Cendawan Jarum Emas

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Cendawan Jarum Emas |  Rasanya kalau korang tengok gambar cendawan tu, mesti korang selalu nampak kan. Nama dia cendawan Jarum Emas atau Golden Mushroom, ini salah satu fav cendawan yang nieyl suka selain cendawan butang. Selalunya kalau makan steamboat, dia ada dalam salah satu menu dalam tu, so..kalau yang suka memang akan menjadi pemangkin semangat untuk makan la..

Cendawan adalah sejenis hidupan semula jadi yang sangat popular dan ada pelbagai jenis cendawan yang boleh di perolehi di pasaran seperti cendawan butang,cendawan tiram dan lain-lain lagi. Pengambilan cendawan adalah sangat bagus untuk kesihatan, ha..kepada yang nak kuruskan badan boleh lah rajin-rajin makan cendawan sebab cendawan ni rendah kalori tapi membekalkan tenaga. So, korang boleh makan semua jenis cendawan yang ada dipasaran. 

Selain itu cendawan juga mempunyai kandungan vitamin B, asid pantothenic, ribiflavin,niasin, selenium, beta glucan dan antioksidan ianya bergantung pada cendawan jenis apa yang kita makan. 

Kalau nieyl lebih suka kepada cendawan jarum emas ini. Cendawan jenis ini boleh meningkatkan sistem imun badan, menghalang jangkitan kulat dan yang bagusnya ianya bertindak sebagai antiradang, meningkatkan aktiviti perlindungan sel serta mampu menghalang kerosakkan DNA dalam sel tubuh badan kita.

Jadi,mulai hari ini yang mana tidak suka makan cendawan tu, moh ler belajar-belajar makan ya banyak khasiat yang kita boleh perolehi dari cendawan ni. Dahlah bebas kolesterol,rendah kalori dan boleh jadikan ianya salah satu makanan tambahan dalam rutin pemakanan kita..
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png
Continue Reading…

Cara Nieyl Turun Berat Badan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Cara Nieyl Turun Berat Badan | Ada orang tanya soalan, selalu masak sedap-sedap macam mana berat boleh turun. Actually, memasak adalah satu rutin harian nieyl untuk pastikan perut en.husband dan mak ayah kenyang setiap hari. Tipu kalau kata kita masak ,kita tak rasa nak makan kan..pasti ada walaupun secubit. So, ada masanya nieyl akan balik rumah cepat..terus masak nasi dan lauk semua kalau dlm pukul 6 tu semua dah siap, nieyl akan terus makan dulu..jadi,malam tak perlu lagi nak makan. Tapi tak boleh buat selalu la,kesian dekat en.husband makan sorang-sorang..


Hari selasa yang lepas genap sebulan nieyl amalkan pemakanan yang sihat dan bersenam sikit-sikit dan amalkan supplement..So,inilah hasilnya daripada berat 85kg now turun 5.2kg dalam masa sebulan. Alhamdulillah.. (tak malupun bagitahu berat sebenar) 




Nak bagitahu, pengambilan air kosong setiap hari sangat penting untuk tahap kesihatan kita tau, sejujurnya nieyl sepanjang hari hanya minum air kosong sahaja no air manis. Sebab makanan yang nieyl makanan sudah cukup glukosanya. Sehari nieyl akan minum lebih kurang 2 liter air kosong macam tu..Kalau air berlebihan pun tak elok untuk kesihatan. Dekat bawah ni ada cara nak kira berapa liter air yang kita kena minum sehari.

Weight in kilogram/30 = _______ liters (jumlah air min yg diperlukan)


Sekarang nie setiap pagi akan naik dari lobi ke tingkat 6, wah untuk first day..memang sangat mencabar, penat, semput, mengah dan tercungap-cungap rasanya. Nieyl buat sehari 2x, waktu pagi jam 7.15 pagi dan selepas lunch dalam pukul3. Nasib baiklah opis nieyl tingkat 6 je..klu tingkat 12.. cepatlah nieyl kurus..hihihi...


