27 April, 2017

Gangguan Bekalan Air Sementara di Kuala Lumpur dan Petaling

by on April 27, 2017
Gangguan Bekalan Air Sementara di Kuala Lumpur dan Petaling | Gangguan bekalan air sementara di sekitar KL dan petaling di sebabkan paip utama di belakang bangunan ELC International School, Jalan Sierramas Barat Sungai Buluh yang pecah.

Syarikaht Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) memaklumkan akibat masalah tersebut, injab sistem agihan bagi jajaran paip dari SSP1 dan SPP2 melalui kolam Imbangan Matang Pagar terpaksa ditutup bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dapat dilaksanakan.

Kerja-kerja pembaikan paip kini giat dijalankan yang dianggarkan dalam tempoh 48 jam dan pemulihan secara berperingkat dalam tempoh selama 3 hari selepas kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan.

Untuk detail boleh ke websita syabas 



Nama Saya Adam

by on April 27, 2017
Nama Saya Adam | Ini dia salah seorang penawar kesunyian nieyl, sentiasa membesar depan mata nieyl, hari ini dah besar dah dia, dah pandai segala-galanya cuma bercakap sahaja yang belum nak clear lagi, perkataan yang selalu dengar Nak, Tak nak. Kalau belah en.husband, nieyl ni maklong, so setiap kali maklong nak balik rumah, mesti dia menangis nak ikut. Bila setiap kali dia menangis nak ikut mula lah maklong dia touching sikit dalam hati. 

Wahai Muhammad Adam El Zafrel terima kasih kasih kerana hadir dalam hidup maklong dan paklong. Telatahmu sentiasa mengisi kekosongan di hati kami. Kalau satu hari nanti, adam ternampak gambar adam blog maklong ni, maklong nak cakap u always in my heart sayang...semoga kamu menjadi anak yang soleh didunia dan di akhirat juga. Nanti dah besar, pimpin tangan adik ellsa juga okay...


26 April, 2017

Kenali Oki Setiana Dewi

by on April 26, 2017

Kenali Oki Setiana Dewi | Program baru terbitan ASTRO iaitu Gema Gegar Vaganza merupakan satu program yang wajib nieyl tonton bersama En.Husband setiap hari sabtu. Salah seorang juri pada program tersebut diterbangkan khas dari Indonesia iaitu Oki Setiana Dewi yang sebelum ini nieyl mengenali beliau melalui lakonannya dalam filem Ketika Cinta Bertasbih.

Setiap minggu beliau muncul dengan penampilan yang sangat sopan santun, selesa dan tutur katanya sangat lemah lembut dalam memberi komen-komen yang positif dan sentiasa menyelitkan dalil dan ayat-ayat Al-Quran kepada peserta, secara tidak langsung mengajar sesuatu kepada penonton juga.


Trivia Menarik Mengenai Oki Setiana Dewi
  • Nama sebenarnya adalah Oki Setiana Dewi dan lahir pada 13 Januari 1989 di Batam, Indonesia. 
  • Mula aktif tahun 2009 hingga kini. Berhijab pada tahun 2005. 
  • Berkelulusan dari Universiti Indonesia dalam Fakulti Ilmu Pengetahuan Budaya. Walaupun sudah mempunyai anak ketika itu, Oki tetap meneruskan pengajiannya hingga selesai. 
  • Berkahwin dengan Ory Vitrio pada 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Maryam Nusaibah Abdullah & Khadeejah Faatimah Abdullah. 
  • Memegang watak Anna dalam filem Ketika Cinta Bertasbih. Filem ini adalah sebuah filem yang diadaptasi dari novel terlaris karya penulis terkenal Habiburrahman El Shirazy. 
  • Selain seorang artis, dia juga terkenal sebagai pereka fesyen terutama untuk fesyen berhijab. 
  • Begitu menghormati ibunya yang dijadikan idola. Dia sentiasa berusaha untuk menjadi anak yang baik. 
  • Sering memuat turun hal yang bersifat duniawi, baik dalam akaun instagram mahupun dalam tayangan infotainment. 
  • Turut menulis beberapa buah buku pada tahun 2011 dengan tajuk Melukis Pagi: Catatan Hati Oki Setiana Dewi, Sejuta Pelangi: Pernik Cinta, cahaya Di Atas Cahaya, Perjalanan Spiritual Oki Setiana Dewi (2012.) 
  • Turut dipanggil ustazah oleh pengikutnya dan mempunyai kira-kira 4.8M pengikut di laman Instagram.


Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!

by on April 26, 2017
Jom Join Ramai-ramai Klik Banner

Jawab Soalan

Nyatakan kenapa anda mahu berada di dalam bloglist Seorang Syed
" Nak blogger seorang Syed hari-hari datang blog kak nieyl ni "

 Tulis short review tentang blog Seorang Syed
"Untuk pertama kalinya, menerima sepotong ayat komen dari blogger seorang syed adalah pada 6 Februari 2017 dan di situlah baru kenal siapa dia blogger seorang syed ni, blog seorang syed ni ringan dan tidak perlu nak kena tunggu loading yang lama. Sangat kemas, tulisan yang digunakan pun sangat jelas dan ayat-ayat yang sering digunakan juga memudahkan pembaca memahami dan fahami apa yang hendak di sampaikan.. So,teruskan menulis dan menyampaikan ilmu. 

Chia Seed Pilihan Nieyl

by on April 26, 2017
Chia Seed Pilihan Nieyl | Bila umur setahun demi setahun meningkat, walaupun kulit dan wajah tidak mengambarkan usia nieyl tu, ada kesedaran untuk jalani kehidupan yang lebih sihat dari sebelum ini. Bukan sahaja mengambil makanan-makanan yang berkhasiat malah nieyl juga mengamalkan pengambilan beberapa supplement untuk terus kekal cergas dan sihat. 

Rasanya semua dah tahu, nieyl ambil supplement apa untuk turunkan berat badan dan selain dari produk shaklee, ada satu lagi produk yang banyak membantu nieyl dalam proses mengurangkan berat badan supaya tidak naik lagi dan lagi iaitu Chia Seed. Ala..ramai dah jual benda nie, dia biji warna hitam macam biji selasih.

Ada yang tanya sedap ke?yang pertamanya chia seed ini tiada warna,tiada bau dan tiada rasa. Dia rasa plain atau nuetral je..Biasanya nieyl amalkan ketika minum air kosong, tidak pun nieyl amalkan dalam makanan yang nieyl makan seperti contoh baru-baru ni nieyl try share kesedapan pisang bersama chia seed dengan En.Husband dan ayah. Elok je dieorang makan. itu tandanya sedap lah tu..


Korang jangan risau dari harga sebotol Chia Seed ini murah sahaja, sebotol tu boleh tahan berbulan-bulan bukan kita kena beli setiap bulan pun. Dah habis baru beli okay. Ok sebelum nieyl share dekat mana korang boleh dapatkan Chia seed yang sedap ini. Meh nieyl share sikit kebaikan Chia Seed ni.

💜CARA PALING BERKESAN DAN SELAMAT UNTUK BAKAR LEMAK💜
🔥Tak perlu berlapar, hari2 boleh makan nasi.
🔥Mudah disediakan semudah ABC.
🔥Organik dan Selamat digunakan.
🔥Sangat Berkesan dan Pantas.
🔥'Booster' utk kesihatan.
🔥Mampu mencegah penyakit kronik.
🔥Sumber tenaga harian.

➡Inilah produk berasaskan organik dari alam semulajadi yang diamalkan oleh masyarakat Amerika Selatan turun-temurun. "Superfood Organik ChiaSeed "
➡Hanya tabur ke dalam apa saja minuman/makanan mengikut citarasa dan kreativiti masing²

Boleh dapatkan Chia Seed :
whatsapp 010-8998720

25 April, 2017

Durian Crepe dari Someone Special

by on April 25, 2017
Durian Crepe dari Someone Special | Jujur cakap, masa on the way dalam kereta nak pergi lunch hari jumaat lepas, memang ada sembang pasal durian crepe ini sebab dah lama sebenarnya tak makan durian crepe ni sebab bukan musim durian kan. Lepas tu memang susah nak jumpa orang yang jual yang betul² sedap dan padat. 

