10 November, 2017

Resepi Daging Goreng Kicap Simple Tapi Sedap


Resepi Daging Goreng Kicap Simple Tapi Sedap | Di rumah seminggu sekali nieyl pasti akan masak daging. Kalau last week nieyl share daging masak paprik so,this week nieyl share pula daging goreng masak kicap yang sesimple yang boleh.. Sebab yang penting sedap,cepat dan jimat masa kita dekat dapur bagi mereka yang bekerja macam nieyl. 


Bahan -Bahan
  • Barang merah besar dihiris
  • Cili Api di potong
  • Halia di hiris (nieyl suka banyak halia)
  • Bawang putih di tumbuk / blend
  • Kicap manis 
  • Serbuk black paper 
  • Daging (yg telah di rebus,dipotong)



Nieyl suka daging di potong kecik macam ini sebab senang nak buat masak nasi goreng,mee goreng ke kan..lagipun kalau poong kecik tak perlu nak kunyak lama sangat..hihihi...

Cara-cara
  • Panaskan minyak dalam kuali
  • Tumis bawang merah,halia,bawang putih sampai naik bau
  • Masukkan daging,kacau biar lama sikit 
  • Kemudian masukkan kicap,gaul,kacau kemudian masukkan serbuk black paper
  • Dan last sekali boleh la letak cili api,kacau-kacau..( nieyl suka potong bawang besar,masukkan)


Tadaa..dah siap,senangkan..tak sampai 10minit pun masak ini..selamat mencubaaa...

11 comments:

  1. Sedapnya.. Masak simple juga yang best..

    ReplyDelete
  2. sedap tu. nanti nak suruh isteri masak resepi ni.

    ReplyDelete
  3. saya pun suka masak masakan yang simple camni:)

    ReplyDelete
  4. alahai terliur dah ni, antara makanan fav sha ni kalau makan dengan nasi putih panas panas pun dah selera ni

    ReplyDelete
  5. Selalu buat berkuah. Nt nk try yg resepi nieyl ni

    ReplyDelete
  6. ringkas dan simple..sedapnya mkn dgn nasi putih pns2

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)