Yang paling penting dalam usaha menurunkan berat badan ini adalah supplement yang membantu proses turun berat badan berjalan dengan lancar. Rasanya dah banyak kali nieyl share tentang lecithin nie, ianya sangat bagus untuk mereka yang ingin turunkan berat badan dengan bajet mampu milik. Lecithin ini banyak bantu nieyl kurangkan inci di bahagian perut, dada dan lengan. InsyaÁllah ada rezeki nanti nieyl akan + dengan omega guard untuk membantu pembakaran lemak dengan lebih cepat dan selamat. Sehari nieyl akan ambil 6 biji,selepas makan lunch dan dinner.. :) Tapi jiwa kena kental dan kena konsisten.


Ini pula gambar nieyl yang terbaru, sangat happy pagi tadi bila baju yang dah 2 tahun tersimpan dalam almari, kini boleh disarung dengan tiada sebarang masalah ataupun ketat di mana-mana bahagian..yeayyy...kalau korang nak turun berat badan, kena usaha, bersenam walaupun sedikit dan makan makanan yang berkhasiat.

Kalau nak dapatkan set slimming shaklee...boleh contact nieyl di media sosial...Jom sama-sama kita usaha..Untuk menjadi lebih sihat...

Moga memberi sedikit semangat dan cara turun berat badan..lain orang lain caranya..♥
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png
Continue Reading…

Minggu Manisan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Minggu Manisan | Nieyl memang jarang minum air manis kecuali kalau pergi makan di restoran ataupun kedai. Jadi,air kosong adalah bestfriends yang sentiasa ada bersama. Last week 2 hari berturut-turut nieyl makan manis tau..


Kek birthday anak buah nieyl yang ke-12 , helloo indulgence secret recipe tu..aduhaii..memang mencabar nafsu makan ku..hihihi..


Hari berikutnya, dapat pula Cheese tart..yang ini maaf nieyl memang tak boleh nak tolak sebab salah satu fav nieyl ni weh..rugi kalau tak makan...sedaaaaappppp sangatttttt.... nieyl makan dengan husband..dia pun suka juga..

Bila dah makan benda-benda manis ini,meh kita tengok 10 gejala Diabetes, ada atau tidak salah satu atau lebih dari gejala di bawah ini yang ada pada kita. Kalau ada, please..kurangkan gula dalam pemakanan korang..Bahaya..

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png
Continue Reading…

Kenny Rogers Roasters Buy 1 Free 1

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Here's another treat for you! ^_^
Flash this e-Voucher and enjoy buy 1 FREE 1 RED Hot Meal!
Valid from 30 & 31 March 2017. (2 days only)

*Terms & Conditions Apply.


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png
Continue Reading…

Crooked House Di Poland

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Crooked House Di Poland | Bila nampak gambar bangunan ni, dalam minda dah terdetik dah ala ini mesti photoshop ni, mana ada bangunan real macam ni. Tapi sebenarnya memeng betul dan real bangunan ini memang di reka sebegitu rupa. Wow!memang unik okay..


Bangunan ini di reka untuk memberi tanda penghargaan kepada seorang ilustrator buku kanak-kanak kerana telah menghasilkan buku yang sangat memberi kesan. Bangunan ini terletak di Sopot,Poland


Rekaan bangunan ini telah menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia kerana keunikan rekaannya. Bangunan ini merupakan pusat beli - belah yang terkenal di Sopot,Poland. Kalau kita tengok dari luaran memang anek kan nampak seperti tidak stabil,tapi bahagian dalamnya dibina normal.
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png
Continue Reading…

Lunch date with my kakak

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Lunch date with my kakak | Dalam dunia ni nieyl hanya ada 3 orang kakak yang sama mak dan ayah. Sekarang tinggal 2 sahaja sebab arwah kakak sulung nieyl telah pergi mengadap Ilahi pada tahun 2007. Alhamdulillah kakak-kakak yang tinggal ni kami very close each other. Walaupun perbezaan nieyl dengan kakak-kakak sangat jauh. 

