yang mana kaki online shopping seperti nieyl ni korang memang digalakkan untuk join nieyl shopping guna shopback ini. Korang mesti teruja tau.

Shopping sambil dapat duit
Selalunya kalau kita shopping, kita akan keluarkan duit untuk beli barang yang kita suka kan?tapi dengan shopback ini, korang bukan sahaja kena keluarkan duit untuk shopping malah shopback akan beri korang CASHBACK tau..betul..tak tipu....siapa yang nak bagi cashback kalau kita beli barang..Hanya ada di SHOPBACK sahaja.

Ada banyak stores yang popular di Shopback untuk korang shopping dan dapatkan cashback yang banyak. Jadi, korang adalah pengguna yang bijak kalau korang membeli di Shopback.


Jangan risau, cash out korang punya cashback boleh di tranfer terus ke lebih dari 10 bank yang terpilih..

Jom daftar segera di SINI  dan shopping online di Shopback korang mesti suka! Jom jagi pengguna yang bijak..


Facebook : ShopBack
Twitter : ShopBack
Instagram : ShopBack
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Seindah Cerita Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign