06 February, 2017

Kolam Renang Anti Basah - Museum Of Contemporary Art

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Kolam Renang Anti Basah  | Kalau sebut tentang kolam renang, dah pastinya akan terlintas di fikiran air, basah dan takut lemas. Itu nieyl la sebab memang takut lemas kalau dalam air. Kita semua tahu bahawa negara Jepun sering kali tampil dengan idea -idea yang menarik dalam mencipta sesuatu yang baru dan sentiasa menjadi pencetus trend di dunia.

Kalau korang plan nak melawat negara Jepun, salah satu tempat yang wajib dikunjungi adalah Museum Of Contemporary Art yang terletak di Kanazawa


Apa yang menarik di dalam muzeum itu adalah sebuah kolam renang yang tidak mungkin akan membuatkan kita lemas atau basah..what?serius?dengar macam sesuatu yang mustahilkan. Tapi di negera Jepun yang mustahil itulah yang hebat. memang benar kolam renang ini seolah-olah nampak seperti kolam renang yang sebenar.  

Kolam renang anti basah ini adalah ilham dari Leandro Erlich yang berasal dari Buenos Aries. Kolam buatan ini membolehkan pengunjung melihat kolam dari atas dan bawah serta dapat berkomunikasi antara satu sama lain tanpa sebarang masalah.


Leandro inginkan pengunjung yang tidak tahu berenang atau fobia dengan air supaya merasaikan sendiri pengalaman berada di dalam kolam renang tanpa risau tenggelam atau lemas.


Untuk pengetahuan korang, illusi optik itu di cipta dengan menggunakan 10 cm air yang diisi di antara dua lapisan kaca lutsinar yang berada di atas kolam renang itu. Selain itu pengunjung juga dapat mendengar kesan bunyi seakan percikan air dan berjalan-jalan di dalam kolam renang. 


wah!serius nieyl yang takut kolam renang nie pun rasa macam nak pergi je kolam renang anti basah ni nak merasai sendiri kehebatan kolam renang ini. Siap boleh berjalan-jalan tanpa risau akan lemas..suka²..meh pinjam letak kat malaysia boleh?hihihi...
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

2 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)