Balik dari lunch tu, tertiba atas meja ada durian crepe yang sangat comel saiz dia..siap ada note lagi..alahai..kenapa lah kak aya nieyl nie sweet sangat selalu bagi surprise tau...Love u so much ♥♥


22 April, 2017

Pencinta Fridge Magnet

by on April 22, 2017
Pencinta Fridge Magnet | Salah satu minat en.husband dengan nieyl yang sama adalah kami berdua suka kumpul fridge magnet tidak kira luar negara ataupun dalam negara. Selalunya adalah pemberian kawan-kawan office, boss yang suka travel tapi ada juga yang nieyl dan en.husband beli itu biasanya di dalam negara lah. Setiap negeri kami pergi, kami akan beli fridge magnet yang pastinya tidak akan sama yang sedia ada. 


Antara pemberian fridge magnet luar negara dari officemate adalah dari INDONESIA, BANDUNG, KRABI, JAPAN, KOREA, DUBAI, SINGAPORE dan banyak lagi. So, officemate memang dah tahu yang nieyl memang suka fridge magnet.Tengoklah board sampai dah penuh dekat dapur. En.husband kata sebelum puasa ni nak pergi beli satu lagi board.

Sebelum ini memang nieyl letak semua fridge magnet ini di pintu fridge, tapi di sebabkan anak-anak buah nieyl yang kecil-kecil ni sangat tertarik dengan fridge magnet yang cantik dan comel tu nieyl terpaksa alihkan dan sebab keduanya adalah pintu fridge  kita boleh jadi rosak tau,kalau letak fridge magnet ini lama-lama dan magnet belakang tu akan cepat tercabut.

Kalau ada yang tertanya apa nama board ini, nama dia Magnetic Board , korang boleh beli di IKEA dengan harga kalau tak silap nieyl dalam RM39.90 dan dia ada banyak size. Jadi,harga tertaluk pada size yang korang nak la ya..

21 April, 2017

Ahli baru dalam Family

by on April 21, 2017
Ahli baru dalam Family | Syukur Alhamdulillah pada 7 April 2017 yang lepas nieyl terima seorang lagi ahli baru dalam family. Anak buah nieyl yang ke??tak nak bagi tahu la sebab nanti nieyl nak buat contest untuk korang. Stay tuned tau.. Bulan 2 hari tu nieyl terima anak buah baby girl, kali ini pun baby girl juga..



Cantik perjalanan Allah itu, walaupun nieyl belum dikurniakan anak sendiri tapi Allah swt limpahi nieyl dengan kehadiran ramai anak-anak buah yang mengisi kekosongan dalam diri ini..Terima kasih Ya Allah sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambamu ini.. Salam Jumaat semua!

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my

by on April 21, 2017
Assalamualaikum. Dengan rasa rendah hati Fiza menjemput semua pembaca blog Ourmemoria.my untuk sama-sama memeriahkan Giveaway yang dianjurkan sendiri oleh Fiza.
Copy dan klik banner untuk penyertaan
Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya.
Dior Miniature Perfume Mini Set mengandungi:
5 ml EDT Dolce Vita, 
5 ml EDP Miss Dior, 
5 ml EDT J'adore,
 5 ml EDT Midnight Poison,
 5 ml EDT Dior Addict
Ada 5 jenis Dior Miniature Perfume untuk dimenangi dan hanya 5 pemenang yang akan dipilih. Jemput semua blogger untuk memeriahkan giveaway ini.

Khasiat Air Kelapa

by on April 21, 2017
Khasiat Air Kelapa | Ada ke diantara korang yang tak suka minum air kelapa?Kalau cuaca tengah panas terik antara yang selalu kita cakap "bestnya dapat minum air kelapa sejuk, hilang dahaga" . Ramai yang tahu yang air kelapa ini mampu menghilangkan rasa dahaga dan menyejukkan badan. Sebenarnya untuk pengetahuan semua, banyak lagi khasiat air kelapa yang mungkin kita tidak tahu dalam membantu kesihatan dan kecantikan dalaman kita. 


Antara khasiat air kelapa yang kita perlu tahu untuk kesihatan dan kecantikan dalaman kita.

