26 September, 2017

Movie Review | Kingsman The Golden Circle


Movie Review | Kingsman The Golden Circle | Lama rasanya tak pergi tengok movie sebabnya adalah en.husband bukan kaki wayang..Weekend lepas nieyl berkesempatan pergi tengok kingsman anak-anak buah nieyl yg 18thn ke atas. Kalau nak tonton Kingsman 2 ni wajib pergi tonton dulu Kingsman yang pertama kalau tidak susah korang nak faham jalan ceritanya. Filem yang bercorak komedi dan aksi ini mula ditayangkan pada 21 September 2017 yang lalu yang telah mendapat sambutan yang hangat dikalangan penonton.

"Kingsman: The Secret Service" memperkenalkan dunia kepada Kingsman - sebuah agensi perisikan antarabangsa yang beroperasi di peringkat kebijaksanaan tertinggi, yang matlamat utama adalah untuk menjaga dunia selamat. Dalam "Kingsman: The Golden Circle," pahlawan kita menghadapi cabaran baru. Apabila ibu pejabat mereka dimusnahkan dan dunia dijadikan tebusan, perjalanan mereka membawa mereka kepada penemuan sebuah organisasi mata-mata bersekutu di AS yang dipanggil Negarawan, sejak hari kedua mereka ditubuhkan. Dalam pengembaraan baru yang menguji kekuatan ejen mereka dan kecerdasannya, kedua-dua kumpulan organisasi rahsia elit bersama-sama mengalahkan musuh biasa yang kejam, untuk menyelamatkan dunia, sesuatu yang menjadi kebiasaan untuk Eggsy.

Review Nieyl

Seperti yang nieyl jangkakan filem ini tidak menghampakan peminat Kingsman. Filem ni memang best dan penuh dengan gelak tawa dan aksi-aksi yang menarik. Lagi -lagi watak Eggsy yang hensem lagi cool ini berjaya membuatkan penonton tak sabar-sabar nak tunggu next scene. Jadi amat berbaloi untuk pergi menonton kepada yang belum menonton.

Star
✰✰✰✰✰

2 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)