Cendawan Jarum Emas

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Cendawan Jarum Emas |  Rasanya kalau korang tengok gambar cendawan tu, mesti korang selalu nampak kan. Nama dia cendawan Jarum Emas atau Golden Mushroom, ini salah satu fav cendawan yang nieyl suka selain cendawan butang. Selalunya kalau makan steamboat, dia ada dalam salah satu menu dalam tu, so..kalau yang suka memang akan menjadi pemangkin semangat untuk makan la..

Cendawan adalah sejenis hidupan semula jadi yang sangat popular dan ada pelbagai jenis cendawan yang boleh di perolehi di pasaran seperti cendawan butang,cendawan tiram dan lain-lain lagi. Pengambilan cendawan adalah sangat bagus untuk kesihatan, ha..kepada yang nak kuruskan badan boleh lah rajin-rajin makan cendawan sebab cendawan ni rendah kalori tapi membekalkan tenaga. So, korang boleh makan semua jenis cendawan yang ada dipasaran. 

Selain itu cendawan juga mempunyai kandungan vitamin B, asid pantothenic, ribiflavin,niasin, selenium, beta glucan dan antioksidan ianya bergantung pada cendawan jenis apa yang kita makan. 

Kalau nieyl lebih suka kepada cendawan jarum emas ini. Cendawan jenis ini boleh meningkatkan sistem imun badan, menghalang jangkitan kulat dan yang bagusnya ianya bertindak sebagai antiradang, meningkatkan aktiviti perlindungan sel serta mampu menghalang kerosakkan DNA dalam sel tubuh badan kita.

Jadi,mulai hari ini yang mana tidak suka makan cendawan tu, moh ler belajar-belajar makan ya banyak khasiat yang kita boleh perolehi dari cendawan ni. Dahlah bebas kolesterol,rendah kalori dan boleh jadikan ianya salah satu makanan tambahan dalam rutin pemakanan kita..
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

6 comments:

  1. Assalammualaikum. Jemput join sis http://akhalilah.blogspot.my/2017/03/mystery-contest-by-butik-julita-anje.html?m=1

    ReplyDelete
  2. Tak pernah lgi ccl mkn cendawan macam ni..ada jual kat pasaraya ke

    ReplyDelete
  3. Saya suka cendawan tapi cendawan ni belum pernah makan. Kat mana boleh beli ni.

    ReplyDelete
  4. Suka jugak makan cendawan. Sy suke shitake mushroom! :D

    ReplyDelete
  5. Pernah tengok, tapi belom pernah beli n makan..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...