  1. Turun berat badan - Air kelapa antara salah satu minuman yang rendah lemak, malah ianya membantu meningkatkan selera makan dan mengenyangkan kerana khasiatnya yang semula jadi.
  2. Rawat masalah kulit - Air kelapa bertindak membantu merawat dan melembapkan kulit,jadi kalau ada masalah jerawat , parut dan gatal kemerahan boleh basuh kulit dengan air kelapa.
  3. Rawat perut kurang selesa - Kalau ada masalah perut seperti cirit birit, air kelapa mampu menggantikan cecair yang hilang dari tubuh akibat daripada kekerapan kencing dan muntah.
  4. Kaya dengan Nutrisi -Air kelapa mengandungi 5 elektrolit penting di dalam badan termasuk kalsium, magnesium, fosdorus, kalium dan natrium.

20 April, 2017

Ketika Kita Mengeluh

by on April 20, 2017
Ketika Kita Mengeluh | Tertarik nieyl bila ternampak kawan-kawan di facebook share satu keratan tentang bila manusia mengeluh, Allah menjawab. Bila baca satu persatu situasi di mana kita mengeluh secara sengaja ataupun tidak sengaja sebenarnya Allah telah menjawab setiap keluhan manusia itu dalam Al Quran.

Setiap keluhan manusia itu adalah benar-benar di alami oleh semua manusia betul atau tidak?Kalau tak nak mengaku tidak apa..Tapi nieyl sendiri bila baca ianya betul-betul menginsafi diri ini, menjadikan diri ini semakin kuat dan percaya pada ketentuan dan kerja Allah swt untuk hamba-hamba-Nya.


SofeaRose Bangi Sentral

by on April 20, 2017

SofeaRose Bangi Sentral | Baru-baru ini nieyl berkesempatan teman Ofismate pergi cari beli Shawl SofeaRose dekat Bangi Sentral. So, nieyl memang suka sangat shawl tapi masa pergi tu memang tidak simpan sebarang harapan pun nak beli shawl, cuma nak cuci-cuci mata sahaja sementara ofismate memilih shawl yang dia nak beli tu..


Butik SofeaRose menyediakan pelbagai jenis shawl termasuk instant shawl, long shawl selain itu juga butik ini juga menjual jubah, blouse, baju kurung dan lain-lain lagi. Nieyl suka butik ini sebab first time masuk rasa macam selesa sangat. Besar, bersih dan kemas sahaja susunan shawl dan pakaian dalam rak yang disediakan. Dan yang paling bestnya, ada tempat untuk kita selfie-selfie..hihihi..


Tahu tidak kenapa nieyl snap gambar ni?Yang pertamanya sebab ada cermin yang besar dan yang keduanya nieyl snap sebab nieyl suka sangat view dari cermin tu. Nieyl ada cita-cita nak buat rak shawl nieyl seperti itu dan nieyl dah pun habaq dekat En.Husband malam tadi, nak buat rak macam tu untuk sangkut dan susun semua shawl-shawl nieyl yang dah tak cukup tempat sangkut dah..


Ofismate cari shawl diona yang limited edition serius memang cantik sangat kalau tengok depan-depan shawl tu, rambang mata nak pilih tau. Lagipun dah trend sekarang ni corak-corak printed macam ni. Harga shawl dekat Butik SofeaRose masih lagi di tahap mampu milik dont worry okay.. Kalau jadi membership lagi bagus sebab potongan harga lebih banyak..


Antara susunan shawl yang nieyl suka, nampak kemas ikut tona warna shawl jadi customer pun kalau nak beli,mudah nak cari dan mudah nak bezakan color yang ada. Ini salah satu inspirasi yang boleh nieyl praktik kan bila gantung shawl dekat bilik bila rak shawl dah siap nanti..


Ini salah satu shawl yang nieyl minat sangat dengan warna dia yang lembut, kain dia pun jenis sejuk walaupun kita pakai tengah panas pun..harap-harap second time datang nanti masih ada lagi la ya..



Oklah korang, kalau korang yang mana rajin pergi ke Bangi Sentral tu singgah-singgah lah butik SofeaRose ini ya..


