11 August, 2017

Friends Of Burger


Friends Of Burger | Salam jumaat semua, seperti biasa kalau nieyl pergi makan tempat-tempat baru nieyl akan share dengan korang kan. So, semalam boss minta nieyl hantar dia ke Kelab Tasik Putrajaya, lepas tu nieyl pergi cari tempat lunch dengan geng PA. Disebabkan pagi tu dah sarapan benda berat,so lunch tu kitaorang nak cari makanan yang ringan sahaja. 

Kalau sebut burger je..terlintas Mcd atau KFC itu memang biasa yang terlintas di fikiran tapi semalam nieyl jumpa satu restoran yang menyediakan makanan ringan seperti burger. Iaitu FOB atau nama penuh dia Friends Of Burger.  


Ini adalah kali pertama nieyl cuba makanan dekat restoran FOB ni, so kebanyakkan pilihan makanan dia yang utama adalah burger. Pelbagai jenis burger yang dijual seperti mini burger, beef burger, roast beef burger dan banyak lagi. 


Sekiranya kalau korang tak nak makan burger, FOB ada juga menu lain yang mungkin boleh menjadi pilihan korang seperti pasta, pizza, ayam goreng, salad dan sup muchroom bersama garlic bread. 


Untuk kali pertama ni, nieyl cuba cheese burger yang berharga RM10.00 dan add-on air dan french fries RM4.00 . Ok di FOB burger atau makanan utama di jual secara Ala carte so, kalau korang nak tambah air RM4.00 akan di kenakan dan korang akan dapat air dan french fries. 

Burger di FOB ni sangat berbeza dengan mcd ataupun kfc. Daging burger dia sangat lembut dan tidak padat dan tidak berbentuk. ha..so,bila korang makan,dia rasa daging tu sepenuhnya.Manakala french fries dia pula di hidangkan masih panas,tidak keras dan sedap..Nieyl suka makan dekat sini walaupun harga dia agak mahal sikit tapi daging burger dia sedap dan fresh. Jadi,harga mahal tapi daging fresh itu yang buat orang datang lagi nanti.. :)


Ayer@8, Putrajaya

A2-G-2,Ayer@8, 8c1, Jalan p8G,
 Presint 8, 62250 Putrajaya.
 2.925057, 101.680504
 Tel: +603-8861 8296

( branch lain )
Times Square, Demen Mall, Langkawi,Sunway Putra, Crave Burger cyberjaya

4 comments:

  1. adikkk best nyerrrr!! Lunch time kalau tak nak nasi boleh gak macam ni..

    ReplyDelete
  2. akak rase mcm penah makan je kat sini..tp xingat la pulak ape nama kedainye..hehehe..kalau kedai yg sama, mmg sedapppppp...hehe..

    sorry dik, akak bizi sangat2 sebelum nie xsmpt nk terjah blog nieyl..thanks sebab masih drop comment kat blog akak..sayang nieyl..;D

    ReplyDelete
  3. pernah makan sekali tapi ada certain burger je yang sedap.

    ReplyDelete
  4. X prnh lak mkn.sesekali tukr selera sedap gak nie untk lunch

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)