Lazada Birthday Blogger Contest

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Happy Birthday Lazada ke-5 | Sama pula bulan birthday lazada nie dengan nieyl. Teruja pula rasanya nak join manalah tahu kot-kot nanti boleh menang dapat hadiah sempena birthday yang ke-29 tahun ni..hehehehe..Macam mana join?ala...mudah je korang boleh klik SINI untuk join ok! Walaupun selalu dah join contest, masih belum ada rezeki nak menang,tapi tak apa..mana tahu rezeki nieyl ke ataupun korang ke kan..hadiah dia pun best-best tau...Jom join sebelum tu kena jawab beberapa soalan yang wajib dijawab..

1.What do you love about Lazada Malaysia?

Kalau tanya nieyl apa yang nieyl paling suka shopping dengan Lazada ni banyak sebabnya antaranya adalah harga barangan yang ditawarkan adalah lebih murah dari harga barangan yang kita beli di luar dan selalu buat sale yang GEMPAK! Dan yang keduanya adalah service penghantaran yang cekap,pantas dan selamat depan pintu. Dan yang paling bagus sekali adalah sebelum nieyl beli barang, Lazada akan paparkan jangkaan tarikh barang sampai. Jadi,sebelum beli tu kita boleh bajet hari apa barang kita akan sampai.

Di Lazada ni semua keperluan dan kehendak manusia ada dijual la, part yang paling nieyl suka adalah shopping perkakas dapur dan kelengkapan rumah. Kalau sebelum ini nak beli perkakas dapur 1 kena start enjin kereta, redah jem, keluarkan duit tol lagi, tapi dengan lazada semua itu tidak perlu lagi hanya klik-klik, pilih dan tunggu barang sampai depan pintu. Jimat masa dan tenaga kita dan tidak perlu lagi nak pujuk en.husband teman pergi shopping sebab segalanya boleh di lakukan di mana sahaja.

Kalau tanya sesiapa pun lah, jawapan pasti sama dengan nieyl. Lazada menawarkan cara pembayaran yang sangat fleksibel.Korang boleh guna debit ataupun cash on delivery. Cuma tidak semua barang yang boleh kita bayar secara COD..tapi korang jangan risau,setiap barang yang kita nak beli tu Lazada telah menerangkan semuanya dengan jelas. 


2. Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products)

Disebabkan semakin hari semakin barang baju dalam wardrobe dekat rumah tu sampai nak termuntah, so benda pertama yang bermain di fikiran adalah wardbrode alangkah bagusnya kalau dapat wardrobe baru. Jadi, wardrobe adalah pilihan yang tersangat penting dalam hidup nieyl sekarang ini.


1. Corner Wardrobe Solano


2. Samsung Galaxy J7 Prime Pink 

Item kedua yang nieyl nak sangat adalah handphone baru, sebab sekarang ini nieyl memang memerlukan handphone baru ini kerana handphone lama nieyl dah uzur, asyik heng je..rasa sangat stress, lagipun nieyl suka ambil gambar makanan, selfie dan ia memerlukan handphone yang baru dan pantas untuk memudahkan segala urusan harian nieyl berjalan dengan lancar dan baik.


3. Evonne Red 2 Seater Classic Sofa

Rumah nieyl sememangnya tiada sofa, sebab husband tak suka habuk so,nieyl pula jenis yang suka sofa kalau nak beli memang dia tak kan bagi, tapi kalau orang bagi free dia tak boleh nak cakap apa lah kan.Kena terima sahaja la, tapi nieyl memang berkenan dengan sofa nie, dengan warnanya yang classic dan cantik lain dari yang lain.


3.How do you think Lazada Malaysia can improve?

Seharian memikirkan apa yang boleh membantu Lazada untuk tingkatkan service, yang pertamanya mungkin barang yang tiada lagi dalam stok boleh dikeluarkan dari paparan umum supaya pengguna tidak perlu lagi klik-klik untuk melihat barangan tersebut.

Yang keduanya umum tahu bilangan pelanggan Lazada saban hari meningkat dan setiap hari akan ada sahaja pengguna yang akan membeli barangan di Lazada, why not sekiranya Lazada menghargai setiap pelanggan dengan memberi hadiah tanpa terima kasih kepada pelanggan yang setia pada hari jadi mereka, maksud saya bukan dalam bentuk diskaun mungkinnya dalam bentuk 1 barangan. (pemilihan mungkin boleh diukur melalui pembelian di lazada lebih dari 10x setahun). Jika bagi code diskaun adakalanya pelanggan tidak sempat atau tiada apa barang yang hendak di beli pada tempoh code diskaun masih sah.

4. What is your birthday wish to Lazada Malaysia?

Happy Birthday Lazada Malaysia yang ke-5, bukan mudah untuk menjadi sebuah Laman Shopping Online yang sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia, semoga dengan kesusahan dan kepayahan selama ini mampu memberikan semangat baru Lazada Malaysia untuk terus berikan yang terbaik kepada semua pelanggan baru ataupun lama. Terus mencipta idea-idea baru untuk menarik minat pelanggan untuk terus shopping online di Lazada.. Dan akhir sekali, teruskan beri DISKAUN atau buat SALE yang BEST-BEST...LOVE U LAZADA.....

Ok done!
kalau korang pun nak join macam nieyl cepat klik SINI...
Mesti idea korang lagi gempak....dan bila dah up entry...jangan lupa submit okay...
Emelkan ke contest@lazada.com.my
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

8 comments:

  1. Wahhhh nieyl. Classic sofa tu memang nampak cantik lah! Good luck! Saya pon join juga contest ni hehe harap ada rezeki.

    ReplyDelete
  2. Nak sofa for raya pleaseeeee. Hii. Good luck Nieyl :)

    ReplyDelete
  3. nieyl. berkenan aida dgn wardrobe solano tu.
    trus nak klik kat lazada ni :)
    tq for sharing... memang mencari.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...