Review Filem J Revolusi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Review Filem J Revolusi |  Sabtu lepas nieyl berkesempatan pergi menonton wayang filem J Revolusi yang sememangnya nieyl nak pergi tengok yang awal la..tak nak tengok di hari-hari terakhir di pawangan..

Sinopsis
Mengisahkan tentang Jay Zulkarnain yang merupakan seorang ketua pegawai Unit Tindakan Khas (UTK). Pasukannya begitu digeruni penjenayah kerana kepakaran mereka berdepan musuh. Konflik bermula apabila adik Jay, Dian (Nur Fazura) yang juga seorang ejen ditangkap oleh pengganas misteri. Dalam misi menyelamat adiknya itu, Jay terperangkap dan . Tercetuslah pelbagai konflik dan insiden dalam menyelamatkan adiknya.

Review
Selain filem KL Gangster 1 & 2, Polis EVO, J Revolusi merupakan satu lagi filem melayu yang tidak mengecewakan. Serius!memang puas hati pergi menonton.

Filem ini memberitahu pengajaran yang sangat jelas iaitu manusia tidak sempurna dari semua segi dalam kehidupannya. Seperti watak Jay atau Judo yang dipegang oleh Zul Arifin, dia merupakan seorang anggota UTK yang sentiasa berjaya dalam memenangani musuh namun dipengakhirannya dia gagal dalam misinya dan mengorbakan seluruh pasukannya. 

Dan permulaan filem ini sangat mendebarkan dimana, dia membawa kita ke misi UTK dalam memberkas musuh, dan ada juga adegan bom meletop yang sangat WoW!Bila tengok filem ini hanya satu yang bermain di fikiran nieyl, adik nieyl..

Filem aksi ini juga best pada nieyl sebab dia tidak melibatkan babak cinta 100%, kalau ada pun mungkin 2% sahaja. Sebab itu nieyl suka filem aksi seperti ini. Dan tidak lupa juga dalam filem ini juga ada sedikit unsur komedi yang dijayakan oleh Azad Jazmin. Jadi sepanjang menonton filem ini adalah juga lah dengar orang ketawa,tidak lah serius je...good!

Harapan
Kepada mereka yang suka filem aksi, pergilah tengok filem J Revolusi ini sememangnya antara filem yang boleh dibanggakan. Sokonglah industri filem Malaysia..semoga filem ini mendapat box office, sebab dengar kata 3 hari tayangan dah dapat 1.4 Juta. Itu satu permulaan yang baik..  #jrevolusi 

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

8 comments:

  1. belum berkesempatan lagi nak g tgk..hahahah

    ReplyDelete
  2. Best filem ni! Dah dapat kutipan 1.4 juta kan. Hebat!! 😊👍

    ReplyDelete
  3. Macam best je bila baca review Nieyl nie..

    ReplyDelete
  4. wah..macam best je cerita ni. kena curi-curi masa pergi tengok wayang ni. hehehe

    ReplyDelete
  5. Dengar dah berjaya kutip 2 juta dalam tempoh 3 hari ni .. akak nak pegi tengok lah

    ReplyDelete
  6. ingat dalam citer ni zul ngan fazura bercinta...adik-beradik rupanya

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...