Last week nieyl ambil cuti hari jumaat sebab kakak nieyl yang sorang nie minta ajar dia drive, actually dia dah lama dah ada lesen kereta dan moto. Cuma dia lebih kepada menunggang motosikal sebab mudahkan dia pergi kerja, pergi pasar dan tempat-tempat lain. So,sekarang dia nak belajar semula drive kereta.Alhamdulillah...setakat ini ada kemajuan dah drive cuma jalan raya yang sesak belum berani lagi..


Jumaat lepas, sempat bawa kakak pergi lunch dekat Secret Recipe sambil sembang-sembang adik beradik. Pastu bila kek sampai, terkejut kakak..sebab ada tulis happy birthday, birthday kakak sama bulan dengan nieyl. Walaupun dia jenis tak makan kek, bila adik dia belanja kek,habis kakak makan..hihihi...dan nieyl pun habiskan makanan yang kakak belanja tu..hihihihi... 
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png
Continue Reading…

Sakit lutut?rawat dengan halia

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Sakit lutut?rawat dengan halia |  Bila bercakap tentang sakit sendi , ianya kini bukan satu penyakit yang boleh dianggap remeh ya. Fakta menunjukkan bahawa bukan sahaja orang dewasa sahaja yang mengalami penyakit sakit sendi, golongan kanak-kanak juga mengidap masalah sakit sendi ini.


Salah satu bahan semula jadi yang sinonim dengan penyakit sendi ini adalah halia. Selalunya halia ini kita buat masakan ataupun sapuan untuk luaran sebab dia panas-panas halia kan. Sebenarnya halia ini telah digunakan sejak beribu tahun dalam perubatan China.


Ada 2 cara yang kita boleh buat sendiri di rumah untuk melegakan kesakitan akibat sakit sendi. Selalunya halia sentiasa ada di rumah kan..so, kita boleh amalkan cara-cara ini di rumah ok..

Sebagai minyak urut halia
Minyak essential halia mengandungi kesan anti-radang yang melegakan kesakitan sendi.
  1. Ambil 2 sudu minyak zaitun dara dan masukkan dalam mangkuk. Panaskan dalam microwave dalam 2-3 minit
  2. Titiskan 3-4 titik minyak essential halia ke dalamnya
  3. Sapu bahaguan lutut atau sendi yang sakit tu 2x sehari

Sebagai pes halia
Halia juga boleh dijadikan pes dan sapukan pada lutut atau sendi yang sakit 
  1. Masukkan 1 sudu serbuk halia ke dalam mangkuk
  2. Tambahkan sedikit minyak zaitun,campurkan dan biarkan ianya menjadi pes
  3. Sapu pada lutut yg sakit dan cuci selepas beberapa jam.

Wah!sekarang korang dah tidak perlu nak risau dah...halia dekat rumah tu bukan untuk masak sahaja.

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png
Continue Reading…

Souvenir from Krabi Thailand

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Souvenir from Krabi Thailand | Last week baru je story pasal dapat souvenir dari Japan, kali ini nieyl dapat lagi souvenir dari Krabi Thailand dari kawan-kawan office yang holiday dekat sana last week. Biasanya fridge Magnet antara souvenir yang menjadi pilihan mereka yang pergi holiday ke Oversea selain tu keychain pun selalu juga nieyl dapat.. TQ kawan-kawan semua...
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png












Continue Reading…

If You Can't be a pencil

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Good Morning..:)
happy working...
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png
Continue Reading…

Lazada Malaysia Big Baby Fair

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Selamat Petang!Nieyl nak share keceriaan dan keseronokan bersama bakal ibu atau ibu bapa yang mempunyai baby iaitu "BIG BABY FAIR LAZADA"..yeayyy!mesti korang suka kan. Kempen ini akan bermula pada 29 Mac sehingga 2 April 2017. Korang boleh menikmati tawaran yang istimewa dengan harga yang cukup-cukup best. Confirm korang shopping dengan hati yang sangat gembira!


