03 August, 2017

Lunch di Hanbing IOI Mall Putrajaya


Lunch di Hanbing IOI Mall Putrajaya | Sebenarnya dah lama nak pergi makan dekat Hanbing ni tapi tertangguh-tangguh sehinggalah semalam baru sempat nak pergi. Dari perkataan Hanbing tu pun rasanya kita dah tahu itu restoran dari mana kan. Dah tentu-tentu dari korea, atau lebih dikenali sebagai Korean Dersert Cafe. Ha..yang mana minat korea,makanan korea tu ini salah satu restoran yang menghidangkan makanan korea. 

Selain terkenal dengan masakan makanan korea, hanbing juga terkenal dengan snow ice. So,disebabkan teruja bila dengar faz cerita tentang snow ice yang sedap dan banyak tu, menjadi salah satu sebab kenapa nieyl nak pergi rasa sendiri snow ice tu. 


Nieyl share dengan kak mona sebab kitaorang ambil flavour baru iaitu durian snow ice, serius memang sedap pak hang. Kenapa ada crow atas ice cream tu, ini sebab durian yang digunakan adalah durian musang king. Yang petak keliling tu,itu lah duriannya. Snow ice ni dia sangat halus dan lembut sangat, topping tu dia letak kacang² dan cornflek dan aiskrim vanilla. Banyak lagi flavour yang best-best, ada straberry, mangga, blueberry dan macam² lagi.. harga untuk flavour dunia agak mahal sedikit RM33.00 , satu mangkuk ni kebiasaanya jarang kita nampak seorang sahaja yang makan, selalunya share dalam 2,3 or 4 orang. Macam semalam nieyl share 2 orang pun tak habis, so..rugi..hihihi..sebab faz tak makan durian. 


Side menu lain yang order semalam Kimbap Chicken, ha..kalau nak tahu nieyl memang tak reti makan benda ni..lagi² bila ada seaweed tu..aduhai..pernah ada pengalaman, member bagi seaweed suruh makan, kita pun makan la..aduhai...rasanya..aduhai..memang terus muntah..memang tak mampu nak makan. Walaupun dalam diri ini nak cuba sesuatu yang tak pernah di makan.


Hahaha..lawak betul la gambar ni, sebenarnya bila lepas makan rasa dia tak adalah teruk sangat cumanya kata faz kalau makan kena masuk semua sekali dalam mulut baru dapat rasa semua rasa dalam kimbap tu. Kalau gigit sikit-sikit tak rasa dan susah nak putus seaweed tu..huhuhu..memang betul pun..Tak apala,next time cuba lagi..hihihi..


Hanbing Korean Dessert Cafe 
(LG-75, West Wing, IOI CITY MALL, 
IOI RESORT CITY 62502 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan, Malaysia)

6 comments:

  1. ooo yg ni la ank sy ckp tuuu blm smpt lg nk terjah ramai org kan...hehe

    ReplyDelete
  2. dah lama nak jejak hanbing tapi tak kesempatan juga. huhu

    ReplyDelete
  3. Tak permah cuba mkanan korea. Nk cuba kah nt ;)

    ReplyDelete
  4. Dah lama nak try kat sini still tak pergi lagi.. Terus rasa nak pergi sebab nampak Durian Snow Ice. :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)