06 June, 2017

Deko Raya Impian Yang Di Idamkan

Deko Raya Impian Yang Di Idamkan | Pejam celik Pejam celik dah masuk 11 Ramadhan, Alhamdulillah. Sekarang ini bila dah menghampiri 15 hari Ramadhan, rata-rata umat islam sedang sibuk membersihkan rumah sedikit demi sedikit untuk menyambut bulan Syawal tidak lama lagi. Selain itu juga ada juga yang memikirkan deko-deko raya untuk menghiasi rumah mereka sempena hari raya yang bakal tiba tidak lama sahaja lagi. 

Pada nieyl selain membersihkan kawasan luar dan dalam rumah, nieyl dengan en.husband sangat menitik beratkan tentang dekorasi dalaman dan luaran rumah. Ada sahaja idea dan susanan yang akan di buatnya. Kebiasaannya En.husband lebih arif bab-bab deko nie, kita tolong tengok sahaja la..hihihi..

Dalam entry ni, nieyl nak share 3 idea deko raya yang nieyl nak buat dekat rumah tu tapi seperti biasalah kena minta pendapat en.husband dulu.Dapat green light, kita terus sambar..

1. Simple dan menarik- Idea nak beli buaian ini salah satunya adalah sebab ruang tamu untuk menonton televisyen tidak besar, so bila adanya buaian ini ianya lebih santai untuk tetamu yang datang ke rumah malah ianya pasti menjadi satu tarikan kepada kanak-kanak untuk duduk di atas buai tersebut sementara ibu dan ayah mereka menjamu selera




2. Jimat ruang dan elegan - Jika ruang rumah kecil, adalah sesuai jika kita beli sofa yang tidak terlalu besar.Ini kerana bila sofa besar akan menyebabkan ruang rumah kelihatan penuh atau padat. Cukup sekadar, selesa untuk tetamu duduk, senang dibersihkan dan berkualiti. 


3. Menaikan keceriaan rumah dan hati -  Apabila rumah cantik, ceria secara tidak langsung kita juga akan membuat hati tetamu-tetamu kita happy dan senang hati. Permilihan warna langir adalah sangat penting ya sebab ia akan menberikan satu aura kepada diri kita dan tetamu. Jangan la campur-campur warna block yang mungkin menyakitkan mata tetamu yang datang nanti. 


Untuk pengetahuan semua sempena Marbahan Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya Sale Lazada yang akan bermula pada 19 Mei sehingga 30 Jun 2017, Lazada menawarkan pelbagai tawaran dengan 90% diskaun...jom ramai-ramai membeli belah di Lazada.com.my sekarang.

6 comments:

  1. WP biasanya deko2 bhg luar rumah,
    bhg dalam rumah serah pada pn is3.

    ReplyDelete
  2. kalau raya teringat langsir baru kan

    ReplyDelete
  3. eh !! terbekenana plak kakak kat sofabed tu.. hee~ kena beli nih.. tapi nak letak mana tak tau.. adoi !!!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)