Tingkat Amalan Ramadhan selain Zakat

Tingkat Amalan Ramadhan selain Zakat | Bila tiba bulan Ramadhan setiap tahun,pastinya kita diwajibkan berpuasa ke atas seluruh umat islam di muka bumi. Ini menunjukkan betapa Allah memberi kita peluang melipatgandakan pahala dan ganjaran yang berganda. Selain kita berpuasa di bulan Ramadhan, umat islam yang berkemampunan turut diwajibkan untuk membayar zakat fitrah. 


Bila sebut sahaja zakat fitrah semua orang tahu, tapi tahukah korang bahawa zakat fitrah itu adalah zakat badan atau diri bukannya zakat harta? Jumlah yang wajib zakat adalah ramai kerana hampir semua umat islam wajib mengeluarkan zakat fitrah.

Selain menunaikan zakat fitrah, ada 2 amalan yang boleh dilakukan lagi pada bulan Ramadhan iaitu :

  • Zakat Harta - Jadikan bulan Ramadhan ini sebagai kiraan haul zakat harta. Sudah pasti korang akan ingat bila waktu untuk membayar zakat harga. Zakat harta terdiri daripada hasil pertanian, binatang ternakan,perniagaan,wang simpanan,emas dan perak. Boleh dibayar di Institusi atau pejabat zakat ataupun pusat-pusat pungutan zakan setempat dan melalui amil-amil yang bertauliah yang di lantik.
  • Sedekah -Sedekat adalah perkara sunat yang mulia untuk menggembirakan orang lain. kalau bulan bulan puasa pun amalan ini di teruskan. Apabila kita bersedekah, hendaklah didahulukan orang yang terdekat seperti adik -beradik dan jiran tertangga sebelum menghulurkan bantuan kepada orang lain. Bersedekah tidak semestinya dengan wang ringgit sahaja,sedekah juga wujud dalam amalan-amalan sunat seperti bertasbih,bertakbir,bertahmid dan bertahlil.

3 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...