17 October, 2017

Celebrate Birthday Mak Kedua Putrajaya

Celebrate Birthday Mak Kedua Putrajaya | Seronok bila plan sesuatu dan plan berjalan dengan lancar. 4 Okt yang lepas nieyl dah celebrate yang first dengan surprise ayah nieyl. So, kami ni nieyl plan nak celebrate dengan adik beradik, anak² buah. Alhamdulillah, hari ahad lepas kitaorang satu family berpiknik di Tasik Empangan Putrajaya.


Konsep nieyl petang tu adalah potluck dan minum petang. Jadi tak adalah banyak sangat nak kena bawa macam nak makan tengah hari kan.Antara menu yang di bawa :-
  • Sate 
  • Sandwich
  • Bihun Goreng
  • Apam balik
  • Pisang goreng
  • Buah



Kek celebrate kali ke-2 seperti biasa dari dapoer_leutik , cuma kali ni nieyl pilih red velvet cheese sememangnya sedap. So,yang mana area putrajaya tu kalau nak order apa-apa sahaja jenis kek..boleh la terjah IG yang nieyl share. 


Cucu-cucu semuanya dah sama tinggi dengan neneknya. Ada yang lebih tinggi pun ada. Budak-budak zaman sekarang ni memang tinggi-tinggi ya?

Sayang mak kitaaaa..itulah anak bongsu yang sentiasa dibawah ketiak mak lagi walaupun dah kahwin..hihihi.. Susah dan senang selalu mak ada disisi. Seronok bila dapat buat sesuatu yang boleh mak happy. Ayah nieyl tak dapat join sebab kena kerja..



Semua kaum hawa bergambar kenangan bersama mak di sambutan birthday yang ke- 65 tahun. Ini baru sebahagian yang dapat hadir, ada lagi 3 family besar tak dapat join. 


Kadang- kadang bila bergambar ramai-ramai macam ni kan rasa macam wah!besarnya family sekarang ini, InsyaÁllah tahun depan akan bertambah lagi ahli baru dalam family...semoga Allah permudahkan semuanya...Amin...

Next projek nieyl adalah perancangan pertandingan memancing bersama family..semoga semuanya berjalan dengan lancar ya...Walaupun keluarga besar, seorang kena mainkan peranan untuk membuatkan ikatan silaturrahim adik beradik itu terus megah dan erat..♥



3 comments:

  1. selamat hari lahir tuk mak nieyl... semoga mak nieyl sihat selalu dan diberkati sentiasa... seronok bila berkumpul adik beradik...

    ReplyDelete
  2. Semoga mak sentiasa sihat dan dilindungi Ilahi

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)