10 November, 2017

Full Tank Aku Isi


Full Tank Aku Isi | Sebelum-sebelum ni memang macam dah lali dengan kenaikan minyak mingguan tapi tidaklah sampai naik 7 sen seliter. Sememangnya diluar tekaan. Setiap minggu hari Ahad husband dipertanggungjawabkan untuk mengisi minyak kereta isteri..hihihi..sangat jarang-jarang isteri pergi stesen minyak. 

Ahad tu dah isi 3 bar biasanya 3 bar tu nieyl boleh guna dalam 4 hari lebih kurang. So,bila dapat tahu harga minyak naik minggu ni sebanyak 7 sen. Nieyl terus cakap dengan husband , kita pergi bank bayar duit kereta lepas tu kita singgah isi minyak lagi. 

Mungkin pada pandangan orang, ala..nanti minyak habis kena isi juga,betul tak?korang mesti nak cakap macam tu juga kan.. Ok tak apa..masing-masing ada pendapat yang tersendiri, ok ini pendapat nieyl yang sememangnya orang yang kedekut minyak kereta..hahahaha..


Ini orang kedekut minyak buat kira-kira. Sehari sebelum minyak offical naik, nieyl akan isi minyak kebiasaannya tak adalah full tank pun,agak² untuk seminggu punya. Tapi bila dapat tahu minyak naik 7 sen. Nieyl tak diri panjang nieyl terus isi minyak full tank. Kena full tank sebab nieyl mungkin boleh guna kereta itu pergi balik kerja lebih dari 2 week dengan minyak yang full tank tu tadi..

Andai kata full tank sebelum minyak naik, 40liter bersamaan dengan RM 64.40. Selepas minyak naik full tank 40 liter akan jadi RM92.40..jadi, nieyl jimat RM28.. Kalau minyak turun pun minggu depan, nieyl masih lagi jimat,sebab minyak full tank masih ada lagi..hihihi.. nieyl bertuah sebab jarak rumah ke pejabat lebih kurang 30 min..


Malam tadi memang boleh dikatakan stesen minyak penuh dengan kenderaan terutamanya beroda 4 la..Semalam nieyl isi minyak pun tank ngan-ngam full.. Dan satu lagi penjimatan minyak yang nieyl buat adalah,kurangkan penggunaan aircond kereta, biasanya nieyl akan on 15min awal je..lepas tu nieyl turunkan tingkap..ambil udara segar di awal pagi semasa pergi kerja. 



Pagi ni pergi kerja dengan muka yang senyum sebab suka tengok minyak full macam nie..hahaha.. tapi sebenarnya kata husband lagi banyak minyak dalam tangki,lagi cepat habis sebab bila isi full tank kereta akan jadi berat, bila kereta berat pembakaran minyak lagi cepat. So,husban kata kalau perjalanan yg jauh,jangan isi minyak yang penuh..nanti dalam perjalanan boleh singgah stesen minyak lagi..dekat malaysia ni banyak stesen minyak..jangan takut..kekeke..

7 comments:

  1. Memang tercekik juga nengok harga minyak naik banyak macam tu.. Tapi nak tak nak kena juga isi minyak..

    ReplyDelete
  2. banyaknya naik kan..huhu..bersabarlah..mohle bekoje le kito sekueknyoo...hai nieyl..nice blog..

    ReplyDelete
  3. Break dan aircond rasanya mempengaruhi juga minyak..huhuhu..

    ReplyDelete
  4. kena jimat guna aircond kut huhuhu

    ReplyDelete
  5. Redha jela minyak naik..nak jimat myk memg bukak tingkap pagi2 time gi keje

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)