18 August, 2017

Projek Telekung Wakaf

Assalamualaikum & salam sejahtera.
Untuk makluman, kami dalam usaha melaksanakan Projek Telekung Wakaf Siri 6 by Team Dropship Iem Creation.
Kami mengalu-alukan sumbangan ikhlas tuan/puan untuk membantu Pusat Jagaan Budaya Harapan, Rawang.
Sumbangan tuan/puan akan disalurkan untuk pembelian 18 helai telekung untuk kanak-kanak (anak-anak yatim berumur 8-12tahun) dan dewasa (penjaga anak-anak yatim) yg menetap di Pusat Jagaan Budaya Harapan, Rawang tersebut.
Tuan/Puan boleh menghubungi nombor telefon yang tertera di banner (013-6065246 / 012-9777417) untuk maklumat lanjut.
Mohon tuan/puan menghantar details nama, jumlah sumbangan dan no telefon kepada kami untuk tujuan rekod.
Sumbangan akan ditamatkan setelah jumlah mencukupi.
Semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan tuan/puan hendaknya.
Nota makluman:
 18 helai telekung pelbagai saiz (7 helai saiz L untuk anak yatim, 9 helai saiz XL untuk anak yatim dan 2 helai saiz dewasa untuk penjaga anak yatim = RM805.
Sumbangan telekung bagi Siri 6 ini adalah telekung berwarna hijau seperti dalam banner.

 Screenshoot perbualan bersama pihak rumah anak yatim ada dilampirkan utk tujuan pengesahan (rujuk FB Iem Sarimah dan Zana Adieyza).
 Gambar sumbangan telekung akan diupload selepas selesai sesi penyerahan sumbangan utk tujuan rujukan penyumbang.


2 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)