11 April, 2017

Neutrogena Menjadi Pilihan Untuk Kulit Bersih Dan Sihat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Neutrogena Menjadi Pilihan Untuk Kulit Bersih Dan Sihat |  Neutrogena Menjadi Pilihan Untuk Kulit Cantik Dan Sihat | Neutrogena adalah satu produk penjagaan kecantikan yang berkualiti tinggi dan berkesan untuk semua jenis kulit. Nieyl sangat beruntung berpeluang mencuba produk rangkaian Neutrogena sekali lagi. [ artikel lama ]


Neutrogena happy Skin 24/7 Bagi seorang yang bekerjaya penjagaan kulit muka adalah menjadi keutamaan untuk memberi semangat dalam menjalani hari-hari yang penuh dengan dugaan dan halangan dalam rutin seharian di pejabat. Bila kulit sihat dan bersih secara tidak langsung ianya merangsang satu perasaan happy dan confident sepanjang hari. Kalau lihat jenis kulit nieyl nie lebih kepada jenis kulit yang normal, so rangkaian Neutrogena yang nieyl try adalah Neutrogena deep clean foaming cleanser, deep clean cleansing oil to foam dan deep clean blackhead eliminating daily Scrub.



Neutrogena Deep Clean foaming cleanser

Neutrogena Deep Clean foaming cleanser Ianya merupakan pembersih muka yang berkesan menghilangkan 99% daripada sel-sel kotoran, minyak dan kulit mati disamping membantu kelembapan kulit,mengawal minyak dan menjadikan kulit muka kita lebih seimbang dan sihat sepanjang hari. Caranya menggunakannya hanya picit sedikit ke tapak tangan,gosok hingga berbuih dan urut pada muka dan bilas dengan air bersih. Harga Neutrogena Deep Clean Foaming cleanser hanya RM 18.70 sahaja.

Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub 


Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub Boleh dikatakan setiap orang termasuk nieyl akan ada blackhead di area hidung terutamanya kan, so korang juga boleh try gunakan blackhead eliminating daily scrub sebabnya ianya menanggalkan blackhead yang sedia ada dan ia juga bertindak mencegah blackhead daripada tumbuh lagi dan lagi. Scrub ini adalah sangat lembut dan ianya tidak akan membuat kulit kita kering malah ianya mengawal minyak di kulit muka kita. Harga untuk deep clean blackhead eliminating daily scrub ini hanya RM 23.70 sahaja.


Neutrogena Deep Clean Cleasing Oil To Foam

Neutrogena Deep Clean Cleasing Oil To Foam Kebiasaannya nieyl atau korang yang bermake up walaupun tidak tebal, selalu akan menggunakan make up remover dan kemudian baru guna pembersih muka betul tak? So, dengan deep clean cleasing oil to foam ini kita tidak perlu lagi menggunakan 2 item yang berlainan sebab ianya 2 in 1 dimana ia bertindak sebagai make up remover dan pembersih pada masa yang sama. Untuk muslimah sangat bagus,sebab tidak perlu buang masa untuk remove make up menggunakan tisu basah lagi, terus sahaja menggunakan 2 in 1 deep clean cleasing oil to foam untuk kulit lebih segar dan bersih. Harga untuk produk ini adalah RM 44.90 sahaja.

 Facebook Page : Neutrogena Malaysia
Website  : Neutrogena.com
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

6 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)