22 November, 2017

Gangguan Bekalan Air di Sepang & Kuala Langat

KERJA-KERJA MUSTAHAK PENAMBAHBAIKAN BEKALAN AIR DI SEPANG & KUALA LANGAT

Sebagai sebahagian usaha berterusan menambahbaik perkhidmatan air kami dan memastikan bekalan air berterusan kepada pelanggan kami di Sepang dan Kuala Langat, kerja-kerja penggantian perkakasan sistem agihan air akan dimulakan di Kolam Air Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pada Selasa, 28 November 2017.

Beberapa kawasan di Sepang dan Kuala Langat (sila rujuk Lampiran)  akan mengalami gangguan bekalan air sementara semasa kerja-kerja penggantian perkakasan ini dijalankan bermula jam 8:00 malam, 28 November 2017 hingga jam 5:00 petang, 29 November 2017.

Pelanggan  dinasihati untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja bermula pada tarikh tersebut. Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja ini secepat mungkin untuk memastikan pemulihan bekalan air lebih awal ke kawasan-kawasan terlibat.

Kesabaran dan kerjasama semua pelanggan kami sepanjang pelaksanaan kerja-kerja berjadual ini amat dihargai.

Sila ambil maklum dan jangan lupa sediakan bekalan air,nieyl pun kena sediakan air juga sebab kawasan rumah nieyl pun terlibat juga.






1 comment:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)