Alamat Butik SofeaRose

6-21-05
Jln Medan Pusat Bandar 8A Bangi Sentral,
43650 Bdr Baru Bangi
Landmarks (Atas Butik Felinna, Level 4)


Tip Jimat Beli Barang Dapur

by on April 20, 2017
Tip Jimat Beli Barang Dapur | Bila sebut sahaja barang keperluan dapur, secara tidak langsung terfikir barang-barang yang perlu dibeli untuk kita masak setiap hari. Contoh kalau nieyl, lebih suka beli barang basah terutamanya setiap hari, ini kerana ada kalanya beli barang basah kononnya nak buat stok seminggu tapi dalam seminggu tu 2 atau 3 kali sahaja masak so barang basah seperti ayam,ikan, sotong  dan udang bukan boleh simpan lama-lama nanti dia rosak serta tidak fresh lagi. Jadi, secara tidak langsungnya boleh merancang perbelanjaan dengan berhikmah.


Jom kita tengok sama-sama tip yang mungkin boleh kita guna dan praktikkan dalam merancang perbelanjaan setiap bulan.
  • Atur Belanja Dapur - Nieyl memang sebolehnya akan buat checklist sebelum pergi beli barang. Mana barang yang masih ada,nieyl memang tidak akan beli kecuali beras,minyak,gula memang akan beli setiap bulan walaupun masih ada.Cara ini kita boleh lihat pergerakan duit kita setiap bulan.
  • Bijak Di Dapur - Memasak ikut keperluan bukan ikut suka sehingga anak-anak atau suami tidak makan. Contohnya jika anak atau suami tidak makan sayur, tidak perlu rasanya kita masak sayur dalam kuantiti yang banyak,ini kerana sayur tidak boleh di simpan lama kerana hilang zat dan nutrisinya bila kali kedua di panaskan.
  • Belajar Memasak - Mencipta makanan yang enak yang tidak memerlukan kita membeli bahan mentah yang mahal. Mengubah resepi mengikut citarasa kita dan keluarga membolehkan suami dan anak-anak merasa makanan dari air tangan kita.
  • Jangan Jadi Boros - Kalau kita membeli makanan diluar, makanan itu kadang kala tidak memenuhi citarasa kita akhirnya akan ke tong sampah kan?itu adalah pembaziran. Begitu juga kalau kita masak nasi, tapi ada lebihan tu jangan buang,boleh digunakan untuk membuat nasi goreng atau di adun bersama tepung untuk di buat cekodok.
  • Jimat Dan Jimat Lagi - Nieyl suka beli bahan mentah yang boleh dimasak 2 atau 3 kali dalam seminggu. Contohnya seekor ayam kita beli,boleh masak pelbagai jenis masakan dalam tempoh seminggu. kalau nieyl biasanya selang sehari dengan ikan,atau udang dan sotong. 

Bekalan Dari Mak

by on April 20, 2017
Bekalan Dari Mak |  Terima kasih wahai ibuku tersayang. Pagi tadi bangun tidur dengan harapan nak panaskan lauk-lauk untuk bawa bekal hari ini. Sekali tengok atas meja bekalan untuk hari ini dah siap terisi dah..Allahuakbar...Terima kasih mak..Sayang mak sangat-sangat.. Mak kata kalau makan semua bekalan ni habis mesti kenyang.. Aduhai mak, ini bukan je kenyang, ini boleh mengah buat kerja hari ini..hihihi...


19 April, 2017

Kesan Tidak Makan Sayur

by on April 19, 2017

Kesan Tidak Makan Sayur | Setiap tubuh seseorang manusia perlukan serat yang penting salah satunya adalah pengambilan sayur-sayuran. Selalu kita nampak, golongan kanak-kanak yang sukar makan sayur ini tapi hakikatnya orang dewasa juga ada yang tidak suka makan sayur walaupun umur mereka telah mencapai 40-an. 



"Serat penting untuk mengeluarkan baki kotoran atau zat yang tidak diperlukan tubuh. Kotoran yang gagal dikeluarkan segera dari tubuh akan menjadi racun dan mengubah komposisi sel dalam tubuh badan kita. Ini adalah sangat tidak sihat dan ianya merupakan salah satu tanda awal kanser" - pakar onkologi Dr Henry Naland petikan dari Okezone


Jika kita mengabaikan pengambilan sayur dalam kehidupan seharian, ia boleh menyebabkan beberapa penyakit lain seperti :-
  • Sembelit
  • Buasir
  • Gula dalam darah tinggi dan kencing manis
  • kolestrol tinggi dan sakit jantung

Jadi, jika sebelum ini kurang pengambilan sayur-sayuran selepas ini mungkin boleh cuba amalkan pengambilan sayur dalam rutin harian kita okay..

