22 November, 2017

Petua : Rawat Lecur Dengan Telur

Rawat Lecur Dengan Telur | Adalah menjadi perkara biasa orang perempuan terkena percikan minyak panas,kuali panas ketika memasak di dapur. Cuti yang lepas ni pun jari nieyl terkena percikan kuah panas,oww rasanya tersangatlah pedih. Biasanya nieyl akan cepat-cepat ambil ubat gigi sapu dekat tempat yang terkena tu.

Hari ini nieyl terbaca petua yang luka melecur boleh dirawat dengan telur,serius ini adalah kali pertama nieyl dengar cara ini so,nieyl share la dekat sini manalah tahu boleh kita guna bersama lepas ni kan. Tahu tak korang, putih telur boleh melegakan dan menyembuhkan kulit yang melecur tu. 

Caranya mudah sahaja, asingkan telur putih dan sapu di bahagian melecur. Biarkan selama sejam sehingga dia mengeras dan kemudian boleh di bilas dengan air bersih. 

Selepas ini selain guna ubat gigi, boleh guna putih telur pula lagipun telur sentiasa ada di rumah dan murah pula tu. Simpan tau petua ni okay..selamat berguna...

3 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)