Merokok Boleh Mengakibatkan Tulang Rapuh

Merokok Boleh Mengakibatkan Tulang Rapuh | Bila kita bercakap tentang penyakit yang disebabkan oleh merokok yang kita sedia maklum seperti kanser paru-paru, masalah hati,katarak, kemandulan dan banyak lagi. Tapi mungkin kita jarang dengar, bahawa rokok turut mengancam sistem keutuhan tulang pada seseorang.

Ramai yang menganggap masalah osteoporosis ini sering kali dikaitan dengan golongan wanita, sebenarnya sesiapa sahaja boleh menghidap penyakit ini, kerana kerapuhan tulang seseorang itu boleh menyebabkan patah, sakit sendi ,sengal-sengal badan, lumpuh dan akhirnya kematian.

KESAN ROKOK PADA TULANG

Jika kandungan nikotin banyak dalam rokok, semakin tinggi risiko untuk menghidap Osteoporosis di usia tua nanti. Toksin dalam sebatang rokok memberi kesan yang sangat buruk pada keseimbangan hormon( estroden) yang diperlukan oleh tulang untuk kekal sihat dan kuat.

Manakala asap rokok pula menghasilkan pelbagai radikal atau molekul yang sangat merbahaya dan mampu menyerang sistem ketahanan badan manusia. Hasilnya,tindak balas akan terjejas termasuk sel-sel, organ dan hormon dalam badan.

Selain itu juga, merokok juga akan memusnahkan pembuluh darah seseorang, ianya mampu merosakan saraf di jari dan telapak kaki dan membawa pasa peningkatan risiko keretakan tulang di bahagian pinggang.

Jadi,kepada mereka yang merokok fikirkan tentang kesihatan diri dan orang disekeliling ya..

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...