Dinner Bubur Nasi Je

by on April 19, 2017

Bubur Nasi | Semalam balik dari kerja, mak kata badan tak berapa nak sihat macam nak demam, so plan nak masak kan bubur nasi + telur masin + ikan bilis. Bila dah selesai masak tu, ajak mak makan, la..mak tak nak makan sebab katanya tak ada selera. Puas pujuk tak nak juga, dia nak berehat..Oklah disebabkan dah masak bubur nasi 1 periuk tu, nieyl dengan en.husband lah makan, sesekali makan macam nie sedap rupanya. En.Husband sampai bertambah lah makan..Alhamdulillah..tak lah membazir bubur nasi tu kan.. 😃

Bahan-bahan

Bubur Nasi (bubuh garam sikit)
Ikan bilis goreng + bawang + cili api
Telur Masin di rebus
Kicap

18 April, 2017

Pau Cendawan yang viral tu

by on April 18, 2017


Pau Cendawan yang viral tu | Sebelum-sebelum ni kan ada viral tentang pau cendawan yang popular tu, time tu beratur orang punya panjang untuk dapatkan pau cendawan tu. So, sori la nieyl time popular dulu tu tak teringin lagi nak merasa, bila dah suam-suam kuku baru lah dapat rasa. hahaha..untuk gigitan yang pertama YES sedapnyaaaa..gigitan yang kedua not bad...gigitan seterusnya hmmm..kenyang...dan no more..cukup hanya sebiji pau cendawan. 

Sedap bagi pengemar sos cendawan dalam pau tu, for nieyl dia sedap tapi tak boleh makan lebih dari sebiji sebab muak sikit..cukup hanya sebiji buat rasa... Ini tak lama lagi nak masuk bulan ramadhan dekat bazaar nanti mesti ada jual lagi kan...Alhamdulillah..dapat rasa sebelum ramadhan..Kalau tak,kena beratur panjang... :)

  

Keranamu Ayam Goreng Mcd

by on April 18, 2017


 Keranamu Ayam Goreng Mcd | Jumaat yang lepas, teman kakak-kakak ni nak pergi makan ayam goreng Mcd kononnya nak pergi area Presint 2 tu. Dah parking kereta semua, pergi tanya "ayam goreng mcd habis" punah harapan. Terus start kereta pergi Alamanda, for sure lah ada, Alhamdulillah tercapai juga hajat dieorang nak makan ayam goreng mcd yang pedas tu.



Lunch date nieyl jumaat lepas, Faz,kak mona dan kak naz..Nanti kita keluar lagi ya..pergi makan ice cream pulak dekat IOI Mall 😚
  

Kopi Pertama Tanpa Warna

by on April 18, 2017


Kopi Pertama Tanpa Warna | Terpinga-pinga juga bila baca tajuk kopi tanpa warna ini sebabnya setahunya kopi mesti ada warna kan yang selalu kita minum. Di UK ada dua beradik ni telah berjaya menghasilkan air kopi yang dipanggil sebagai Clear Coffee yang sekali pandang memang kita akan nampak seperti air kosong.

Air kopi tanpa warna ini di hasilkan daripada biji kopi Arabica yang berkualiti tinggi dengan cara yang tidak pernah digunakan sebelum ini. Menggunakan label CLR CFF, ia menjadi kopi tanpa warna yang pertama di dunia. Mesti ramai yang teruja nak mencuba kan..

Kopi keluaran mereka adik beradik ini memiliki rasa kopi yang segar, aroma yang sangat tajam dan tanpa bahan pengawet, pemanis dan juga campuran bahan lain.





Harga 2 botol Clear Coffee ini adalah RM33.00 200ml atau $5.99 .Di petik dari laman Cosmopolitan.

 

17 April, 2017

Fast and Furious 8- Film Review

by on April 17, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Fast and Furious 8- Film Review | Kalau siapa yang peminat filem The Fast and Furious yang pertama lagi mesti tidak akan lepaskan peluang untuk menonton Fast and Furious 8. Mesti nak tahu macam mana perjalanan plot cerita filem ke-8 ini tanpa Paul Walker (Brian). Sejak Offical trailer di tayangkan lagi, memang dah teruja nak tengok apa yang terjadi selepas Brian tiada lagi dalam team, kenapa Dom boleh berpaling padah kepada kawan-kawan dia.





