Wedding Adik : Survey Kain Dan Baju Sedondon

Wedding Adik : Survey Kain Dan Baju Sedondon  | Last week jadual memang pack dengan aktiviti-aktiviti terancang. Kalau mana yang baru baca blog ni, bulan 12 ni InsyaÁllah adik bongsu nieyl akan tamatkan zaman bujang dia bersama tunang dia. So, adik nieyl seorang tentera yang sentiasa kursus sana, kursus sini jadi memang tiada masa langsung nak buat persiapan. 

Nieyl bersama kakak-kakak dan abang-abang akan ambil tugasan masing-masing untuk menguruskan majlis wedding dia. Dan 3x kali kita orang buat meeting family untuk menentukan tugasan masing-masing dan merancang majlis mengikut bajet yang disediakan. 

Sebelum-sebelum ni kitaorang satu family tidak pernah ada baju sedondon tau, so..untuk majlis adik kitaorang yang terakhir ni..masing² ambil kesempatan nak sedondon..wah!bestnyaa.. Jadi tugasan untuk survey kain baju adalah tugasan nieyl dan kakak-kakak nieyl. 


Hari sabtu jam 10 pagi kitaorang dah sampai depan jakel dah, menjalankan misi mencari kurta warna dark blue dan royal blue yang match. Sebenarnya kalau pergi ke Jakel tingkat 4 ni, pelbagai jenis kurta ada, ada design awal , aaron, nabil,hairul so memang rambang mata di buatnya. Kalau dari segi harga tu around RM129, tapi boleh runding lagi harga tu kalau ambil banyak. 


Kena jadi model pegang baju, untuk kakak snap gambar share dalam group whatsapp family untuk dieorang decide nak baju yang mana berserta dengan harga sekali. Antara baju- baju yang menjadi pilihan. 


Royal blue ni kitaorang kena reject sebabnya terlupa yang khemah nanti dah pilih nak warna royal blue,so..tak naklah sama pula nanti kan. Sebenarnya banyak lagi kurta-kurta yang menjadi pilihan tapi mejoriti suruh cari lain yang lebih murah sedikit..almaklumlah masing-masing kena keluarkan duit sendiri untuk beli baju sedondon ni..hahaha..tiada sponsor ya...



Untuk kain pasang pun masih betul confirm lagi nak pilih yang mana satu sebab dua-dua nampak cantik. Cuma harga kain yang kitaorang dapat memang murah dan kualiti kain terbaik. Nak tahu kitaorang pilih yang mana?ha..itu kena tunggu la waktu majlis nanti ya...:) So,kalau ada yang nak cari kain-kain untuk buat baju sedondon tu boleh cari dekat Jakel..pasti puas hati...




2 comments:

  1. wah !! tema kaler biru ya.. cantik nya.. tahun ni pun abang sulong saya kawen + bulan 2 tahun depan, adik lelaki plak.. hahaha~ pening gak tu nak memilih tema sedondon.. dah la saya ni anak sulong perempuan.. semuanya terletak pada saya jek..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...