FESTIVAL MAKANAN ANTARABANGSA PUTRAJAYA 2017 | THAI FOOD

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Hai korang...

Semalam nieyl pergi festival makanan antarabangsa putrajaya yang sedang berlangsung, sebenarnya festival ini bermula pada 27 Feb dan akan berakhir hari ini 8 Mac 2017 jam 11pm. Sebelum ini memang lalu sahaja, tiada plan untuk berhenti pun sebabnya susah parking dan ramai orang. Tapi nak dijadikan rezeki, semalam follow juga kakak office pergi beli makanan untuk lunch.

Sebelum nieyl pergi tu, dah survey dah apa yang nak dibeli dekat sana ikut kawan recommend yang dah beli dan rasa. Cuma kalau korang  ke sini, sila   beli dengan kesabaran yang tinggi tau, sebab jika makanan tu sedap for sure ramai orang beratur,jadi memang beratur panjang untuk membeli. Semalam pun rehat 1 jam, beratur je dah 30 minit..


Kalau sembang pasal makanan thai ni, terbayang kerabu maggi dan somtam kan,dua benda ni memang sangat famous dekat Thai. Cuma kali ni nieyl nak try ais krim kelapa muda thai yang sangat menarik dari segi warna dia. Selalu nampak pulut warna kuning,tapi yang ini dia buat warna hijau nampak menyerlah di situ.


Aiskrim ni memang sedap, dalam tu ada aiskrim kelapa,isi kelapa,jagung,pulut,susu cair dan sedikit air kepala muda dan nata de coco..memang terbaik minum time panas terik.


Yang keduanya, gigih beratur panjang lebih dari 20minit semata-mata nak beli dan rasa kerabu maggi yang dikatakan sedap sangat tu.Kedai ni menjual pelbagai jenis kerabu. 


Ok,kerabu maggi ni dia rasa pedas-pedas dan masam-masam sikit cuma nieyl request taknak letak cuka banyak sangat sebab nanti masak sangat tak boleh nak makan pula. So,just nice la rasa dia. Boleh recommend laa..oh ya,dia ada campur seafood sikit.


Kepada yg berdekatan dengan putrajaya tu rasanya masih sempat kalau nak pergi hari ini sebab kedai akan tutup jam 11 malam..so,boleh pergi lagi okay... 


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

6 comments:

  1. Halaaa jeles niii..sebab awak dekat kat sana..jeles ni jeles tauuuuu kita jauh!

    ReplyDelete
  2. kt kelantan panggil festival thai..:)

    ReplyDelete
  3. alamak terliur dah bab makan makan nieyh hakhak!

    ReplyDelete
  4. tak nak pi dah ... dah la mahal tak sedap hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...