17 March, 2017

Result SPM 2016

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Result SPM 2016 | Setelah beberapa bulan menanti keputusan SPM 2016, semalam hari yang dinanti telah tiba. Dua orang anak buah nieyl masing-masing semalam pergi ke sekolah masing-masing untuk ambil keputusan SPM. Seorang bersekolah berasrama penuh dan seorang lagi sekolah harian biasa.

Semalam pukul12 tgh hari makcik dieorang ni dah sibuk call, nak tanya result masing-masing. Tapi itulah kalau dah namanya sepupu, membesar bersama..result pun sama juga.. Alhamdulillah, masing-masing memperolehi 3A..Yang A Nabila (BM,Math,Agama) dan Hafizuddin A (Math,Sains,Akaun) .

Masing-masing masih lagi belum buat keputusan nak mohon UPU ambil jurusan apa, masih lagi berfikir-fikir. Sementara tu dieorang masih lagi kerja part time sementara nak tunggu panggilan ke U nanti..InsyaÁllah...

Tahun 2017 pula 3 orang anak buah nieyl akan menduduki peperiksaan UPSR...huhuhu...Harapnya masing-masing berjaya dalam semua peperiksaan..makin besar dah anak-anak buah nieyl...

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

3 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)