Kalau Korang nak tahu, sempena kempen "Lazada Big Baby Fair" ini  ibu bapa dan bakal ibu berpeluang menikmati diskaun lebih 85% untuk pelbagai barangan seperti  lampin, baju  kanak-kanak serta kelengkapan bayi. Yang lagi bestnya pelbagai jenama terkemuka yang korang boleh dapatkan sepanjang kempen ini. Antaranya jenama tersebut ialah  Mamypoko, Huggies, Nestle, Sweet Cherry, Pediasure, Goo.N, Wyeth, Anakku dan banyak lagi.Wah!tak sabarnya...

Ok yang keduanya nak bagitahu geng-geng blogger yang lain, kalau free meh la join sekali dengan nieyl contest Lazada Malaysia Big Baby Fair . Klik SINI untuk join okay... Seperti biasa jangan lupa menjawab 3 soalan wajib ok..

1. What favourite brand of diapers for your baby (or future baby)?
Merries - Design dan rupa - pembungkusan adalah menarik kerana mudah untuk dibuka melalui bahagian atas manakala lampin adalah sangat lembut dan sangat sesuai untuk baby new born dan ia juga melindungi kulit baby dari melecet.
Huggies - Mempunyai penyerapan yang baik dan besar. Ini bagus untuk mengelakkan kulit bayi menjadi ruam dan melecet .


2.What is your favourite choice of baby formula for your baby (or future baby)?
Sustagen - Susu Sustagen mengandungi Appetit Support Nutrient iaitu segala zat yang diperlukan untuk tumbesaran kanak-kanak. Appetit Support Nutrient adalah satu kombinasi kesemua nutrisi atau zat yang penting seperti Zinc,Iron,Folic Acid,Thiamine dan Bitamin B12.

3.Choose 1 product from Lazada Malaysia you'd like to get for your children (or future children). 
Diapers for 2 my niece and my nephew ..Merries dan Huggies

So,korang jangan lupa okay start 29 Mac- 2 April 2017 "Lazada's Big Baby Fair" dan kepada blogger yang nak join contest big baby fair cepat-cepat bermula 27 Mac -2 April 2017 sahaja... Dan jangan lupa emelkan penyertaan korang di contest@lazada.com.my dengan  subject titled: Lazada Big Baby Fair Blogger Contest..

Good Luck!
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png
Continue Reading…

Kenyang makan tapi tidak gemuk

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Kenyang makan tapi tidak gemuk | Ish..sensitif tau bila sebut perkataan gemuk nie cuba tukar panggil comel, ha..kan sedap sikit, hati kita pun tak sentap okay! Ok hari ini nak share dengan korang yang mana berbadan comel macam nieyl ni, ala kalau yang cantik pun boleh juga amalkan supaya body lebih cantik dan sihat dalam juga ya...

Kalau kita pergi tengok wayang, ada tak yang suka beli popcorn?suka kan..nieyl pun sama juga suka lagi-lagi bila bahagian yang gula tu kan..Ok, sebenarnya popcorn adalah salah satu makanan yang mengenyangkan dan tidak akan buat kita jadi gemuk tapi bukan popcorn yang dah disirah gula tu ya kawan-kawan kalau yang itu nieyl pun nieyl suka, ini popcorn yang kosong tanpa disirah gula. Popcorn mengandungi serat yang tinggi,ianya lebih baik dari kerepek kentang. 


Ada tak yang tak suka makan telur?ehh..ada tau yang tak suka makan telur,bila di tanya kenapa, dia jawab sebab takut kentut busuk..hihihi..Kepada yang tidak tahu, telur sebenarnya mengandungi banyak sangat nutrisi,protein dan 9 asid amino yang penting untuk tubuh badan kita ni. Kalau breakfast telur, adalah bagus sebabnya ianya mengenyangkan berbanding roti.

Kebiasaannya nieyl kalau masak lemak,masak sup atau kari memang salah satu bahan yang nieyl akan masukkan dalam tu adalah ubi kentang. Walaupun ramai yang berpendapat bahawa kentang mempunyai karbohidrat yang tinggi, tapi sebenarnya kentang adalah sangat baik untuk cepat kenyang dan ianya adalah sumber vitamin, serat dan nutrisi yang byk berbanding dengan roti gandum.