Review by Nieyl

  • Fast & Furious 8 kali ini dibawah arahan F. Gary Gray dan masih diterajui oleh Vin Diesel (Dominic Torreto), Dwayne Johnson (Luke Hobbs), Jason Statham (Deckard Shaw), Michelle Rodriguez (Letty Ortiz), Tyrese Gibson (Roman Pearce), Chris "Ludacris" Bridges (Tej Parker) dan Nathalie Emmanuel (Ramsey)
  • Permulaan cerita,dimana perlumbaan lumba kereta antara Dom dengan pemilik kereta yang dikatakan antara yang paling laju di Cuba telah mengubat kerinduan peminat filem ini yang mahukan perlumbaan kereta dikembalikan dalam Fast &Furious...dan Dom memenangi perlumbaan itu, tapi cara nak menang tu memang sangat AWESOME!
  • Salah satu scene yang boleh dikatakan best, adalah scene dimana bilik penjara Hobbs berhadapan dengan bilik penjara Shaw. Memang lawak sebab watak shaw dalam Fast and Furious 8 ini lebih fun. Nanti korang tengok yaa..
  • Sebelum-sebelum ini pun watak Roman adalah seorang lelaki yang banyak mulut, funny dan kali ini Roman memberi idea yang sangat berguna untuk team dia..apakah idea dia tu?
  • Mengapa agaknya Mr. Nobody meminta bantuan Shaw untuk menyertai misi untuk membantu menentang Chipher dan Dom sedangkan semua orang tahu yang Shaw ini adalah seorang penjenayah ?
  • "Zombie Car" menyerang dalam bandar New York tu memang gempak, tergamam sekejap disebabkan terlalu banyak sangat kereta sekali keluar dalam satu masa...
  • Antara scene yang terbaik dalam filem ini adalah kapal selam mengejar sekumpulan kereta...ha..nampak macam tak logik je kan..tapi scene tu memang terbaik.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟 untuk filem Fast and Furious 8

Kepada korang yang masih belum menonton filem ini, pergilah menonton ianya sebuah filem yang berbaloi pun kalau pergi. Terlalu yang krisis, aksi yang mendebarkan sepanjang menonton di pawagan. Cuma kalau ada watak Brian tu mungkin lebih best, lebih menarik. tapi keseluruhannya memang TERBAIK!
Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Happy Anniversary ke 5

by on April 17, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Happy Anniversary ke 5 | Syukur Alhamdulillah,tahun 2017 adalah genap usia perkahwinan 5 tahun. Jujur kata memang tak percaya lah mungkin sebab masih mood honeymoon uolls..hihihi.. Terima kasih Ya Allah berikan suami yang sangat menyayangiku, ibu mertua yang memahamiku. Moga hubungan ikatan perkahwinan ini akan kekal hingga ke Jannah..InsyaÁllah Ameen..




Saje beli kek sepotong sahaja, sebab celebrate pun berdua je..InsyaÁllah hujung bulan nanti akan celebrate potong kek lagi bersama family mertua. 😃 


Malam anniversary tu, pergi dating tengok filem Fast and Furious 8. Nak tahu best atau tidak nanti nieyl share dalam entry lain okay... ok bye nak sambung buat kerja 😏
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

14 April, 2017

Ayah - Edry & Azmi (LIRIK)

by on April 14, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ayah - Edry & Azmi (LIRIK) | First time dengar lagu ini, terbayang wajah arwah ayah mertua nieyl yang telah kembali kepada pencipta-Nya. Walaupun sempat menjadi menantu selama 2 tahun, perhatian dan kasih sayang itu tetap dapat di rasainnya..Al Fatihah untuk arwah ayah mertua nieyl.

Kepada yang masih ada ayah, mari kita sama-sama menghargai mereka dan lakukan apa sahaja yang boleh mengembirakan hatinya, sayangi mereka sama seperti kita menghargai pengorbanan seorang ibu. 



