06 December, 2017

Fire Drill sangat penting dalam sesebuah organisasi

Fire Drill sangat penting dalam sesebuah organisasi | Hujung bulan 11 telah dimaklumkan bahawa bila-bila masa sahaja Fire Drill akan dilakukan jadi di nasihatkan supaya sentiasa bersiap sedia untuk mencari tangga kecemasan dan berkumpul di kawasan lapang. Semalam 6 Disember 2017 telah terjadinya fire drill di bangunan yang nieyl kerja. Time tu nieyl baru lepas breakfast dan nak pergi ke toilet, sekali dengar bunyi alam terus capai telefon dengan kunci laci je terus turun melalui tangga kecemasan. Nieyl ambil barang yang ada atas meja sahaja ketika itu tak terfikir pun handbag sebab semua dalam laci. 


Apa itu Fire Drill?

Adalah latihan pemadaman kebakaran agar kita semua sentiasa berwaspada dan siaga dalam menghadapi kebakaran. Kebakaran adalah sesuatu yang kita tidak boleh jangka bila akan berlaku, tapi kita perlu sentiasa berwaspada jika ianya berlaku kita tahu apa perlu kita buat untuk selamatkan diri. 



Sempat snap ketika latihan kebakaran sedang berlaku, nampak real asap keluar dari tingkap-tingkap bangunan..Alhamdulillah nieyl menjadi antara orang-orang terawal yang turun dan keluar dari bangunan. So, untuk latihan ni nampak nya orang masih lagi jalan senang hati ke padang tapi jika kejadian yang sebenar, tak mungkin kita mampu jalan senang hati begitu kan. 


Selepas 20 minit bangunan di kosongkan, ketua bomba untuk latihan fire drill maklumkan bahawa bangunan nieyl kerja adalah selamat di duduki. Lengkap semua peralatan kecemasan dan kebakaran. So, tak perlu risau jika bangunan korang selamat di duduki cuma pesan bomba, jika berlaku kebakaran cari laluan kecemasan dan turun selaju yang boleh bagi mengelakkan kita terhidu asap kebakaran yang boleh menyebabkan kita sukar untuk bernafas. INGAT!



2 comments:

  1. Kat tempat Sha ada pernah buat tapi pelajar buat tak tahu je.. Kami pula yang paksa mereka keluar.. Alahai.. macam-macam perangai..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)