Sebilangan orang berpendapat, kalau makan kacang lebih akan naik jerawat..betul ke fakta atau mitos tu? Kekacang seperti kacang merah, kacang hijau dan kacang polong mengandungi kandungan air yang banyak dan ianya akan menjadikan kita cepat kenyang dan mempunyai serat yang tinggi untuk melambatkan proses pelepasan gula ke pembuluh darah. Kekacangan juga sangat baik untuk kesihatan jantung, sistem pencernaan dan mampu kontrol kolestrol  badan kita.

Dan yang terakhir sekali, buah tembikai..ala..klu pergi kenduri mana-mana inilah buah yang sangat popular yang dihidangkan selain dari buah orange kan. Tembikai mengandungi jumlah kalori yang paling rendah. Malah air dan serat yang mampu membuatkan kita rasa kenyang dalam tempoh yang lama. Dan bukan sahaja buah orange ada Vitamin C,tembikai juga kaya dengan vitamin C..

Wah!banyak sebenarnya makanan-makanan yang orang comel boleh makan, kalau nak diet, diet lah dengan sihat.Nikmatilah makanan yang sedap² dengan kuantiti yang berpatutan..So, jom amalkan diet sihat dengan nieyl disamping ambil supplement Shaklee :)

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png
Continue Reading…

Senarai Bloglist Nieyl

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Bloglist Nieyl | Hai semua,salam jumaat dan selamat pagi. Hari ini nieyl cuti yeay..So, pagi ni nieyl just nak share beberapa blog yang wajib nieyl terjah setiap hari..insyaÁllah...tahniah korang, menjadi blog pilihan nieyl sepanjang menjadi blogger ni...Tapi ada beberapa blog yang terpilih ni,nieyl prasan nieyl juga ada dalam bloglist mereka...Tq yaaa ♥



Seperti yang dijanjikan, senarai bloglist nieyl yang baru nieyl dah pun update, tahniah semua..InsyaÁllah nieyl akan cuba untuk mengunjungi blog korang sekerap yang mungkin kalau korang ada update entry baru...Yang tak sempat join segmen bloglist nieyl hari tu,next time nieyl buat lagi okay...

take care korang ♥


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png
Continue Reading…

Thank you Lecithin

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Thank you Lecithin | Tiada apa lagi yang menghappykan hari wanita yang mempunyai berat badan yang lebih sikit ini apabila berat makin turun dan inci pun dah banyak kurang. Macam mana tahu inci kurang? baju lama-lama yang dulunya sendat sekarang dah boleh pakai,longgar lagi..jangan jeles ya..hihihi.. 

Meh nieyl nak share sikit, bukan susah nak amalkan supplement untuk kurus atau slim ni..ingat makan ingatlah supplement ini..So, macam nieyl dekat office nieyl memang akan standby dalam bekas untuk vitamin dan letak atas meja, sebab lunch time kita berada office jadi lepas makan je terus ambil 3 biji lecithin dan telan.. Begitu juga di rumah, nieyl masih juga makan malam untuk teman husband dengan mak makan, tapi lepas makan nieyl akan ambil lagi 3 biji lecithin...mudah je kalau kita nak buat.. Jangan lupa amalkan minum air secukupnya..PENTING!

Harga Mampu Milik.. .
Antara khasiat lecithin.. .
🌺Memecahkan lemak
🌺Meningkatkan kadar metabolisma
🌺Menghalang lemak termendap,utk kesihatan jantung
🌺Membantu otak berfungsi dgn cergas
🌺Mengawal kadar kolesterol
🌺Melegakan sembelit .

Nak beli..
Boleh whatsapp nieyl Okay... 0173583792
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png
Continue Reading…

Secret Recipe 20 Year Anniversary

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Secret Recipe 20 Year Anniversary | Siapa suka makan di Secret Recipe kita geng.. Umum pun dah tahu semalam merupakan Anniversary secret recipe yang ke-20 so, ada promo 2 for RM20 . Jadinya kesempatan yang ada itu jangan disia-sia kan. Gigih tau pergi beratur dan walaupun ada tragedi yang berlaku yang tak best, so..next time please make sure service di pertingkatkan ya..


