14 June, 2017

Ayam Masak Asam Pedas Nieyl

Ayam Masak Asam Pedas Nieyl | Salah satu menu yang sering di request oleh MIL nieyl adalah asam pedas. Tahun ni kerap kali juga tekak nieyl nak berbuka dengan asam pedas, sebelum ini ikan dan semalam MIL request ayam. Kakak nieyl selalu cakap, dia tak berapa pandai sangat masak asam pedas yang sedap. Ha..hari ini nieyl nak share cara dan resepi yang nieyl selalu buat.. Kot-kot ada yang nak try masak asam pedas tapi mungkin cara dan bahannya sama sahaja macam korang buat, mungkin ikut air tangan masing-masing la kot kan..hihihi..


Bahan-bahan 

Bawang Putih 2 ulas (dikisar atau tumbuk)
Bawang Besar 1 biji (dikisar atau tumbuk)
Halia 1 inci (dikisar atau tumbuk)
Serai 1 batang (di ketuk)
Ayam di potong kecil
Daun limau Purut
Cili kisar
Garam secukup rasa
Air asam jawa sedikit
1 sudu kecil halba (penting)

Cara-Caranya
  1. Panaskan kuali ataupun periuk,letak sedikit minyak
  2. Tumis bahan yang dikisar bersama serai dan halba
  3. Dah naik bau,masukkan cili kisar dan masak sehingga bertukar warna gelap sikit
  4. Masukkan ayam, kacau dan biarkan seketika.
  5. Kemudian masukkan daun limau purut dan air secukupnya (kalau nak kuah pekat,letak air dalam 2 cawan, kalau nak kuah cair boleh letak lebih)
  6. Masukkan garam secukup rasa,air asam jawa, biarkan mendidih sehingga ayam masak..
  7. Boleh hidang dengan nasi panas...yumyum..

Selamat Mencubaaa...:)

5 comments:

  1. Alaaa sedapnya Nieyl..akak 2-3 hari ni malas nak up entry masakan...sendiri up sendiri tak tahan

    ReplyDelete
  2. kurangkan makan pedas waktu sahur,kalau sungkai tak apa (^_^) hehe.

    ReplyDelete
  3. Semalam berbuka lauk masak asam pedas kepala ikan mayung.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)