29 September, 2017

Pergi Pasar Malam Hanya Kerana Yong Tau Foo

Pergi Pasar Malam Hanya Kerana Yong Tau Foo | Kalau dekat tempat nieyl tinggal ini ada 2 hari pasar malam,iaitu hari selasa dan hari khamis tapak yang berlainan. Yang paling hampir dengan rumah adalah hari khamis. Walaupun dekat dengan rumah, nieyl rasa dah lama sangat nieyl tak pergi ke pasar malam,makan bulan juga lah sebabnya kalau pergi pasar malam nieyl tak tahu nak beli apa.

Pernah je pergi pasar malam beria sangat nak pergi,last-last entah apa-apa entah yang dibeli sampai habis beringit-ringit tapi tak makan. Malam tadi tak tahu kenapa tiba-tiba en.husband bisik dengan telinga dia nak pergi pasar malam..tahu la malam jumaat sayang tak perlu nak berbisik sangat ya..  

Nieyl order Yong Tau Foo je dekat husband sebab dah lama nieyl tak makan, memang kalau pergi pasar malam je menu yang akan nieyl beli adalah Yong Tau Foo..Tapi yong tau foo pun kena tengok juga sebab nieyl suka yang goreng-goreng je,kalau yang hotdog,ketam semua tu nieyl jarang ambil dan wajib kena ada kuey tiew tu..sedapnyaaa...


1 comment:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)