20 April, 2017

Tip Jimat Beli Barang Dapur

Tip Jimat Beli Barang Dapur | Bila sebut sahaja barang keperluan dapur, secara tidak langsung terfikir barang-barang yang perlu dibeli untuk kita masak setiap hari. Contoh kalau nieyl, lebih suka beli barang basah terutamanya setiap hari, ini kerana ada kalanya beli barang basah kononnya nak buat stok seminggu tapi dalam seminggu tu 2 atau 3 kali sahaja masak so barang basah seperti ayam,ikan, sotong  dan udang bukan boleh simpan lama-lama nanti dia rosak serta tidak fresh lagi. Jadi, secara tidak langsungnya boleh merancang perbelanjaan dengan berhikmah.


Jom kita tengok sama-sama tip yang mungkin boleh kita guna dan praktikkan dalam merancang perbelanjaan setiap bulan.
  • Atur Belanja Dapur - Nieyl memang sebolehnya akan buat checklist sebelum pergi beli barang. Mana barang yang masih ada,nieyl memang tidak akan beli kecuali beras,minyak,gula memang akan beli setiap bulan walaupun masih ada.Cara ini kita boleh lihat pergerakan duit kita setiap bulan.
  • Bijak Di Dapur - Memasak ikut keperluan bukan ikut suka sehingga anak-anak atau suami tidak makan. Contohnya jika anak atau suami tidak makan sayur, tidak perlu rasanya kita masak sayur dalam kuantiti yang banyak,ini kerana sayur tidak boleh di simpan lama kerana hilang zat dan nutrisinya bila kali kedua di panaskan.
  • Belajar Memasak - Mencipta makanan yang enak yang tidak memerlukan kita membeli bahan mentah yang mahal. Mengubah resepi mengikut citarasa kita dan keluarga membolehkan suami dan anak-anak merasa makanan dari air tangan kita.
  • Jangan Jadi Boros - Kalau kita membeli makanan diluar, makanan itu kadang kala tidak memenuhi citarasa kita akhirnya akan ke tong sampah kan?itu adalah pembaziran. Begitu juga kalau kita masak nasi, tapi ada lebihan tu jangan buang,boleh digunakan untuk membuat nasi goreng atau di adun bersama tepung untuk di buat cekodok.
  • Jimat Dan Jimat Lagi - Nieyl suka beli bahan mentah yang boleh dimasak 2 atau 3 kali dalam seminggu. Contohnya seekor ayam kita beli,boleh masak pelbagai jenis masakan dalam tempoh seminggu. kalau nieyl biasanya selang sehari dengan ikan,atau udang dan sotong. 

5 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)