15 February, 2017

Restoran Thai TomYam Kung Putrajaya

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Restoran Thai TomYam Kung Putrajaya | Di Putrajaya sekarang ini dah banyak restoran dan kedai makan yang boleh di kunjungi bersama keluarga tercinta yang penting semuanya kena ada wang atau duit..hihihi.. Walaupun tidak menetap di Putrajaya tapi bekerja di Putrajaya dan jarak rumah dengan Putrajaya hanya mengambil masa dalam 20 -30 minit sahaja, tidak semua tempat nieyl dah teroka. 

Last week anak buah dua orang yang kerja part time tu, nak belanja makan jadi dieorang ajak pergi makan di sebuah restoran di Presint 15 atau lebih dikenali sebagai Presint Diplomatik. Actually, area situ memang sangat jarang nieyl pergi sebabnya susah nak parking, parking adalah sangat terhad so kebiasaannya kalau nak pergi butik avon baru nieyl akan pergi area situ. 

First time pergi Restoran Thai Tom Yam Kung di Presint 15, restoran ini ada pilihan customer boleh pilih nak duduk diluar untuk hidup udara luar ataupun duduk di dalam bilik yang ada penghawa dingin. Masa sampai di restoran tu ramai customer yang pilih untuk di luar, dan di dalam tiada orang, kami lah yang pertama..hihihi...


Restoran Thai Tomyam Kung ni memang mengikut citarasa Tom Yam Thai, nieyl pun memang suka tomyam that why kalau pergi ke Secret Recipe (SR) mesti akan order TomYam Kung.Tak pernah jemu lagi setakat hari ini dan nasi beras thai yang sedap..(sikit pun dah kenyang)

Mesti korang tak sabar nak tengok nieyl order apa kan?kan?sabar...nak sharing la nie sambil tu sila meleleh air liur ya...hihihi..



Kami ambil Set Pakej, dalam pakej tu ada Paprik Daging, Kangkung Crispy, Tomyam Kung, Ikan Siakap masak 3 rasa, Ayam Gajus, Ulam-ulaman dan nieyl add-on Sotong black paper goreng tepung dan kerabu mangga. 

Service
Kalau tanya, service dia lambat atau cepat..Mungkin bergantung kepada bilangan customer dalam satu masa kot, sebab time nieyl pergi Alhamdulillah,service memang cepat kiteorang sampai terkejut, sebab cepat sangat sampainya..hihihi..

Tahap Pernilaian Makanan
Dari segi rasa tu memang boleh tahan,yang paling nieyl suka adalah kerabu mangga dan ayam gajus dia memang sedap. Cuma paprik daging tu agak liat sedikit,mungkin kena rebus lama sikit..hihihi..so far, puas hati dan kenyang.

Harga
Harga berbaloi dengan bilangan makanan yang kita order, nieyl nasihatkan better ambil set pakej yang di berikan lebih mudah daripada kita nak pilih satu persatu menu.

Dekat sini nieyl share Set Pakej pilihan yang korang boleh pilih jika pergi makan bersama keluarga lebih dari 4 orang. Setiap set untuk 4 orang tapi jangan risau untuk 6 -7 orang masih boleh guna pakej tu.


Hari tu nieyl pilih Set Pakej A + add-on tu dalam RM180 untuk 6 orang makan. Jadi,korang boleh pilih 5 pake yang restoran sedia kan. So, nieyl dah try ,kalau korang pun nak try boleh la pergi..Tapi ini adalah citarasa masing-masing tau..

Restoran Thai Tom Yam Kung(Ttk 1)
No. 8 Jalan Diplomatik 2, Presin 15
620500 Putrajaya

03-8861 3203

Restoran Thai Tom Yam Kung (Ttk 2)
No. A1, G-5, Shophouse 8C1, Presint 8,
62050 Putrajaya 

03-8861 5876
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

3 comments:

  1. Ya Allah sedapnya! Makanan thailand biasanya mesti sedap. aduhh lapar rasanya

    One of the most beautiful hills in Malaysia One of the most beautiful hills in Malaysia https://anothersyed.blogspot.my/2017/02/nikmati-pemandangan-indah-di-bukit.html

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)