14 November, 2017

Lazada Online Revolution Blogger Contest

Lazada Online Revolution Blogger Contest | Apa??Lazada buat blogger contest lagi??Bestnya..walaupun dah berkali -kali join blogger contest Lazada ini masih belum ada rezeki lagi nak menang tapi tak apa,jangan putus asa okay siapa lah tahu kali ini menang ke kan.. Amin..Untuk kali ini Lazada telah melancarkan contest sempena Online Revolution yang telah pun berlangsung bermula 1 November 2017 sehingga 14 Disember 2017.  

Sebelum nieyl join contest Lazada kali ini. Meh baca nieyl nak share kempen terbaru dari Lazada yang di namakan ONLINE REVOLUTION SALE yang telah bermula dari 11 November sehingga 14 Disember 2017. Jadi,kepada yang memang kaki shopping online rugi kalau lepaskan peluang sale Lazada ini.


Setiap kali Lazada buat contest, semestinya ada beberapa soalan yang kena jawab untuk menyertai contest.Tak kisahlah berapa banyak soalan pun Lazada suruh jawab i try my best untuk menjawab sebab contest Lazada menawarkan hadiah-hadiah yang best..so,yang mana tak join lagi tu cepat join okay..


Bismillah..

Lazada : Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience?

Semestinya nieyl ingat sebab nieyl beli untuk cucu nieyl yang pertama. Cuma masa nak beli tu banyak kali berfikir sebabnya membeli secara atas talian time tu baru pada nieyl. So, kawan-kawan yang dah biasa bershopping online memang suggest nieyl untuk shopping di website Lazada. So, bila dah teroka website Lazada ini,waduh rambang mata nak pilih kadang-kadang sampai kena berhari-hari memilih yang betul-betul pasti. 


Nieyl suka beli barangan di website Lazada sebab sebelum kita membuat sebarang pesanan atau pembayaran, bila kita pilih barang yang kita nak beli disebelah kanan akan keluar detail barangan dari Malaysia atau oversea, kos penghantaran dan yang paling penting adalah berapa lama barang yang kita order akan sampai ke tangan kita. Jadi kita boleh manage time kita untuk berada dirumah untuk terima barangan itu. Contohnya nieyl beli Carseat ,Alhamdulillah sampai dengan keadaan yang selamat, tiada sebarang kerosakan. Terima kasih LAZADA!

Lazada : Which types of products would you prefer buying online?

Setiap kali buka website Lazada, nieyl pasti akan ke bahagian beauty sebab nieyl suka beli barangan make up dan juga barangan skin care di Lazada sebab ada beberapa produk yang nieyl dah compare kan harga, di website Lazada lebih murah sedikit berbanding beli di shopping compleks atau di luar. 


Dengan sekarang ni nieyl berjinak-jinak nak bermake up, jadi banyaklah duit nieyl mengalir ke Lazada lagi-lagi sekarang ni tengah buat SALE..i lovi it .


Lazada : What to you love about online shopping?

Soalan ni memang popular di kalangan rakyat Malaysia, ramai yang tanya nieyl kenapa suka sangat shopping online ni, bukan boleh pegang pun barang tu, bukan boleh tahu barang tu ok ke tidak, tak takut kena tipu ke? itu la yang biasanya kita dengar orang tanya kan..

1. Jimat Duit Minyak Kereta/ Motosikal - Biasanya 2 kenderaan ini je yang nieyl selalu guna untuk bergerak pergi ke kedai atau shopping kompleks, so kalau duduk di depan notebook just klik..klik..esok lusa barang sampai. Lagipun, dengan keadaan minyak sekarang naik dan naik ,apa kata selagi kita boleh jimat..kita jimatkan la..

2. Masa tidak banyak terbuang - Kadang-kadang kita nak pergi beli sesuatu barang tu perlu mengambil masa lebih 30min atau ke 1 jam untuk sampai ke shopping kompleks berdekatan atau pun kedai seberang jalan rumah tu je, daripada kita habiskan masa dalam perjalanan lebih baik kita klik..klik 5 min settel!

3. Boleh bandingkan harga - Kalau di shopping kompleks larat ke nak pergi survey harga barang 2 3 4 kedai?mesti tak kan?so,kalau dengan online shopping ni kita boleh bandingkan harga pasaran dengan harga jual, kadang-kadang harga online shopping lebih rendah.Lagipun website online shopping banyak beri diskaun dan buat tawaran SALE.

4. COD - Ada sesetengah orang suka gunakan website online shopping yang ada menyediakan pembayaran secara tunai. Ha..yang ini pun best,Lazada pun ada sediakan perkhidmatan COD kepada pelanggan dia. Jadi, tidak perlu risau untuk kerugian atau ketidak percayaan dalam memberi barangan online cumanya sebelum buat payment sila check website terlebih dahulu untuk lebih yakin dalam membeli.

5. Jimat duit postage - Kalau siapa yang kaki shopping ni, biasanya website online shopping akan menawarkan postage percuma. Contohnya belian RM80,belian RM60 tidak perlu bayar kos penghantaran. Jadi, korang boleh la share dengan kawan-kawan,adik beradik untuk beli barangan online shopping untuk dapatkan postage percuma..yeay!


Lazada : Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales?



Dah lama sebenarnya nieyl survey harga handphone, sebab nieyl nak cari handphone yang murah harganya, simple dan boleh bermedia sosial..handphone yang ada sekarang ni banyak sangat masalahnya. Ini pun harap bersabar je..

Oklah,nieyl dah join blogger contest anjuran LAZADA ni,korang yang mana belum join tu meh la join,kita ramai kan..mana tahu rezeki korang ke kan. Kepada yang nak join,nak tahu syarat-syaratnya klik sini https://www.lazada.com.my/blogger-contest/. Good Luck..

Less than 200 Participants (RM3,150 to 25 winners):

 1st Prize: 1 x RM300 
 2nd Prize: 9 x RM150 
 3rd Prize: 15 x RM100 

More than 200 Participants (RM6,150 to 50 winners):

 1st Prize: 1 x RM500 
 2nd Prize: 15 x RM150 
 3rd Prize: 34 x RM100 

More than 350 Participants (RM10,400 to 80 winners):

 1st Prize: 1 x RM750 
 2nd Prize: 35 x RM150 
 3rd Prize: 44 x RM100 

More than 500 Participants (RM14,500 to 111 winners):

 1st Prize: 1 x RM1,000 
 2nd Prize: 50 x RM150 
 3rd Prize: 60 x RM100 


3 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)