Tahun Baru Cina 2017

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Tahun Baru Cina 2017 | Hampir setiap tahun kami sekeluarga akan pergi menziarahi ke rumah pakcik-pakcik nieyl sempena perayaan tahun baru cina. Walaupun mak dah muslim, ikatan pertalian darah keturunan cina itu masih lagi ada, mak tidak pernah sekali pun memutuskannya..Alhamdulillah. Setiap tahun kehadiran kami sentiasa di nantikan oleh keluarga pakcik-pakcik nieyl. 

Tahun baru cina merupakan perayaan terpenting orang cina bagi menyambut tahun baru dalam kalender qamari cina. Siapa tahu apa dia kalender qamari cina? Ok kalender qamari cina ini terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Kalau kalender islam kita ada bulan-bulan islam kan.. 😊


Tahun ni nieyl pergi 3 kereta, itupun dah rasa meriah sangat dah..kalau semua adik beradik pergi rasanya dalam 5 kereta. Setiap kali nak pergi raya, baju mesti akan pakai baju berwarna merah sebab warna merah adalah simbolik kepada warna tahun baru cina.. 😊


Sehari sebelum tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul, rumah-rumah akan dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki,bunga dan pokok limau. Jamuan makan besar juga diadakah pada malam raya dengan masakan tradisi mereka.


Special tau nie kalau ikutkan nieyl dah tak layak dah nak terima ang pau nie tapi orang kata rezeki jangan di tolak,hihihi..nieyl pun dapat angpau juga..jangan tanya dalam dia ada berapa ya...rahsia...


Sebelum balik, kita snap gambar kenangan bersama pakcik nieyl, InsyaÁllah tahun depan kalau panjang umur kita datang raya lagi.. Oh ya, kalau hari raya puasa, mereka datang juga rumah nieyl untuk sama-sama sambut hari raya aidilfirti.. 😉


Yang ini kenangan second home pakcik nieyl, dan saudara dari singapore. Saudara di singapore tu dah jadi warga tetap dekat sana,so..memang sangat jarang dapat jumpa di tahun baru. Ini kira kali pertama nieyl jumpa dia..

Inilah dia 1 Malaysia ♥
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

4 comments:

  1. Beza agama itu buka alasan memutuskan silaturahim kan Nieyl.. :)
    Meriah..

    ReplyDelete
  2. Happy Chinese New Year. Terlambat sedikit. Blogwalking di sini. Salam perkenalan.
    http://galaksiviral.blogspot.my/2017/02/11-planet-paling-aneh-dan-ganjil-di.html

    ReplyDelete
  3. Untungnya dapat merayakan pelbagai perayaan.
    Uniknya Malaysia.

    ReplyDelete
  4. saya duudk umah je masa cny hari tu.. skrang saya dah tak ada chinese frens.. so duduk diam2 je la kat umah

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...