Lirik lagu Ayah: Edry & Azmi

Ayah
Namamu dalam hembusan
Setiap tadahan doa
Kumemohon kau dirahmati-Nya
Diiringi al-Fatihah

Ayah
Sejak kau pulang kembali
Mataku tak pernah kering
Dalam mimpi sering kaumenjelma
Rasa rindu tak terhingga

Sebesar mana cintaku rasa
Tapi Ilahi lebih menyayangi
Namun kuredha kerana berbangga
Dikurnia menjadi anakmu

Ayah Ayah..
Tenanglah di sana
Ayah Ayah...
ketemu di syurga

Ayah
Pergimu bagai menebuk
Kelohongan dalam hidup
Akan kubekal kasih yang ada
Untuk dakapan di sana

Sebesar mana cintaku rasa
Tapi Ilahi lebih menyayangi
Namun kuredha kerana berbangga
Dikurnia menjadi anakmu

Ayah Ayah..
Tenanglah di sana
Ayah Ayah...
ketemu di syurga

Ayah Ayah..
Tenanglah di sana
Ayah Ayah...
ketemu di syurga

Namun kuredha kerana berbangga
Dikurnia menjadi anakmu

Ayah.....


 Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

13 April, 2017

SET SLIMMING BAJET

by on April 13, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Assalamualaikum haii gorgeous semua!!!.. Jeng..jeng..jeng!!haaa perkenalkan SET SLIMMING BAJET yang terdiri drpd suppelemen LECITHIN dan ALFAFA COMPLEX! 

So, hari ini nak offer 5 Set Slimming dengan harga yang super best dekat korang yang sedang usaha mengurangkan berat badan dengan senaman, meh try juga ambil set slimming ini untuk membantu proses turun berat badan lebih berjaya yang penting! secara SIHAT. 

Rata-rata pengguna yang mengamalkan SET SLIMMING BAJET ini berpuas hati dengan keberkesanannya!! Jom kita baca fungsi SET SLIMMING BAJET ini: 

🌸membantu masalah penghadaman dan pencernaan 
🌸mencuci usus 
🌸mencuci buah pinggang dan rawat kencing kotor 
🌸meneutralkan asid dalam badan 
🌸melegakan sembelit 
🌸bertindak sebagai pelarut untuk kolestrol 
🌸membantu mencegah pelbagai penyakit 
🌸membantu membakar lemak berlebihan dengan senaman yang bersesuaian 
🌸membantu penyerapan zat2 yang baik 
🌸membantu merawat masalah insomnia 
🌸membantu menurunkan berat badan dengan pecahkan lemak 

Ini bukan cakap kosong tau, nieyl sendiri pun amalkan nyaaa :)

Berminat nak dapatkan produk best drpd Shaklee? Mudah sangat. Whatsapp Nieyl 017-3583792.



  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Harga Minyak: 12 - 19 April 2017

by on April 13, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Perkara yang wajib di ambil tahu pada setiap hari Rabu adalah harga minyak semasa. Actually, sekarang ini dah boleh dikatakan redha jela kalau harga minyak minggu ini naik, minggu depan naik lagi atau turun. Sebab naik atau turun kereta tetap kena isi minyak juga untuk bergerak ke tempat kerja. :)

     Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Anda Stres?

by on April 13, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Anda Stres? | Alhamdulillah, hari ini dah masuk minggu ke-3 nieyl naik tangga dari aras lobi ke tingkat 6. Walaupun tercungap-cungap, tapi ianya sangat membantu dalam menjaga kesihatan disamping dapat mengurangkan berat badan. Ok bukan itu sebenarnya yang nak di share kan. 

Jujur kata masa mula-mula niat di hati nak naik tangga dari tingkat lobi ke tingkat 6, memang perasaan stres itu wujud sebab kita dah bertahun naik lif, tiba hari tu nak start naik tangga. Macam-macam cara dah di buat supaya tidak stres bila naik tangga tu termasuklah bernyanyi..hihihi.. 



Sampai lah pagi semalam masa naik tangga, ternampak sign board ini sambil baca sebab selama ni naik tangga menonong je naik ,so pagi tadi terbaca amalkan 10B supaya tidak lagi stres..Apa dia 10B tu?
  1. Bertenang
  2. Bernafas dengan dalam
  3. Berkata,relakslah...
  4. Beribadat
  5. Bercakap dengan seseorang
  6. Berurut
  7. Berehat dan mendengar muzik
  8. Beriadah 
  9. Bersenam
  10. Berfikiran Positif


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png