Resepi Sambal Sardin Nieyl

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Resepi Sambal Sardin Nieyl | Hari ini nieyl nak share dengan korang, resepi sambal sardin yang nieyl masak last week. Kebiasaannya nieyl masak sambal sardin jenis yang berkuah, last week saja nak ubah sedikit cara masak tu, kita masak goreng sardin tu dulu lepas tu buat sambal kering sikit. Sedap pulak rasanya..hihihi...


1) Tumis bawang putih dan bawang merah hiris sampai naik bau seperti dalam gambar di atas


2) Masukkan cili kering telah dikisar, agak-agak je nieyl masukkan kalau tak nak pedas letak sikit sahaja lah, macam nieyl letak lebih kurang 4 sudu. Kemudian, jika korang nak pedas lagi boleh letak cili apai potong ataupun cili api kisar sikit.


3) Tumis cili kering kisar tu sampai pecah minyak ya supaya cili tu benar-benar masak dan letakkan air asam jawa dalam 1 sudu, gula dan garam secukup rasa.


4) Masukkan sardin sahaja tanpa sos, masak sardin tu sampai masak la..terbalik-balikkan supaya dua-dua belah bahagian masak. 


5) Kemudian masukkan sos yang di asingkan tadi bersama cili besar merah + hijau + bawang yang dihiris jika ada dan jangan lupa letak air sedikit untuk yang suka berkuah macam nieyl..



6) Okay dah siaaaappp...menyelerakan kan...so,selamat mencuba ya...
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

8 comments:

  1. Sedap.. sedap..
    Tetibe lapar lak..
    Lama dha tak beli sardin, sejak naik harga.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. Lebih kurang dengan cara mak saya masak. Bestt. Kuah pun dapat lagi banyak. :)

    ReplyDelete
  3. mudah dan myelerakan.. sekali skla makn sardin ni rasa bring back a memory huhuhu

    ReplyDelete
  4. Lamanya tak makan sambal sardin. Sedap :)

    ReplyDelete
  5. lebih kurang cara aida.
    sambal sardin antara lauk wajib masak umah aida.
    couple dgn telor dadar.
    alhamdulillah...

    ReplyDelete
  6. Bini saya dulu setiap kali selepas saya makan sadin dia suruh saya gosok gigi. Bila saya dah gosok dia pulak gosok gigi. Dia gosok gigi dia.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...