Chilindo oo Chilindo

Chilindo oo Chilindo | Kalau jiwa tidak kental, memang akan tergoda dengan Chilindo ni. Kalau tengok status kawan-kawan blogger mesti share pasal Chilindo. Jadi, tak nak lepaskan peluang dengan niat sunyi murni ni nak tinjau-tinjau je apa barang yang best dalam Chilindo ni. Nieyl sebenarnya tak pernah pun main bid-bid ni. So, memang ilmu bid ni kosong.

So,kepada yang mungkin tertanya-tanya apa Chilindo ni. Ok Chilindo adalah sebuah laman sesawang yang menjual pelbagai barangan seperti barangan wanita, lelaki, barang dapur, rumah dan lain-lain dengan membida harga lelong bermula serendah RM0.10 tanpa minimum. Jadi terpulanglah korang nak bida dengan harga berapa pun. Untuk tidak rasa rugi, nieyl takkan bida dengan harga mahal,murah-murah je..sebab ianya adalah kali pertama dan nieyl tak tahu kualiti barang yang kita akan dapat. Ha..itu salah satu langkah yang nieyl ambil. Lain orang lain caranya.


Kalau sebut je perkataan bida atau lelong bukan sesuatu yang mudah untuk memang bidaan nya. Ianya memerlukan strategik yang baik, tapi memula pun nieyl bida pun asyik tak menang je,last-last diri sendiri juga yang rasa sakit hati. Nak bida pun dia ada masa tau, kebiasaanya orang yang suka catas bida orang lain adalah 5 saat sebelum tamat.So, kalau korang nak bida tu..ha..itula masanya. hihi..ini pun salah satu tips tau..tapi kalau korang nampak nama nieyl bida tu,korang bagi la nieyl menang..hihihi...

Untuk kali pertama bida ni, nieyl bajet bawah RM40 tak nak yang mahal². Dan sebelum tu ada yang tanya kenapa harga menang bida lain, bila total bayaran harga lain ok sebenarnya setiap barang akan + 10% harga barang. Kalau nak bida tu,kalau boleh biarlah menang lebih dari 1 barang sebab rugi kalau satu barang sahaja nak check out sebab postage sama harga. Dan lepas banyak menang bida tu, bolehla korang check up dan buat pembayaran seperti website shopping yang lain.

Ok untuk Chilindo ini ada 3 kaedah pembayaran yang boleh kita gunakan, iaitu bank transfer,debit/kredit dan COD. kalau korang pilih COD korang akan dikenakan charge RM4 dan bayaran shipping tetap ada ya RM8. Nieyl pilih debit sebab ia tidak dikenakan charge hanya banyaran shipping RM8..


Semalam selamat sampai kotak Chilindo yang dinantikan..Teruja dan suspen sebenarnya nak buka kotak ni sebab bila baca komen-komen yang tak berapa nak syok di laman sosial tapi tak apa, mencuba tak salah kalau ianya bagus..kita akan kata ia bagus..tell the truth..


Beg Tangan Wanita : Grey | Jumlah bida yang di menangi adalah RM5.10 , sebenarnya bulan lepas dah cakap ngan en.husband, nak beli beg make up sebab beg yang sedia ada tu dah penuh barang tak muat, so bila tengok dekat Chilindo ni beg ni cantik pula ada star-star..berkenan terus bida dan ini barang pertama nieyl menang.


Cermin mata hitams Grey-ungu kanta dan bingkai hitam | RM5.79 cermin mata ni nieyl beli untuk en.husband sebab hujung tahun nieyl kita orang nak ke Kedah nun jauh sana sambil bercuti InsyaÁllah. so..saja beli untuk dia pakai lagipun silau drive waktu siang hari. 


LED Digital Alarm Clock: RM10.16 , Selama ni nieyl memang tak ada jam loceng, semuanya bergantung dengan jam di handphone, set jam pun guna handphone jadi,bila ternampak jam LED ni nieyl terus bida sampai menang. Alhamdulillah..rezeki dan dia ada 3 warna nieyl pilih warna putih sebab katil tidur nieyl warna putih.


Automatik Ubat Gigi memerah Peranti | RM5.70 sebelum ni pernah nampak benda ni dekat pasaraya tapi tak terbeli pun sebab harga dia dalam belasan ringgit juga. So,bila dah berjaya bida benda yang sememangnya kita guna di rumah tu rasa sangat best,sebab tak ada lah sia-sia kita bida dan beli kan. Nieyl tak pasang lagi,tunggu ubat gigi dekat rumah tu habis dulu..


Pedi Mate Tangan | RM5.00 wah..kononnya nak berpedi dekat rumah, tapi gunanya tak tahu..kena google nanti bila nak guna. Ok barang ni nieyl beli sebagai cukup syarat je nak check up dan bayar. So,nieyl masih tak buka lagi ni dan tak tahu macam mana keadaan benda ni ok atau tidak. Nanti lain entry la nieyl share ya..


Inilah dia 5 item yang nieyl berjaya bida untuk kali pertama. Untuk kali kedua atau ke-3 belum nampak jalan lagi..hahaha...kepada korang yang baca blog nieyl ni, tips yang paling buat bila bida barang-barang seperti ini selalunya elakkan beli barang elektrik sebab barang elektrik biasanya susah untuk kita menjamin kualitinya, sebab rata-rata nieyl baca review orang yg beli barang elektrik sangat mengecewakan dan mesti rasa kecewa kan. So,that why nieyl elakkan beli barang elektrik dan lebih yakin beli barangan yang kita pakai seperti contoh barang-barang yang nieyl beli.

Kepada yang nak mula berbida...selamat membida,sabar dan relax okay...happy shopping!

3 comments:

  1. Kite pun baru ja shopping di chilindo. Berbaloi kalau pandai membida :)

    ReplyDelete
  2. Bila saya baca entri awak hari tue pasal chilindo nie, saya pun terjebak sekali... hihi.. skrg tgh tunggu barang...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...