Potret Raya Pertama 2017

Potret Raya Pertama 2017 | Yeay..back to reality ya..cuti sudah habis, masa untuk kembali bekerja seperti biasa walaupun masih ada lagi mood..mood berhari raya..yela raya kan sebulan kan..lepas ni memenuhi undangan Open house pula.. Oklah kepada yang dah start bekerja seperti nieyl hari ini. Selamat kembali bekerja ya...jangan nak malas-malas ya..dah lama cuti berlemak-lemak kita ni.. Kepada yang dah start menjalani ibadah puasa 6...selamat berpuasa..Nieyl insyaÁllah coming soon..

Setiap tahun, aktiviti pagi raya pertama lebih kurang sama dengan family yang lain-lain. Cuma tahun ini 2 abg nieyl tak dapat bersama sebab berada di kampung belah mertua masing-masing walau macam mana pun meriah juga raya kiteorang ni.. InsyaÁllah tahun depan akan bertambah ahli-ahli baru..wahhh!meriah lagi la nampak gayanyaa...


Ini semua yang ada untuk tahun 2017, tahun depan rasanya dah tak boleh nak ambil gambar dalam rumah ni..dah kena ambil di luar kawasan rumah sebab sempit..hihihi...


Gambar atas tu adik beradik nieyl,tak cukup 3 orang...gambar bawah tu abg² ipar dan kakak² ipar.. kalau ada yang tanya kenapa ayah pakai baru RELA..ayah tu dia kerja balik sekejap je... keunikan family ni dari dlu sampai skrg memang susah nak dapat bawa ayah beraya bersama. #deminegara


Ini sebahagian anak² buah nieyl yang beraya bersama, sebenarnya ramai lagi anak² buah nieyl..nak tengok berapa ramai..tahun depan yaa...InsyaÁllah semua ada...


Raya tahun ni agak mencabar sikit, sebab tahun ni raya pertama berlari-lari anak lepas solat raya terus bergegas ke rumah MIL nieyl,jarak tak jauh pun..untuk sesi bersalaman bersama MIL dan adik beradik belah en.husband. Tahun ni Allamdulillah,semua ada..makin tahun,makin bertambah ahlinya..Alhamdulillah..:) sayang sangat ngan dua-dua family ni..forever...

Aktiviti setiap tahun,selepas salam-salaman akan terus pergi raya rumah jiran-jiran terdekat,biasanya 3 buah rumah yang wajib dikunjungi. Kemudia, bersambung pergi ke rumah nenek di Bukit Changgang Banting, dan seterusnya berpatah balik ke rumah Pakcik-pakcik belah mak yang berada di Dengkil. 

Kemudian,solat zohor di masjid dan bersambung terus ke rumah adik beradik ayah pula lebih kurang dalam 6 buah rumah dan tak lupa juga beraya di rumah Mak tiri no.3 dan berehat sekejap untuk solat asar. Sebelum sambung ke rumah seterusnya..

Selepas habis beraya di belah Desa Pinggiran Putra, terus ke Taman Gemilang Dengkil ke rumah adik mak dan last sekali akan singgah beraya di rumah MIL nieyl. Boleh dikatakan setiap tahun lah, rumah MIL akan menjadi rumah penutup raya pertama kami sekeluarga. Alhamdulillah...Malam adalah masa untuk berehat.

Ha..setiap tahun,itulah turutan perjalanan hari raya pertama nieyl sekeluarga..seronok kan..korang punya raya pertama macam mana pula?mesti lagi best kan..meh la share...



4 comments:

  1. selamat hari raya nieyl..maaf zahir batin.

    Bestnya raya nieyl, dapat berjalan raya ramai2, rumah MIL pun dekat. samalah dengan akak dekat2 juga.

    ReplyDelete
  2. Lahhh, Nieyl duduk dedekat Nilai ja ;)
    Selamat hari raya Nieyl!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...