26 September, 2017

Insan yang akan ada setiap masa dengan kita



Hai korang..hari ni nieyl nak sembang tentang insan yang sentiasa akan ada dengan nieyl tidak kira dalam apa jua keadaan pun. Ini mak nieyl yang tersayang, kulit putih dan mata sepet nieyl mewarisi daripada mak. Semua orang cakap mak nieyl muda lagi, actually umur mak nieyl dah pun mencecah 65 tahun pada tahun ni. Alhamdulillah, Allah masih berikan mak kekuatan dan kecergasan untuk menjalani kehidupan dan menjalankan kewajiban sebagai hamba Allah swt..

Sekarang ni mak dan ayah nieyl tinggal serumah dengan nieyl.Mak sepenuh masa dengan nieyl cuma ayah nieyl seminggu 2x je dapat jumpa sebab ayah nieyl ada 3 isteri,so..pandai-pandailah korang fikir lagi 5 hari tu ke mana ya..hihihi.. Mak nieyl seorang yang pandai masak sampai buka kedai makan tau tapi mak dah serahkan kedai makan tu dengan abg sulung,so mak nieyl just masak sahaja. Alhamdulillah rata-rata pelanggan yang datang makan di kedai mak nieyl, semua akan datang lagi dan lagi. Kata pelanggan masakan mak sedap macam masakan kampung halaman dieorang.

Korang nak tahu, kalau nieyl minat ngan tudung brand mumuscave, mak nieyl ni pula suka brand neelofa hijab..hahaha..nieyl sensdiri pun tak beli neelofa hijab tauu..hihi..Tak apa asalkan mak bahagia. Selalu nya kalau nak pakai tudung, mesti mak nak orang pakaikan biasa mak akan cari anak buah nieyl,tak pun nieyl itupun kena tunggu nieyl bersiap dulu la...

Kalau nak pergi kenduri atau keluar jalan-jalan, nieyl memang make up lebih sikit selalunya akan ambil masa lebih dari 30 min untuk make up, jadi mungkin buat mak rimas kot sebab kena tunggu nieyl siap make up, sampaikan mak pun nak make up juga..hahaha..

last sekali tentang mak nieyl ni, mak akan bising kalau nampak nieyl asyik mengunyah je.. Tapi yang peliknya bila mak dah siap masak (weekend) , bila nieyl tak nak makan dia pujuk suruh nieyl makan...sampai en.husband pun gelak tengok gelagat mak nieyl.. hihihi.. Walaupun dah kahwin bersuami, mak nieyl tetap ambil berat tentang makan pakai nieyl..sayang makkkk ♥

Minggu depan birthday mak nieyl...
tengah survey tempat makan best nak bawa mak..

kepada yang masih mempunyai mak, sama-sama kita perbaiki diri kita untuk lebih menyayangi ibu kita sampai bila-bila, kepada yg tiada ibu lagi, salam takziah dan banyakkan berdoa semoga arwah ibu-ibu kita sentiasa tenang disana dan di tempatkan bersama orang-orang beriman..Al fatihah


2 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)