Sebelum-sebelum ni kalau pergi SR selalunya nieyl akan order TomYum la sebab itu salah sati fav nieyl but semalam nieyl tukar citarasa,kononnya nak try makanan lain pula..


Semalam try makan prawn macaroni cheese,sedap sangat memang kena dengan selera nieyl. Dan dapat kek sorry...ha..itu kek tu dari anak buah nieyl yg kerja di SR, dia say sorry sebab makanan nieyl lewat sampai..dan terpaksa take away..huhuhu...tak apa..maaf diterima :)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png
Continue Reading…

Souvenir from Japan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Souvenir from Japan | Rasa seronok sangat bila dikelilingi dengan orang yang sentiasa ingat dekat kita kan. Kadang-kadang tidak perlu mereka yang bergelar sahabat sahaja yang ingat pada kita, kawan-kawan yang biasa pun sebenarnya ingat dekat kita. Yang paling seronok bila dapat kawan-kawan yang suka travel, kita bukan tak nak ikut atau pergi travel cuma ada perkara yang lebih memerlukan kita. 

Walaupun tidak berpeluang ke oversea lagi, Alhamdulillah selalu dapat souvenir dari kawan-kawan, boss dan kakak-kakak dekat pejabat ini...Kalau ikutkan banyak dah nieyl dapat, cuma kebanyakkannya FM so, dah lekat dekat rumah, mana yang keychain separuh ada di rumah dan separuh nieyl sangkut dekat dinding pejabat. Kalau EKSA kena cepat-cepat cabut..hahahaha...


Semalam nieyl dapat souviner dari Japan. Ya Allah look, so cute kan..aduhai..geram tengok tau nak sangkut kunci rasa sayang sangat. Ok nama patung ni Kokeshi Doll, patung ini sangat popular di Japan dan selalu dijadikan souviner untuk pulang. 




  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png
Continue Reading…

Hilangkan kesan deodoran

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Hilangkan kesan deodoran
  1. Cuka - Campurkan cuka dan air suam. Rendam kain selama beberapa jam dan bilas.
  2. Baking Soda dan Air - Campurkan baking soda dengan air.Taburkan di bahagian baju yang kotor dan bila seperti biasa.
  3. Limau Nipis- Perahkan limau nipis di tempat yang terkena deodoran dan biarkan beberapa minit, kemudia letak sabun basuh dan cuci macam biasa.


Selamat Mencubaaa!

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png
Continue Reading…

Menabung tanpa sengaja

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Menabung tanpa sengaja | eh..menabung pun boleh tanpa sengaja ya. Serius memang pun actually, nieyl jenis orang yang tak suka ada duit syiling dalam purse atau wallet. Walaupun ada ruang untuk duit syiling, selalunya nieyl akan kemaskan purse atau wallet di pejabat, so memang akan ada 2 bekas untuk duit syiling. 


1 bekas untuk duit syiling 5sen 10sen dan satu lagi untuk duit 20sen 50sen. Senang asingkan, dah selalunya duit syiling ni nieyl kumpul sebab tak nak bagi purse atau wallet berat. Dan kadang-kadang juga ada yang tanya dan nak tukar kepada duit ringgit kertas. Selalunya dieorang tukar untuk tambang bas. Berguna juga rupanya menabung duit syiling ni..hihihi.. ♥
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png
Continue Reading…

Segmen Bloglist Seindahcerita by nieyl

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Cara Untuk Join

1. Buat entry bertajuk "Segmen Bloglist  Blog Seindahcerita"
2. Follow Blog/ FB Page / Follow IG @nieylanadia / FB Personal @nieylanadia
3. Make sure blog korang active ya
4. Linkkan entry korang di kotak komen di bawah
5. 10 Blog yang bertuah akan dipilih melalui random.org

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png
Continue Reading…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...