18 May, 2017

Rawat jika cirit-birit


Rawat jika cirit-birit | Rasanya sesiapa sahaja pernah alami masalah cirit-birit bila tersalah makanan ataupun gastrik. Serius memang badan akan menjadi sangat lemah bila diserang cirit-birit ni, kalau nak di bilang berapa kali pergi ke tandas tu memang tidak terbilang. Nieyl pernah alami bila terkena gastrik sampai cirit - birit yang sangat teruk sampai lembik badan sebab kekurangan air dalam badan. 

Cirit- birit atau lebih dikenali diarrhea merupakan satu keadaan di mana berlakunya kekerapan membuang najis lembut dan berair dalam tempoh yang singkat dan akan menyebabkan pesakit berasa tidak selesa dan badan menjadi lemah.

Kebiasaannya berlaku cirit-birit disebabkan pemakanan dan pengambilan makanan yang tidak sihat, selain cirit-birit, pesakit mungkin akan mengalami muntah-muntah, hilang selera makan dan tubuh menjadi lemah.

Andai kata ianya berlaku pada korang, atau kenalan atau ahli keluarga kita, try rawat dengan mengamalkan cara ini. :-


  • Banyakkan minum air - Ketika cirit -birit berlaku badan kita akan kehilangan banyak air, jadi disarankan minum air dengan banyak bagi menggantikan cairan yang hilang dalam najis yang di sebabkan dehidrasi.Kalau boleh selang 15minit hingga 20 minit sekali.


  • Makan halia- Halia sangat berkesan bagi merawat cirit -birit, tidak kisah sama ada makan mentah, kering ataupun jus. Dengan cara mengambil sedikit halia bersama sedikit garam bukit secara berulang dalam jarak yang ditetapkan. 


  • Elak produk tenusu dan gula - Doktor selalu nasihatkan,jika cirit-birit elakkan makanan yang bertenusu  kerana ianya akan memburukkan lagi masalah cirit-birit. Untuk itu ambil makanan yang kurang pedas dan mudah dicerna.


  • Pisang - Pisang kaya dengan magnesium dan zat besi, jadi cirit - birit dapat dikurangkan shingga sembuh jika korang makan pisang setiap hari.

  • Pil Chi-kit Teck Aun - biasa kalau kita cirit-birit je orang akan suruh makan pil ni,tapi ni ramai yang kata mujarab tapi jujur nieyl cakap la ya...nieyl memang tak suka makan pil ni, tak boleh nak telan..biasanya nieyl terus pergi klinik untuk dapatkan rawatan. 
ha..kalau penyakit cirit-birit makin teruk please pergi ke klinik dan berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan,jangan biarkan tanpa berbuat apa-apa ya...take care korang ♥




3 comments:

  1. Sep sikit..akak pun xsuke makan pil chikitekon tuh..sebab bile dh minum air pun xsemua akan masuk perut..mesti akan ade terselit2 kat celah2 gigi la bawah lidah la..pastu mcm geli2..hahah

    ReplyDelete
  2. pil cikitekon tu memang ada simpan 2-3 box kat umah.
    serasi dgn aida.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)